Thailand 2014 : Day 10 ~ Good Bye Thailand

Friday, February 20, 2015

Sambungan dari sini ->Thailand 2014 : Day 9 ~ Perjalanan panjang menuju Surat Thani

Dalam jam 4.00am, saya dikejutkan oleh JM. Katanya beliau ternampak signboard, untuk ke Surat Thani laluannya adalah bertentangan dengan laluan yang kami ambil. Oleh kerana saya memang ngatuk sangat so saya bagitahu JM mungkin ada laluan lain untuk ke Surat Thani hinggalah bas mulai memasuki satu tempat dan tiba-tiba saya ternampak papan tanda "jetty terminal...". Err, biar betul!!

Tanya-tanya, rupanya kami di jeti untuk ke Koh Samui dan kawasan sekitarnya. Errk! Habislah! Menurut pak guard yang ada, hanya teksi sahaja yang menghubungkan antara jeti tersebut dengan pekan Surat Thani dan hanya akan beroperasi jam 7.00am.

Panik! Bukan En.AB aje yang panik, kami turut sama-sama panik bersamanya. Kami ambil keputusan untuk masuk ke bangunan terminal jeti. En.AB terus ke kaunter untuk dapatkan info ke Surat Thani. Nak tahu apa yang En. AB dapat, teksi ke Surat Thani berharga 2000baht. Kalau ke airport lagi mahal kosnya. Erk! Seluk poket, cuma tinggal 100baht. JM pula dalam 200baht manakala En.AB ada dalam 500baht. Mana nak cekau baki selebihnya? Matilah! 

Bila fikir logik, memang tak logik ahh tempat tumpuan pelancong sebegini hanya ada kemudahan teksi. Nampak sangat hanya stok OKB (Orang Kaya Baru) aje yang layak bercuti ke Koh Samui. Saya percaya ada cara lain untuk ke Surat Thani dengan tambang yang murah.

Saya tinggalkan JM dan En.AB untuk jaga beg. Saya cari pak guard yang memberi info mengenai teksi pada En.AB. Mujurlah pak guard tu boleh cakap Melayu sikit-sikit, senanglah nak berkomunikasi. Info terkini yang saya dapat, ada bas dari terminal jeti tu ke Surat Thani. Waktu operasi 7.00am. Haih lah pakcik, awatlah infonya berbeza-beza tapi tak kisahlah sekurangnya kami tahu ada bas yang menghubungkan antara 2 tempat ne walaupun entah ia entahkan tidak info yang diberikan tu. Mundar-mandir di situ, tiba-tiba saya ternampak local yang bersama-sama dengan kami dari Bangkok. Mereka juga sebenarnya nak ke Surat Thani, sama seperti kami. Tengok di tangannya ada tiket. Haih, tak boleh jadi ne. Try nak bercakap dengan mamat tu, sekali sepatah haram dia tak paham Inggeris mahupun Melayu. Sudahlah. Tak tahu nak kata apa. Saya minta nak lihat tiket yang ada ditangannya. Satu je yang saya faham, Surat Thani sambil tunjuk pada tiket tu dan kaunter di mana mereka dapatkan tiket tersebut. Syukur...

Berita gembira saya sampaikan pada kawan berdua. Kami terus ke kaunter yang ada. Rupa-rupanya mereka ada menyediakan kemudahan minivan yang menghubungkan antara terminal feri dengan Surat Thani. Kos, 100baht/person. Alhamdulillah, masih dalam budget kami. Dapat tiket kami terus bergerak ke luar untuk menunggu minivan yang dijangka berangkat sekitar jam 6.45am.
 Boleh beli tiket minivan di kaunter ini.

Bahagia sangat bila minivan mulai bergerak meninggal terminal. Ok, sebelum tu saya dah bincang dengan JM untuk turun di stesen terakhir untuk cari money changer. Tapi perkara sebaliknya berlaku. Sampai di pekan Surat Thani (tak tahulah dimana) kami diminta turun oleh driver minivan. Katanya songthaew dah tersedia untuk ke airport. Errk, kami nak cari money changer dulu. Beria-ialah dia minta kami turun, rimas pun ada. Tak tahulah macam mana kami boleh mengalah dan turun di situ. Kos ke airport, 200baht/person. Baki wang kami cuma tinggal 500baht, tak cukup duit. Saya dah start nak naik angin di sini. Kami memang dipaksa menaiki songthaew itu tanpa sempat pun nak bercerita lanjut. En.AB muncul dengan idea untuk tukar duit dengan penumpang lain yang ada. Malas nak layan sebab saya betul-betul tengah naik angin. 

Tiba di airport, En.AB maklumkan pada driver songthaew kami kehabisan baht. Saya terus berlari ke departure hall untuk mencari money changer tapi bestnya di situ memang tiada money changer. Kami perlu kembali ke town kalau berhajat nak tukar duit. Pula dah? Berganda-ganda angin lintang datang menerjah. Jadinya, nak tahu apa yang kami buat untuk bayar tambang songthaew? Kami serahkan RM50 dan 200baht pada driver tu. Pejam matalah, nak buat macam manakan? huhuhu. Mujurlah driver tu sudi terima RM dengan senyum yang tersangat lebar huhuhu.

Tengok jam, awal lagi. Raba perut, lapar! Raba poket, duit takde huhuhu! Buka beg, ada satu cup maggi kari, lempeng dan biskut yang dah pun hancur serbuk. Oleh kerana kami dah tak sanggup menahan lapar, kami mencuba nasib untik meminta air panas dari cafe yang ada, tapi takde maknanya percuma. 40baht untuk secawan air panas. Mahalnya tapi dah takde piliihan huhuhu! Maggi tulah kami kongsi bertiga, lempeng yang ada kami cicah dengan kuah maggi tu. Err tetiba terasa sedapnya. Tetiba juga rasa macam nak menitiskan air mata.

On time kami berlepas kembali ke Kuala Lumpur. Walaupun cuaca tak berapa bagus tapi Alhamdulillah perjalanan memang berjalan lancar.

Sepanjang 10 hari ini, dari Bangkok ke Loei dan berakhir di Surat Thani banyak perkara dan pengajaran yang kami perolehi. Bertemu dengan orang-orang yang hebat, emosi dan fizikal diuji merupakan antara pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Buat PM, Nik, JM dan En.AB terima kasih kerana sudi susah dan senang sama-sama. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa di trip akan datang.

You Might Also Like

26 comments

  1. Aku cukup kagum dengan ko ni Zilla. Cukup cukup kagum. Ko ni memang backpacker sejati.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah akhirnya semuanya selamat. Tau tak ! Tak sabar2 nak gi check in ,sampai kena sound dgn jm pun buat dek je. Landing je kat klia baru bole senyum...trus cari atm ,dpt duit aplagi mkn la ,kena nasi lemak.....anyway it ok zilla ,sya cukup seronok dgn pengalaman tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nasib JM je yang sound En.kalau dengan saya sekali, mau stress En.haritu :D

      Delete
    2. En AB..kena sound dengan JM? sorry tau JM ni garang sikit...Zilla baik sikit...slow n steady je dia..tapi JM cukup faham bila time dia hangin eheheeh

      Delete
  3. Aikkk... Dah abis? Adussss... SS tertinggal ketapi...

    ReplyDelete
  4. alahai kesian nya lah.. susah senang bersama, ye dak..

    p/s: aku ingt aku sorg je suka naik hangin time sakit hati yg org suka pentipu/ambil kesempatan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku selalu je naik angin Jea hehehe..nak tau aku naik angin senang je, kalau aku tetiba jadi diam dari kebiasaan dan muka pun kering habis, tu mmg aku tgh dok tahan rasa..hati2lah time tu hahaha...

      Delete
  5. Best baca cerita awak ini....dari awal hingga akhir cukup rencah segala.....suspen, sakit, gembira, lapar semua ada...tahniah zilla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, nasa..saya tak berapa pandai nak menulis..tapi kalau awak boleh rasa apa yang rasa sepanjang trip ini kiranya berjaya jugalah kot saya sampaikan perasaan tu melalui tulisan saya ini hehehe...

      Delete
  6. Pernah experience hampir tak ada makanan bulan lepas dalam ribut salji. Restoren hotel pun tutup tapi nasib baik selepas seketika, pekerja hotel dia masakkan apa yg ada kat dapur tu. Dan yg lg best, saya dan suami je rupanya menginap di hotel tu pada waktu tu. hahaha Sentap juga bila tahu pasal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti, berapa hari tu yg terperangkap di situ.nasib deranh nak tlg masakkan wpun hanua korang je tetamu yg ada..kalau x habislah korang :D

      Delete
  7. thanks zilla...best sangat baca entry zilla untuk trip ni

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah semua dah selamat sampai. Masa naik hangin tu memang dah xpeduli apa kan Zilla. Once semua dah berlalu, memang boleh tersenyum lebar bila ingat. Meaningful experience!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, bibie..mmg trip kali ini byk pkara luar biasa berlaku..mmg pgalaman bermaknalah hehehe...

      Delete
  9. Teringat pengalaman overland dari Phuket ke Koh Samui dulu. Hampir 4 kali tukar pengangkutan nak sampai ke Koh Samui tue. Sebelum bergerak ke Jetty pun, kami berkumpul di satu tempat sebelum bergerak dengan bus. Kat situ, ramai foreigner yg kena tipu. Katanya Songthaews dari Jetty nak ke Chaweng Beach dan ke tempat-tempat lain kena tempah dahulu. Mahal jugak kena ketuk, Hampir 1500 baht. Kesian betul. Perggghh.Alih2, semua foreigner tue berkumpul dgn kami sbb ingatkan kami local. Nasib baik derang tak cuba persuade kami dan termakan hasutan.

    Takper la, yang penting pengalaman kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. zara, kisah ko ne mirip dgn pengalaman forumer di cari..ke korang orang yang sama? hehehe..

      setuju bab pengalaman tu..sekurangnya aku dah tau mana nak turun kalau mau ke koh samui..dalam pahit, ada manisnya (kata orglah hehehe)..

      Delete
  10. Akhirnya..Happy ending. Happy ngak Happy, biar happy tetap dihappy-happykan saja ya Mbak Zilla, hehe. Bak Kata PLM, Komunikasi dengan orang yang beda bahasa seperti itik ngomong dengan Ayam. Mana yang itik mana yang ayam tak tahu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya happy aje mas gunadi...mgkn masa kejadian, emosi jadi tak stabil lebih2 lagi dgn tekanan sekeliling, setenang mana pun kita bila dipush sana-sini automatik rasa amarah itu akan muncul dgn sendirinya..cuma terserah pada kita bagaimana untuk mengawalnya...bab bahasa, ianya sebahgian dari pengalaman mas..tak perlu nak berbahasa inggeris di sana...saya guna bahasa msia aje untuk berkomunikasi dgn mereka..ternyata ianya jauh lebih berkesan dari saya menggunakan bahasa inggeris, ajaibkan? tapi percayalah ;-)

      Delete
  11. Alhamdulillah...sampai..hebat nye pengembaraan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Rin..nak kata hebat tu tidaklah...org lain jauh lebih hebat tapi apa yang saya dpt sepanjang trip ini jauh lebih bermakna :-)

      Delete
  12. itu sbb suka travel dgn Zilla sbb dia COOL dan boleh cari solution dan buat keputusan dengan tenang. Kalau JM dalam keadaan begitu mmg tak terpikir nak tanya pak guard dan mamat yg pegang tiket ke Surat Thani tu dan tak kan tahu ada kemudahan minivan, pasti akan endup dengan taxi ribuan ringgit tu

    jgn kata Zilla je hangin JM pun geram gak..beli tiket nak ke Surat Thani boleh pulak dorang stop di pertengahan jalan..bayar utk ke pekan ST tu...pastu x pasal2 perlu byr extra utk ke Airport..apa2 pun ia pengalaman sgt berharga..

    psst : Zilla...plan trip hujung tahun kira jadinya lah ni ye in sha Allah

    ReplyDelete
  13. salam admin zilla. minx email account. nk mintak intanry dgan kost prgi thai ni. hee . ni email i matbon_02@yahoo.com

    ReplyDelete

Subscribe