Trans Java 2012 : Part II (Day 2)
Wednesday, May 09, 2012
2.00am saya sudah pun terjaga gara-gara alarm di handphone dok melalak-lalak melaungkan lagu My Heart Will Go On - aduhh rasa nak lempang aje Celine Dion hehehe. Mata masih mengantuk, saya sambung tidur dan terjaga semula jam 3.30am. Bersihkan diri dan mengejutkan teman-teman yang lain dan sekitar 4.00am kami bergerak menuju ke Penanjakan 1 untuk melihat sunrise dengan menaiki jeep. Untuk pakej ini, kami diminta membayar sebanyak Rp450,000/jeep dan dikenakan extra charge sebanyak Rp150,000/jeep untuk turun ke savannah dan pasir berbisik.
Sebenarnya, kalau nak jimat boleh sahaja menapak ke Penanjakan 1 tanpa mengambil pakej yang ditawarkan oleh mana-mana travel agent. Beberapa hari sebelum bertolak, Ganda (kenalan saya di Surabaya) telah meng'email'kan kepada saya secara detail laluan yang perlu diambil tetapi ialah segala keputusan perlu mendapat persetujuan dari teman-teman yang lain. Masa pun takde, maybe next year kami boleh mencuba laluan tersebut - terima kasih Ganda kerana banyak berkongsi tips dengan saya.
Kondisi jalan ke Penanjakan 1 agak mencabar berbanding Penanjakan 2. Tiba dipertengahan perjalanan menuju ke viewpoint, kami dan yang lain tersangkut kerana terdapat kenderaan yang terbabas di atas dan menghalang laluan kenderaan lain untuk meneruskan pendakian. 30 minit tersadai di situ, selamat tinggal untuk sunrise huhuhu. Frust tetapi mungkin dah takde rezeki - benda dah nak jadi, nak kata apalagi, kan? Supir memberi cadangan untuk berpatah balik dan kami pun terpaksa bersetuju kerana sepertinya sudah tiada pilihan lain buat kami. Sementara menunggu kenderaan2 yang ada di belakang kami berpatah balik, tiba-tiba laluan ke atas dibuka untuk laluan. Yuppp , kenderaan yang terbabas itu sudah berjaya dialihkan. Alhamdulillah, kami terus berlari menaiki jeep. Perjalanan yang tadinya tertangguh berjaya juga diteruskan . Takpelah tak dapat nak lihat sunrise pun sebab saya ada beberapa lagi tempat yang bakal disinggahi hanya kerana ingin memburu sunrise (ayat penyedap hati)..
Serius, terasa seperti berada di satu daerah yang baru. Kabus menyelebungi setiap tempat, saya betul-betul kagum.
Semeru dibelakangnya yang kadangkala terbatuk-batuk.
Lama kami lepak di situ, bergambar dan terus bergambar. Setelah masing-masing kembali ke dunia nyata (yelah, dok bergambar sampai lupa diri walhal masa takde nak berlama-lama di situ hehehe), destinasi seterusnya adalah Padang Savannah. Wow, pemandangan sepanjang perjalanan memang tak tergambar dengan kata-kata. Diri terasa kerdil.
Di satu sudut saya terasa seperti berada di NZ dan bila saya berkalih tempat tiba-tiba saya terasa seperti di gurun; tandus. Salah satu tanda kebesaran Allah.
Yellow Edelweiss..
Wild flower @ Savannah
Ada juga yang berniaga di sini. Masing-masing kelaparan dan kedinginan, Pop Mie Bakso menjadi pilihan.
Dari savanah, kami menuju pula ke Pasir Berbisik. Jangan ditanya bagaimana bunyinya kerana yang kedengaran hanyalah bunyi dari jeep yang lalu-lalang dan suara pengunjung - ya mungkin kalau suasananya bertukar menjadi sepi akan kedengarannya bunyinya ;-)
Sebentar aje kami di Pasir Berbisik kerana kami kesuntukan waktu. So, kami ambil keputusan untuk kembali ke hostel untuk breakfast Rp35,000/person dan check out untuk menuju ke Arun Jeram untuk membuat water rafting.
*bersambung
37 comments
wow...great pictures! sekarang terasa rindu dengan keindahan Bromo..
ReplyDeleteEt, yukkkk repeat!!:D
ReplyDeletesubhanallah.. cantiknyaaaaaa view!!
ReplyDeleteKrakatau next? ada brani? hehhehee
ReplyDeletehanie, mmg superb!!mesti pergi...
ReplyDeletetasyha, apa pulak tak berani.cuma kena tgk date betul2; make sure jgn musim hujan, haru nanti hehehe
Subhanallah cakep betul pic nya... jadi pengen kesana...
ReplyDeleteMita, cakep tu apa ye?
ReplyDeleteaku dah survey.. bulan yang kite rase plan nk pegi tu, mmg tgh cun.. langit clear.. July until October paling elok nk pegi..
ReplyDeleteinsyAllah.. ada rezeki, kite pegi..
Hi Zilla! Gi Bromo ni bile? 30/4 ritu, me and gang pun ade kat Penanjakan and Bromo gak. Haha. Tapi kitaorg tak g savannah n pantai berbisik ni. nasib jmpe ur blog post ni, dpt gak tengok :)
ReplyDeletetasyha, ok2..tadi aku terbaca ada team buat trip ke sana tapi bulan june Rp350k/person..murah atau mahal??
ReplyDeleteYasmin, hi2!!hehehe..
saya berada di sana 28/4 - 29/4..nampak gayanya tak berselisih kita hehehe..awat tak turun??rugilah..
Hehe..niat dihati kami mmg nak turun, tapi guide kitaorg ckp kena add-on price pulak sbb tak termasuk pakej yg kitaorg pilih which is penanjakan-bromo-madakaripura waterfall- ijen. rase2 kalo p singgah savannah smua, mau terlepas waterfall pulak. tapi takpe dah share your post yang ni to my friends. derang cakap you took really awesome pictures :)
ReplyDeleteYasmin, berapa harga pakej yang mereka bagi ya?untuk pakej transport bromo-arung jeram-ijen-probolinggo including hostel, mereka offer Rp450k/person.Yupp, kalau ke turun ke savanah memang tak sempat ke madakaripura; boleh leka disitu..
ReplyDelete*tq..jgn lupa share pic madakaripura dlm ur website ye.tak dapat pergi, dpt lihat pic pun, oklah :)
Cantiknya gambar2 kat savannah tu Zilla.. sayang x berpeluang ke sana. pemandangan Bromo yg berkabus tu pun cantik sgt... x mendaki ke kawah bromo ka?
ReplyDeletegambar yg gunung berapi tu betol2 cantikkk! subhanaALLAH...langit pun biru. great shots!
ReplyDeleteinsyaallah, sy nnt pun akan ke bromo bulan 11 nnt. heheh. thank you for the info! ;)
pics tu cantiklah zilla.. tak terucap dgn kata2... so awesome
ReplyDeleteHanani,memang disengajakan utk tidak mendaki ke kawah sebabnya I'Allah coming soon nak ke sana semula bawa orang yang tertinggal tempohari hehehe...
ReplyDeleteJohn, tq2..setahu saya bulan 11 tu dah masuk musim hujan di tanah jawa..jadi hati2 ya..
anne, terima kasih.ini sahaja yang mampu kamera saya rakamkan.hakikatnya tempatnya memang superb, tak tergambar..
Ya Allah... cantiknya bumi Allah... tak sangka, di negara sebelah je ada pemandangan cantik macam tu.
ReplyDeleteNampak gaya, kena banyak mentelaah dan berjalan lagi la ni. byk lagi tempat2 di bumi Ilahi yang belum berkesempatan utk jejak.
btw, nanti boleh mintak tips ya!! hehe
PM, negara seberang memang sangat menarik utk di explore cuma kena kerja keras sedikit untuk buat research sebab kadangkala info2 yg kita perlukan tiada dalam LP.jadinya kena rajin blogwalking ke blog2 dari sana...
ReplyDeletejgn risau, tip2 akan disertakan disini ;)
Cantiknya gambar gunung ganang tu!
ReplyDeleteMy brother dulu study kat Surabaya.
Pernah melawat dia di Surabaya tapi tak sempat ke Bromo.
Cuma sempat petik epal kat Malang.
I suka sgt POP Mie !!
Tk,memang sangat cantik.View yang tiada di tempat kita; salah satu alasan knapa saya suka travel ke sana..
DeleteSaya doakan, satu hari nanti ada rezeki utk TK kembali ke Surabaya dan langsung ke Bromo..
*me too..sedap dan murah hahaha
Zilla, keren gambarnya.
ReplyDeleteSaya pengen banget ke Bromo. Hiks..hiks..
Napa tak kabari saya before :)
Saya sekarang ada di Bandung sedang penelitian di sebuah hospital (RS. Cicendo).
I'll hope we can meet together again
Evi, terima kasih. Saya ada menyapa Evi di ym tetapi tiada balasan huhu.I'Allah akan kembali ke Bromo, sudah confrm datenya, I will tell u. Di bandung? Ya Allah, kalau saya tahu Evi ada di Bandung sure saya akan cari Evi. Gayanya tiada rezeki untuk kita ketemu, ya Evi?huhuhu..
Delete*Amin..miss u, Evi
Lawanya gambar n view..pakai lens ape ek amek gambar bunga tu. Plan nk g sini gak bulan 10 ni, so boleh la buat reference blog ni,hehe.
ReplyDeleteWahh Pijah, kemana aje tu plannya? Owhh utk bunga tu saya pakai lens biasa aje, 18-55mm.
DeletePic mr.bromo sangat hensom n bunga lalang tu amat cantik..sgt envy kamu. tah bila dapat saya jejak bromo tu. keep writing sbb travelogue kamu menarik tertarik untuk di follow.
ReplyDeleteterima kasih dyldyla..tang mana yang hensem tu ye?hehehe..
DeleteI'Allah truskan bermimpi, satu hari nanti pasti mimpi awak akan jadi kenyataan...
*tak lari bromo dikejar :D
tang viewnya lah.. Hikhik.. tengah cuba jalan kejar la ni tapi tak sampai sampai lagi.. Hikhik..
ReplyDeletekeh3..takpe2, biar lambat asal selamat sampai :D
Deletedari last week hari hari dok belek blog awak ni, impian nk back pack belum terlaksana , magnificent vieww, jelesnyeeee,ade sesapa nk wat trip ke sana end year or early nxt year nk join lahhhhhhh ;-)
ReplyDeletedari last week hari hari dok belek je blog awak ni, jeles la sbb xpdt back pack cam u n the geng, magnificent view, waaaahhh nice ye ade sesapa nk p sini ke dlm end year or early next year ?nk join la :-)
ReplyDeletefauzus, tidak ada apa yang perlu dijeleskan.awak pun boleh lakukan perkara yang sama :)
Deleteinsyaallah..
ReplyDeleteamin :)
Delete* waktu paling sesuai utk ke bromo sekitar bulan april - oct (dry season).
keren keren fotonya.. kapan2 kalo ke indonesia ajak2 saya yaa,... haha
ReplyDeleteMiftahul Rozak, terima kasih..ya bisa aje hehehe..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekalau nak ambik pakej ke bromo ni mcmna, perlu booking online dulu ke atau time kat sana baru ambik..?boleh bagi detail pakej awk tu
Hi Anoynmous..
ReplyDeleteSaya tak ambil pakej..saya cuma ambil supir untuk ke arun jeram dan ijen sahaja dari cemoro lawang..selebihnya saya gerak sendiri..maybe awak boleh call/sms pak ecot, tanya dia macam mana...