Mount Kinabalu : Part I
Monday, September 24, 2012
Gunung Kinabalu - agaknya apa yang bermain di fikiran bila menyebut mengenainya? Melihatkannya melalui gambar sahaja saya sudah terpana apatah lagi apabila ianya sudah berada di hadapan mata. Berkali-kali saya tanyakan pada diri "mampu ke? - macam tak je :P". Berkali-kali juga saya merasakan betapa kerdilnya saya. Ini gunung tertinggi yang pernah saya tatapi secara 'langsung' - apa yang bermain dihati dan minda saya tidak sama dengan perasaan waktu menawan puncak Korbu mahu pun Angsi. Gementar dan takut; semuanya bersatu menjadi satu...
Persiapan Awal
Plan untuk ke Kinabalu ini bermula hampir setahun yang lalu. Asalnya mahu ke sana pada 31 Ogos tetapi atas sebab-sebab tertentu kami tunda kepada 16 September. Segala urusan dikendalikan oleh tasyha (tqvm beb) dengan disertai oleh 18 orang peserta (geng MPOB, Miri dan KL) dengan harga pakej sebanyak RM512/person including permit dan insurance dan pembayaran dilakukan secara berperingkat - lega :)
Mengenai stamina, haih memang harulah (merujuk kepada diri sendiri). Teman-teman saya bermula dari awal lagi termasuklah bulan Ramadhan mereka gigih membuat latihan di Bukit Gasing. Saya? Cukuplah training di Papandayan tempohari hehehe - serius, malasnya. Mujurlah ada teman-teman yang bagus, at least dalam keadaan 'paksa-rela', saya turun padang jugalah :D. Sempatlah ke Broga dan Bukit Gasing manakala untuk maintain stamina, setiap hari menapak dari aras 1 ke aras 8 (katakan tidak pada lif). Perkara yang sama juga dilakukan oleh teman-teman saya di office masing-masing. Semput memanglah semput tetapi nak buat macam mana. Kalau nak mengharapkan pelaburan yang kami lakukan ini berbaloi perlulah berkorbanwalaupun setengah mati aje rasanya huhuhu.
Mengenai stamina, haih memang harulah (merujuk kepada diri sendiri). Teman-teman saya bermula dari awal lagi termasuklah bulan Ramadhan mereka gigih membuat latihan di Bukit Gasing. Saya? Cukuplah training di Papandayan tempohari hehehe - serius, malasnya. Mujurlah ada teman-teman yang bagus, at least dalam keadaan 'paksa-rela', saya turun padang jugalah :D. Sempatlah ke Broga dan Bukit Gasing manakala untuk maintain stamina, setiap hari menapak dari aras 1 ke aras 8 (katakan tidak pada lif). Perkara yang sama juga dilakukan oleh teman-teman saya di office masing-masing. Semput memanglah semput tetapi nak buat macam mana. Kalau nak mengharapkan pelaburan yang kami lakukan ini berbaloi perlulah berkorban
Orang kata, kalau nak naik Kinabalu kena try dahulu Nuang. Tetapi pada saya yang pernahlah beberapa kali ke sana, merasakan memadailah kalau training di Bukit Gasing sahaja. Bukit Gasing?? Macam tak percaya sahaja bunyinya, kan? Tetapi secara peribadi saya merasakan trek di Bukit Gasing hampir menyamai trek di Kinabalu (saya maksudkan anak-anak tangga yang ada). Orang kata, sekali training di Bkt. Gasing paling kurang pun kena buat 3 pusingan (1 pusingan pun dah rasa macam nak pengsan huhuhu) untuk maintain stamina - sebenarnya tak kisah pun nak training kat mana-mana yang penting jangan malas. Menurut guide kami di sana, training perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum mendaki. Apa pun latihan yang menjadi pilihan; berhati-hati jangan sampai mencederakan diri.
Peralatan
Mengenai peralatan yang perlu dibawa, ianya perlu lebih sedikit dari peralatan yang digunakan waktu mendaki gunung-gunung yang lain (tidak termasuk gunung everest dan lain-lain yang super hebat). Dari pengalaman mereka-mereka yang pernah ke sana, keadaan di atas sangat sejuk dan kadangkala suhu boleh mencecah -ve. Untuk ke puncak sahaja, saya memakai 6 helai baju (2 long john, 1 fleece, 1 t-shirt dry fit, 1 sweater, 1 wind breaker jacket) bersama-sama 2 helai track bottom - membantu atau tidak, next entry saya akan ceritakan. Antara yang wajib dibawa (berdasarkan pengalaman saya):
- head lamp + extra battery
- trekking pole
- warmer pocket
- oxygen water / mineral water
- coklat/energy bar
- ubat-ubatan (ponstan, yoko2)
- ankle and knee guard
- kamera (tak kiralah compact atau dslr) + extra battery
- baju hujan
- stokin + glove (extra)
- extra bag
21/9/2012
Kami berpecah kepada 3 kumpulan dan semuanya bertemu di Marina Court Apartment, Kota Kinabalu. Oleh kerana sudah melewati lewat malam, sewa sebuah teksi dari Terminal 2 menuju ke Marina berharga RM45 (harga asal cuma RM30). Oleh kerana dah lewat malam, sampai aje apartment, mandi dan terus zzzzzzzzzzzzzz.
1st day
Kami akan berangkat ke Kinabalu Park sekitar jam 1.00pm. Masa yang ada kami habiskan dengan berjalan-jalan sekitar pasar Filipina (sekadar cuci mata). Untuk ke Kinabalu Park, kami menyewa 2 buah van dengan harga RM53.10/return. Oklah kot sebab kalau ambil public transport pun harga lebih kurang sama. Perjalanan dari Marina ke Kinabalu Park mengambil masa lebih kurang 2 jam. Apalah aktiviti yang boleh dilakukan selain dari membuter hehehe.
Memasuki Kundasang dan kawasan sekitar (tak tahulah kat mana), dari kejauhan dah nampak Gunung Kinabalu - memang jelas kelihatan puncaknya kerana cuaca agak baik hari itu (esoknya??huhuhu). Masing-masing dah teruja tetapi dalam masa yang sama masing-masing meluahkan rasa kegusaran masing-masing huhuhu.
Akhirnya, tiba di Kinabalu Park (harga pakej yang kami ambil sudah termasuk entrance fee, penginapan dan makanan). Rezeki masing-masing; dari dorm kami di upgrade kepada lodge tanpa bayaran tambahan. Alhamdulillah, bila lagi nak merasa duduk di tempat hebat macam tu hehehe. Makanan pun superb; siap bersate bagai hehehe. So malam tu kami pulun makan - dah bayar mahal2, rugilah kalau tak makan, betul tak? ;-)
Settle makan, kembali ke bilik masing-masing untuk start memilih barangan yang perlu sahaja untuk di bawa ke Laban Rata. Kami satukan dalam satu beg kerana barangan ini akan diserahkan kepada porter (tak mampulah untuk memikulnya sendiri). Mnakala barangan selebihnya akan ditinggalkan di stor Kinabalu Park dengan harga RM10/bag (kalau tak silap). Malam tu memang tak fikir nak lepak-lepak layan tv atau sebagainya. Semuanya perlu tidur awal kerana keesokan harinya kami akan berkumpul sekitar jam 6.30am untuk breakfast sebelum memulakan perjalanan menuju ke Laban Rata.
*bersambung...
12 comments
Akhirnya entri Mount K. Hehe. Btw tahniah2. Wahh, salute la K.Lg da naik Korbu, G7 tu,huhu. (Hari2 bukak blog ni, nak wat itinenary Jogja nye pasal,hehe)
ReplyDeletehahaha..sebenarnya malas yang amat pijah..ayat pun dah macam terpaksa-rela aje bunyinya :D owh, itu cerita zaman muda2 pijah ;)
Delete*dah settle itinerary?
Bawak tongkat yang hebat agar x patah dua bile jatuh.. kekkkee..
ReplyDeleteKenangan beb. Hopefully, ada rezeki kite repeat balik. InsyAllah.. Next year, target yang lain pulak. YEY!!
hehehe..tongkat yang hebat pun akan patah kalau aksi jatuhnya sperti itu..haih, memang berjasalah tongkat tu.patut ko bawa balik, buat kenangan tau :D..I'Allah, kita settlekan rinjani dulu pastu kita repeat ekkk :)
DeleteOh sangat gigih mendaki... teringin gak panjat G.Kinabalu tu tapi apakandaya, pasti semput nanti.
ReplyDeleteowhh belum cuba, belum tau..manatau ok aje nanti ;)
Deletewahhh...terbaek la kak...!!i salute sama u hokay..sy cuma sampai kat pondok timpohon jaa...itu pon dah terase kesejukan die ditambah dengan keadaan hujan tak berenti dan kabus...xdpt dibayangkan camnela kt atas...congratsss~
ReplyDeleteterima kasihlah ned :)
Deleteerr dah sampai timpohon nape tak teruskan aje perjalan?depan sikit aje, ada waterfall.bolehlah nak beraksi kat situ (tp x blh mandi).atas sgt sejuk, tak tau nak ckp macam mana rasanya + waktu kitaorang ada atas tu dgn ributnya lagi..ishh tak tahan ned...
Teringin juga nak mendaki Gunung Kinabalu.
ReplyDeletemoga satu hari nanti, impiannya tercapai ya kak mah :)
Deleteagak lambat tapi saya nak cakap tahniaahhhhhhhh dh sampai puncak gunung kinabalu :) saya nk tour blog awak jap ye
ReplyDeleteterima kasih dan saya sgt hargainya :)
Delete