Assalamualaikum
Sambungan dari Sumut 2015 : Edisi Pengenalan
"Yovie, apa yang perlu saya bawa untuk trip ini?"
Saya kira, saya silap kemukakan soalan. Seharusnya saya bertanya dengan lebih detail apa yang akan dilakukan di setiap lokasi yang bakal kami singgahi. Maklumlah bila google takde pun info perlu buat body rafting, trekking dan sebagainya. Rata-rata gambar berkenaan dengan keindahan tempat tersebut. Jadinya, kita lenggang mak minah dan tunggu ajelah apa yang bakal menanti.
Perjalanan dari Residence Hotel, Medan menuju ke Desa Rumah Galuh, Sei Binjai mengambil masa lebih kurang 2.5jam perjalanan. Perjalanan agak kurang lancar kerana macet di sana-sini. Saat kenderaan mulai memasuki Sei Binjai jalan bertar diganti dengan jalan berbatu yang rosak teruk. Free massage pepagi memang tak boleh blah, hilang terus ngantuk yang singgah.
Untuk ke Kolam Abadi dan Air Terjun Teroh-Teroh, kami menggunakan jasa ranger dari Pelaruga. Terbaik ok! Walaupun sorang aje pun ranger (lupa namanya) yang mengemudi namun beliau menjaga kami dengan baik sekali.
Untuk aktiviti di sini, ada beberapa pakej yang ditawarkan:
a) Kolam Abadi + Teroh-Teroh
b) Kolam Abadi + Teroh-Teroh + Air Terjun Tongkat
Untuk pakej A, harga adalah Rp75,000/person manakala untuk pakej B saya tak pasti pula berapa harganya, tak teringat pun nak tanya hehehe.

Barangan peribadi dan berharga perlu ditinggalkan. Kamera juga tidak dibenarkan dibawa kecuali underwater camera. Mulanya teragak-agak juga, kenapa pula nak kena tinggal. Rupa-rupanya, kami perlu buat body rafting di sini. Err tetiba terasa perut mula dipenuhi oleh rerama. Saya nekad untuk angkut D90 saya, itu pun saya bungkus dalam 2 beg plastik (kalau masuk air juga, redha jelah huhuhu). Manakala untuk compact camera saya serahkan pada ranger.
Kami diarahkan untuk memakai life jacket. Selesai semuanya, trekking pun bermula. Treknya agak licin kerana hujan di malam harinya. Perlu turun/naik anak bukit, err agak semput jugalah sebab tak bersedia.
Sekitar 30 minit berjalan akhirnya Kolam Abadi mulai kelihatan dibawah.Teruja!

Sebahagian dari laluan yang ada. Sini memang kena hati-hati sebab batuan tu memang licin dan berlumut. Untuk turun ke kolam juga treknya lebih kurang seperti ini tetapi lebih curam; tergelincir sikit mau bergolak terus ke dalam kolam huhuhu.
Sekitar 30 minit berjalan akhirnya Kolam Abadi mulai kelihatan dibawah.Teruja!
Inilah dia Kolam Abadi.
Sebenarnya Kolam Abadi ini bukanlah kolam. Sungai bebenornya! Mungkin kerana airnya yang tenang dan jernih hingga kelihatan dasarnya ianya digelar sebagai kolam. Airnya sejuk bangat! Grrrr!!
Jom cuci mata sekitar kolam ini.
Lupa diri dengan pemandangan seperti ini.
Nak ambil gambar ne bukan mudah, terpaksa angkut D90 masuk air. Siap kawan-kawan pagar sekeliling untuk sambut saya misal kata saya tergelincir jatuh. Mujurlah takde apa-apa yang berlaku. Kawasan kayu balak tu memang dalam, tak berani pun nak p dekat sebab tak pandai berenang.
Sisi yang berbeza. Di sini airnya cetak dan deras. Untuk body rafting di sinilah ianya bermula.
Di sini, hanya kami sahaja yang ada. Untunglah sebab tak perlu nak bersesak di kolam yang sememangnya takdelah luas mana pun. Terus terang, saya memang saya lupa diri di sini. Biasanya kalau pergi mana-mana tempat berkaitan air ne memang saya akan jadi dugong di tepi tapi kali ini entahlah tau apa dah jadi. Boleh pula berenang ria walaupun kadangkala terpaksa ditarik oleh kawan-kawan. Terasa seperti "donia ini aku yang punya!" hahaha! *sengal.
Best weii!!
Untuk body rafting, bersiap sedialah dengan tentangan yang ada. Berkali-kali kot badan tersagat di batuan, lebam tak payah cakap. Arus di sini memang laju, kedalaman saya kira tidaklah berapa dalam sebab dengan ketinggian saya yang tak berapa nak ada ini masih boleh cecah dasarnya.
Wajah-wajah penuh kepuasan hehehe
Dalam 30 minit juga kot kami menghayutkan diri di sungai dan akhirnya kami tiba di penghujung laluan. Di sini kami diminta untuk memanjat anak tangga buluh yang ada untuk ke atas dan perlu menapak dalam 10 minit untuk ke Teroh-Teroh. Saat ini dah mula terasa kepenatannya, tenaga pun dah semakin menyusut.
*bersambung