Trans Java 2012 : Part I

Monday, May 07, 2012

28.04.2012 : Kuala Lumpur - Surabaya - Probolinggo - Cemoro Lawang

Hari yang dinanti-nanti.

Kami berpecah kepada 2 kumpulan. 1st group (3 orang), menaiki pesawat awal pagi ke Surabaya manakala 2nd group (sorang aje pun) menaiki pesawat jam 9.++am. Kami tiba di bandara sekitar jam 8.++am (perbezaan waktu 1 jam) dan Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Ketibaan kami pagi itu dinanti oleh seorang forumer yang menetap di Surabaya. Penting untuk berjumpa dengannya kerana saya telah meminta pertolongan darinya untuk membeli tiket keretapi (Surabaya - Jogja). Kesempatan yang ada, kami dibawa berjalan-jalan sekitar Sidoarjo sebelum kembali semula ke bandara untuk menunggu teman yang dijangka tiba sekitar jam 11.++am.

Asalnya, kami memang ingin masuk ke Bromo dari Malang tetapi apakan daya atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan, kami terpaksa tukar plan. Jadinya, tiada pilihan lain dan kami perlu bermula dari Probolinggo sama seperti sebelum ini. Yang bezanya adalah dari segi pengangkutan yang kami gunakan. Kalau train (Surabaya Gubeng - Probolinggo), service hanya 2x sehari iaitu jam 9.00am dan 9.30pm (perlu bermalam di Probolinggo) - untuk train schedule dan tarif boleh check di sini -> Train. Tidak mungkin rasanya untuk kami mengambil train malam kerana kami kesuntukan waktu. Oleh kerana itu, kami terpaksa mencari option yang lain untuk ke Probolinggo dan tiba di Ngadisari/Cemoro Lawang sebelum public transport berakhir (last minivan adalah sekitar jam 6.00pm).

Terminal Bayuangga.

Jadinya, kami mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan bus. Dari terminal bus Bungurasih ke terminal bus Bayuangga, Probolinggo mengambil masa paling kurang 2 jam (bergantung kepada keadaan traffic) dengan tambang sebanyak Rp12,000. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan lancar dan tiba sekitar jam 4.00pm. Turun sahaja dari bus,wow!! Bukan teruja tau tapi terkejut kerana kami dikerumuni/dikejar oleh 'ulat2'. Darah masing-masing memang mendidih tetapi sabar ajelah sebab kita ditempat orang, kan? Kami didesak untuk menyewa sebuah van terus ke Cafe Lava Hostel dengan harga Rp250,000/van tetapi ya, tidak mungkinlahkan? Orang kata, biarlah lambat asal dapat jimat. Kami nekad untuk mengambil minivan yang biasa aje dengan harga Rp25,000 (jika turun di Ngadisari) + Rp10,000 (turun di hostel) walaupun memakan masa yang agak lama untuk sampai ke destinasi. Owh, sebelum itu kami singgah di travel agent yang ada di terminal untuk mencari pakej di Bromo tetapi seperti biasalah harga yang ditawarkan terlalu luarbiasa, serius kami tak mampu untuk mengeluarkan duit sebanyak itu.

Kami tiba di hostel sekitar jam 7.++pm. Suhu dingin menyambut kami. Check in di hostel dengan harga Rp158,000/night (doule room tapi kami sumbat 3 org dlm satu bilik) dan berjaya mendapatkan pakej (sunrise di Penanjakan 1) dengan harga Rp450,000/4 person + Rp150,000/jeep (savanah dan pasir berbisik). Selain itu, kami juga berjaya menguruskan transport untuk trip keesokan harinya (arun jeram dan Ijen).

 Cafe Lava Hostel. Toilet diluar ye adik-adik...

Dinner...
Masa untuk merehatkan diri...

Info Tambahan :
1. Dari bandara ke terminal bungurasih, boleh ambil Damri Bus dengan tambang sebanyak Rp15,000 (6.00am - 10.00pm)

2.   Untuk yang berminat ke Bromo dan bermalam di Cafe Lava, boleh cuba di sini (better call)
      Ecok : +6281999162219
      Email : yeollistyo@xl.blackberry.com

*bersambung

You Might Also Like

8 comments

  1. wa... patutlah lama menyepi.. ke negara sebelah rupanya. hehehe

    btw, selamat pulang dan selamat beristirehat :)

    ReplyDelete
  2. route ni lah rayyan tak sempat complete..huhuhu...kena revisit ni...hehe

    ReplyDelete
  3. PM,terima kasih hehehe

    Nieda, owh ya?kemana aje di Surabaya tu?

    Rayyan, itu harus!!hehe

    ReplyDelete
  4. 2008 lalu, Wakjan di Surabaya layan Bromo - Semeru - Arjuno - Welirang. menarik, mahu datang lagi kalau ada rejeki ...

    ReplyDelete
  5. wow, baru pulang dari Bromo..nice!! :D

    ReplyDelete
  6. seriously, bromo view at Pananjakan 1 mmg superb..

    Arung jeram 50 keluk + 7 waterfall.. memang manggamit jiwa..

    N kawah ijen yang memenatkan.. sayang betul, aku x sempat nk follow korang sampai abis trip.. insyAllah.. next time.. kite bawak budak yang tertinggal tu.. kkekkee

    ReplyDelete
  7. Azizan,menarik bunyinya tu.tapi skrang semeru masih ditahap waspada, enggak bisa naik huhuhu

    Et, awak pun apa kurangnya hehehe...

    tasyha,mmg epik habislah kisah budk yg tertinggal tu hahaha.next time aku nak start dari jogja pula..ada byk tempat menarik kat situ yang dah ada dalam list aku ne hehehe..

    bromo-arung jeram-ijen; aku puas hati dgn trip kali ini :)

    ReplyDelete

Subscribe