Transjava 2014 (Part XI) : Kerasnya ombak di Pantai Timang, Gunungkidul

Tuesday, June 03, 2014

Transjava 2014 (Part X) : Gua Jomblang, Gunungkidul

"mas, nggak apa-apa kan baju saya berwarna hijau.."

"...itukan cuma mitos...nggak perlu khuatir..."

"saya risau mas..."

***

Pantai Timang - sampai saat ini kami tak boleh lupa apa yang terjadi pada kami petang itu. Kalau diingat balik memang ketawa dibuatnya. Nak sangat, hah, padanlah muka hehehe. Sejujurnya saya benar-benar lupa pantai ini berada di jajaran pantai selatan yang terkenal dengan mitos Nyai Roro Kidul. Hari-hari terakhir, pakaian bersih pun dah berkurangan,  mana yang ada saya angkut aje. Langsung tak perasan mengenai warnanya, dah separuh jalan menuju Timang barulah tersedar, t-shirt saya sememangnya berwarna hijau.

Walaupun mitos, tapi ianya tetap terkesan di hati saya.

Perjalanan menuju ke pantai ini bukanlah mudah; terasa menaiki roller coaster, begitulah keadaan jalannya. Tidur-bangun-tidur-bangun tak juga sampai. Sesat berkali-kali walaupun bersupir; nikmatnya. Sekurangnya saya mendapat info baru mengenai beberapa lokasi baru yang ada di Gunungkidul yang benar-benar alami dan kurang info mengenainya di internet. 

Pantai Timang terletak di Padukuhan Danggolo, Desa Purwodadi, Kecamatan Tepus Kabupaten Gunungkidul. Pantai ini memang jauh dari main road dan perlu melalui kebun-kebun warga tempatan sebelum tiba di pantainya.
Penghujung jalan. Pantai Timang  berada di balik bukit ini. Perlu berjalan meredah semak dalam 5 minit (lebih kuranglah).
Sebahagian landskap di pantai ini.
Ombak di sini memang tinggi, takut dan teruja melihatnya.
Inilah pantainya yang terkenal dengan gondola kayu yang digunakan oleh penduduk setempat untuk mencari lobster di seberang.

Jom ikut saya rapat ke tebing.
Ada yang berani nak cuba menaiki gondolanya ke seberang??
Gondola kayu.
Kreatif bukan??

Sedang kami syok bergambar di tebing tu, arus tiba-tiba semakin mengganas. Teruja bila tengok ombak menghempas tebing karangan di mana kami berada.
1...
2....
3....Yeayyyy!!! Best-best.. 

"Nak lagi..lagiiiiiii....."

Tiba-tiba, ombak semakin mengganas dan...

"bussssshhhhhhhhh"

"waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....."

Kami basah kuyup.
 
 Tu dia...

Baru aje kami nak melangkah ke tempat yang lebih selamat dan paling penting jauh dari tebing, sekali lagi kami dihentam. Haih, betul-betul tergamam. Mandi free kami petang tu. Pakaian bersih memang dah takde. Yang ada cuma pakaian busuk yang kami pakai di Jomblang. Nak pakai semula pun tak boleh sebab yang itu pun basah. Jadinya, bertabahlah masing-masing menahan kesejukan.
 
Sekali lagi..mujur waktu ini kami dah selamat melarikan diri jauh dari tebing huhuhu

Kamera dan hp kawan-kawan yang berada di tebing memang padam terus. Sama lencun dengan pakaian masing-masing. Saya pula agak bernasib baik kerana waktu pukulan ombak pertama saya sempat berpusing dan memeluk kamera saya. Kalau tidak, tak tahulah apa jadi. Dah lah compact camera saya rosak waktu di Sawarna. Kalau yang ini juga rosak, memang tak tau nak kata apa lagi dah.

Bila melihat keadaan ombak yang semakin tidak terkawal (saya dah start membayangkan bukan-bukan), kami ambil keputusan untuk balik. Takut dan sejukkkkk.
Lencun :D

"ne kak long punya pasal lah ne..pakai lagi baju hijau.."

"hahahahha....."

Serius, pengalaman di'tampar' ombaknya pantai selatan di Timang takkan saya lupa sampai bila-bila.

Solat pun dengan pakaian yang basah. Apa nak buat kami takde pilihan.

Dalam basah kuyup tu kami sempat singgah di pekan Gunungkidul untuk minum di warung tepi jalan. Supir layan nasi kucing, manakala kami sendiri cuma menggalas perut dengan murtabak, roti bakar, bakwan, buah salak dan secawan kopi panas untuk melawan kesejukan badan. Kawan-kawan mulai diserang selsema dan demam saya kembali menyerang.

Kami tiba di kota Jogja dalam 9.++pm jugalah. Dalam pakaian yang lembab itu kami minta supir turunkan kami di salah satu jalan untuk mencari barangan outdoor dan gitar. Mabuk dengan barangan outdoor di sini; super-duper murah. Dapat barangan yang dihajati kami menapak ke Jl.Malioboro dan ambil beca untuk kembali ke penginapan kami di EDU Hostel.

Masing-masing mulai telan panadol dan ubat selsema malam itu. 

* bersambung untuk last day.

You Might Also Like

28 comments

  1. I penah tgk orang post tempat ni, mmg leh cross over ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg boleh lily..cuma berani dgn tidak aje...hehehehe

      Delete
    2. Assalam cik sy nk tye la..gondola tu byr per person ke

      Delete
  2. Kuat juga pukulan ombak tu! Mudah-mudahan kamera selamat ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgtlah kuat...kamera yang rosak tu, malas nak p repair...peram ajelah buat pekasam huhuhu

      Delete
  3. pantai timanh.. memang keren abis tempat ini.. hejej

    ReplyDelete
  4. Ombak besar sebab Nyi Roro Kidul marah ada orang pakai baju hijau Mbak Zilla ? hehe.. mitos ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkinlah jugalah, mas...mitos tu lebih kurang maksudnya seperti kisah2 mistik...gitulah lebih kurang :D

      Delete
  5. mak aiiiii tingginya ombak! dalam takut2 mesti seronok kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut dan seronok bercampur menjadi satu..tapi lama kelamaan bila ombak semakin tinggi memang seram terus :D

      Delete
  6. apa2pun itu adalah pengalaman yang best!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Zila...once in a lifetime experience ;-)

      Delete
  7. takut lah ... tetibe aku pun dah bygkan bukan-bukan..ditampar ombak lalu terjatuh dari tebing..serammmm..!!

    btw, apa nama jalan dan nama kedai outdoor tu? kedai outdoor jual beg tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana, di Jl Malioboro tu ada 2 kedai outdoor..jalan dari ke hujung, mesti jumpa..satu daripadanya dekat dgn KFC (lupa nama kedai apa)...lagi satu di Jl.Mataram (ini fav kami) ..kedainya berhadapan dgn kedai2 jual cd dan kasut2 (area barangan bundle di sini)..

      Delete
  8. teringin pulak nak tahu mitos baju hijau tu..kot lah esok lusa ke sana boleh take note.hehe

    ReplyDelete
  9. Pernah tengok tempat ni kat rancangan dari Korea...
    Dorang memang cross tmpat tu...nmpak mencabar btol...
    Tringin plak nak g sne, digoda oleh gmbr2 yg lawa dr blog ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah seorang dari kitaorng sebenarnya nk try naik gondola tu dan cross ke seberang..tapi waktu kami tiba di situ langsung takde local yg handle gondola...maybe dah lewat petang dan laut pula semakin pasang..

      salute dgn mereka yang sanggup pertaruh nyawa untuk ke seberang....

      Delete
  10. oh kat sini rupanya tempat nie..mrs pernah tengok dalam rancangan barefoot friends korea
    diorang naik gondola tu keseberang sana

    dengan ombak kuat memang boleh mengigil rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, betullah tu mrs.smile..saya pun ada gak tertengok episode tu...scary!!hahaha

      Delete
  11. Wow Nice View..Sonoknya life jenjalan camni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat sesuatu yg kita suka, sure pasti akan rasa seronok, betul x?

      Delete
  12. Subahanallah puas akak menjamu mata dengan pemandangan yg cantik itu Zilla..
    Zilla pergi ke seberang tu.. akak takut tengok ombak tu.. Alhamdulillah kamu semua selamat..

    ReplyDelete
  13. timang beach... wah jeles22222.. dari tahun lepas ajak member nak p sini, tak de org pun nak .. TT

    kenapa x ajak???

    diyanahani

    ReplyDelete
  14. Salam :) sy mohon copy pengalaman sis boleh? Terima kasih in advance

    ReplyDelete

Subscribe