Thailand 2014 : Day 9 ~ Perjalanan panjang menuju Surat Thani

Monday, February 16, 2015

28.12.2014 : Kaeng Krachan - Phetchaburi - Bangkok - Surat Thani

Thailand 2014 : Day 8 (Part II) ~ Kaeng Krachan National Park, Phetchaburi  

Last day di Thailand. Esok dah nak balik dah. Hari ini bakal menjadi hari yang panjang buat kami. Kenapa? Sila baca entry ini sampai habis hehehe (itu pun kalau sudilah).

Tiada sunrise pagi ini kerana terlindung dibalik gunung-ganang yang menjadi sebahagian landskap Kaeng Krachan. Macam biasalah, lepas solat Subuh kami terus bergegas menyiapkan breakfast. Apa makanan yang masih elok dan boleh dimakan, kami makan je termasuklah sandwich sardin yang dah masuk hari kedua. Selagi tak berbau, belasah ajelah. Dari kelaparan, betul tak?
Kami buat lempeng tepung berserta sambal ikan bilis pagi tu. 

Selesai breakfast, kami terus berkemas. Mana makanan yang boleh dibungkus, kami bungkus untuk dijadikan bekalan. Khemah kami kemaskan dan serahkan pada petugas yang bertugas. Kami singgah di visitor center untuk tumpang iron tudung dan minta ranger bertugas mendapatkan minivan untuk membawa kami kembali ke pekan Phetchaburi. Sekitar 10.40am, minivan tiba dan kami bergerak meninggalkan Kaeng Krachan. 
 Kenangan terakhir di Kaeng Krachan, entah bilalah boleh repeat tempat ini huhuhu

Sejam kemudian kami tiba di terminal minivan, Phetchaburi. Emm, sepatutnya di sini kami bakal berpisah. Saya, JM dan En.AB bakal berangkat ke Surat Thani kononnya dengan train manakala PM dan Nik akan kembali ke Bangkok dengan minivan. Namun, info yang kami perolehi tiket train ke semua destinasi dah pun sold out! Macam mana tu? Baling dadu, akhirnya kami ambil keputusan untuk patah balik ke Bangkok bersama PM dan Nik. Bayangkan betapa buang masanya kami tapi rasanya itulah pilihan terbaik yang kami ada. Sekurang-kurangnya di Bangkok ada banyak bas menuju Surat Thani tidak seperti di Phetchaburi, kelibat bas memang takdelah. 

Van berikutnya ke Bangkok dalam jam 1.30pm, kami ada banyak masa. Oleh kerana itu kami sepakat untuk makan dulu. Sebelah terminal minivan ini, ada banyak gerai halal. Senang nak buat pilihan.
Tambang minivan ke Bangkok, 100baht. Sila check dululah, mana destinasi akhir minivan ini.
 Nasi goreng telur; manis giler. Sebab lapar punya pasal, manis tolak tepi. Licin pinggan dibuatnya. Sepinggan nasi goreng dan cha yen, 50baht.
 Inilah gerai halal yang dimaksudkan.

Sedang kami lepak-lepak di terminal, tiba-tiba kami dimaklumkan ada van akan berangkat ke Bangkok. Destinasi akhir adalah Victoria Monument, untuk van ke Mo Chit Bas Terminal kami perlu tunggu sejam lagi. Ahhh, hentam ajelah. Perjalanan ambil masa dalam 2jam. Dari Victoria Monument kami ambil LRT ke Chatucak. Di sini kami berpisah seketika dengan PM dan Nik. Kami perlu bergerak ke Mo Chit Bas Terminal untuk dapatkan tiket ke Surat Thani.

Silap besar kami harini sebab tak study langsung di mana terminal bas menuju ke selatan Thailand. Gara-gara itu kami diketuk kaw-kaw. Dalam dompet saya cuma berbaki 800baht. Kawan-kawan yang lain pun begitu juga, tak banyak wang yang tinggal. Saya ada survey harga bas ke Surat Thani sekitar 300baht sahaja. Tapi di Mo Chit, kami kena hentam sebanyak 678baht/person untuk tiket bas ke Surat Thani. Itu satu-satunya company bas yang menyeediakan service dari Bangkok ke Surat Thani. Lain-lain company beroperasi di Southern Bus Terminal. Mana lokasiny, kami memang takde idea. Tanya-tanya, rupanya lokasinya giler jauh dari Mo Chit. Dengan traffic jam yang giler-giler petang tu, kami tak berani nak ambil risiko. Separa redha wang 678baht bertukar tangan. Baki wang yang ada, nak p airport pun belum tentu lepas.

Terkedu kami petang tu. Memanglah *W%%^$^R. Dengan saki-baki wang yang ada, kami kongsi untuk bayar kos simpan beg di Mo Chit. Kami kena kembali ke Chatucak untuk bertemu PM dan Nik. Kami cuma ada sekitar 1.5jam sahaja untuk pusing Chatucak. Paling kesian JM lah, tak dapat nak cari ole-ole untuk peminat-peminatnya. 

Sekitar 6.30pm kami kembali ke Mo Chit. Tepat 7.45pm bas mulai bergerak meninggalkan kota Bangkok menuju Surat Thani. Perjalanan dijangka mengambil masa 12jam.  Bas memang VVIP habis tapi hampeh, bayar bukan main mahal tapi mineral water sebotol pun tak tercampak ke kami. Menurut pondan penjual tiket di kaunter, bas memang akan ke Surat Thani tapi hampeh sekali lagi!! Kami kena kelentong; ok bukan kami aje tau. Local pun kena kelentong. Memang berbakul sumpahan jarak jauh kami berikan kat pondan tu. En. AB dah start panik. JM pula dah start naik angin dengan kepanikan En.AB. Saya sendiri? Tunggu masa je nak meletup...

Kami nak ke Surat Thani ok. Bukannya ke Koh Samui!!!

Apa jadi kat kami? Saya sambung di entry berikutnya lah ye. Panjang sangat ne. Entah ada atau tidak orang nak membacanya.

* bersambung

You Might Also Like

37 comments

  1. Hahaha , bukanya suspen tapi tension gila ,dah le salah tempt bath dah tinggal ciput je....
    sampai solat subuh pun 2x .arah kiblat tak betul ,ingat hp yg tk betul rupanya aku yg ...huru hara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sgt en. panik haritu...kitaorang pun dah ala2 hilang sabar juga kot tgk encik gabra semacam hahaha..ialah kami plan lain alih2 encik p buat benda lain..terus, haih :D apa pun, pengalaman kot.ini 1st time saya lalui pengalaman sebgini encik hehehe

      Delete
  2. Wah dah boleh buat novel pulak ni Zilla.. sayang dapat ambil sunrise.. akak tak sabar nak tengok pic zilla tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sah tak laku novel tu kak..sunrise? tak dpt pun kak...matahari nyorok belakang gunung huhuhu

      Delete
  3. Saya baca! Teruskan Zilla..
    Nervous pulak nak tau apa jadi seterusnya huhu..

    ReplyDelete
  4. bila dah dalam keadaan macam tu...tipis tipis kesabaran tinggal
    nasib baik En AB tak ketuk dia hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, ada lagi satu benda yang En.AB buat acik smile..kitaorg geleng kepala je..mujurlah tak kena gadai backpack atau jam kat driver songthaew tu hahaha

      Delete
  5. Aku baca. Sila teruskan.

    Tapi memang ah Zilla. Otak dah penat tulah semua jadi nak marah je. Walhal kalau fikir2 time otak relaks, benda tu xde apa sangat pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah dianya, Bibie..tapi apa yang jadi kat kami time tu memang sgt menguji kesabaran dan ikatan persahabatan yang baru terjalin..rasanya kalau org x paham dgn apa yg berlaku time tu mesti 100% aku yg akan dpersalahkan..

      Delete
  6. Replies
    1. Hahaha x bendalah Dayah..saja nak kasi gempaq ;-)

      Delete
  7. errkk.aku baca ni semua entry sbb Loei.
    to be continued la pulak.ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Loei dah tamat lama dah..la ne pgalaman di surat thani pula..

      Delete
  8. Banyak betul drama... boleh buat filem dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tulah dianya En.Mie...tpi kalau nak buat filem tu sahlah tak laku :P

      Delete
  9. Aku panik bila baca. Kalau aku konfirm berjurai airmata. Aku tunggu sambungan dgn setia

    ReplyDelete
    Replies
    1. BK, aku sndiri sebenarnya tak ready dgn apa yang berlaku..tak penah benda mcm ne jadi sepanjang aku aktif travel sana-sini..apa pun, ne pengalaman berharga kot buat aku dan kawan2...paling penting jgn panik dgn apa yang berlaku..sebabnya bila ko panik, memang ko tak boleh nak buat keputusan..nantilah aku buat sambungan apa yang berlaku sebenar2nya..

      Delete
  10. mmg betul2 pengalaman...untg nye jd pengembara, dpt byk pengalaman.. ^-^

    ReplyDelete
  11. Travel story Mbak Zilla sudah kayak sinetron saja. penuh adegan drama. kejadian macam ini kalau pas kejadiannya memang bikin marah dan menyebalkan. tapi kalu sudah berkahir, asyik juga untuk dikenang kembali. Pengalaman lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia, mas...apa yang berlaku merupakan sebahagian dari pengalaman..

      Delete
  12. abihtu..
    sampai ke idak ke Surat Thani ni?
    saspens cite ko kali ni Zilla..
    ke dia anta korang ke Koh Samui for real ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. derang anto sampai jeti je nana...selebihnya aku cerita di entry seterusnya hehehe

      Delete
  13. Replies
    1. menyirap atau tersiap, tak boleh nak buat apa pun SS...sabar ajelah kot..kalau diikutkan rasa amarah tu, mau tak ke mana kami haritu huhuhu

      Delete
  14. kalau saya ikut.. bertambah2 lah aksi kepanikan tu.. korang mesti tension.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tak tau nk ckplah izza ..mungkin ia dan mungkin tidak ;-)

      Delete
  15. trip saya baru2 ni pun sy berdepan masalah transport..
    bas ke kangar delay 6 jam, train hadyai ke pak khlong eksiden, delay dll.. rasa nak gigit jer transport dorang ni.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baca entry awak tu..sila gigit juga syarikt bas kat puduraya tu hehehe...benda2 mcm ne diluar kawalan kita, kan izza? takpelah,walaupun sakit ati dan sebagainya bertabah ajelah...kalau ikutkan sangat rasa hati, tak enjoy kita nanti, betul tak?

      Delete
  16. huihh...mmg mencabar nih...kalau panik semua benda jd xkena...rasa marah akan dtg tetiba..bhaya kan..tp kalau de kwn yg phm...alhmdulillah kan...susah senang bersama hihih

    ReplyDelete
  17. untung nye trip ni kan Zilla..semua rakan travel jenis tak memilih bab mkn...janji masih elok x sakit perut belasah je tanpa byk songeh..

    ahahaha...zilla...ole2 utk peminat katanya heeee...dapat lah di Chatucak Market tu..puas hati :-)

    ahahahaha....statement ni kelakar " JM pula dah start naik angin dengan kepanikan En.AB" ahaahah....sbb JM akan turut gelabah!

    ReplyDelete

Subscribe