Sumut 2015 : Edisi Pengenalan
Saturday, April 04, 2015
Assalamualaikum!
Ada yang bertanya saya perihal itinerary untuk trip ke Sumut baru-baru ne. Maaflah, awal-awal nak bagitahu trip kali ini memang takde itinerary seperti kebiasaan. Maklumlah pergi berpakej, saya cuma serahkan senarai mana tempat yang nak saya pergi dan selebihnya mereka yang susun bersekali dengan budget.
Itinerary
Kalau diikutkan sebenarnya banyak tempat yang saya listkan untuk trip kali ini tapi atas nasihat Yovie banyak jugalah yang terpaksa kami korbankan. Maklumlah kami cuma ada 3 hari sahaja (tiba di Medan pun dah lewat malam), tapi berangan macam pergi 3 bulan; manalah nak sempat, betul tak? Yovie, memang banyak bantu untuk susun semula itinerary yang saya serahkan padanya.
Day 1 : Langkat
Kolam Abadi
Air Terjun Teroh-Teroh
Camping di Tao Silalahi
Day 2 : Simalungun I
Tanjung Unta
Aek Manik
Kebun Teh Sidamanik
Air Terjun Bak Biah
Camping di Dolok Tinggi Raja
Day 3 : Simalungun II
Dolok Tinggi Raja
Airport Kuala Namu
Budget
Berkenaan budget pula dari awal lagi saya dah maklumlah pada yang lain budget adalah Rp1.2juta. Detail lebih kurang macam ini:
Avanza dari Kuala Namu - Residence Hotel (Rp170,000/5 org) : Rp34,000
Residence Hotel - Double Room (Rp145,000 x 3 bilik / 5 org) : Rp87,000
Pakej Sumut Adventure (Rp4,750,000/5 org) : Rp950,000
Stok makanan - camping (Rp69,650/5 org) : Rp13,930
- Baki Rp115,000 adalah untuk makan-makan
- Untuk pakej, Rp500,000 telah ditransfer sebagai deposit
Transport/Guide
Masalah utama untuk ke lokasi ini adalah transport dan kedudukannya yang jauh ke dalam hutan/kampung. Kalau nak ambil public transport memang agak mustahil. Cara terbaik, ambil supir tetapi majoriti supir yang saya email tak sanggup nak bawa ke tempat-tempat ini keadaan jalannya yang jelek/rosak teruk. Memang jahanam kereta dibuatnya. Hanya 3 supir/guide yang sanggup tapi harga pula berbeza-beza. Setelah puas berbalas email dengan mereka-mereka ini untuk dapatkan yang terbaik, saya ambil keputusan untuk menggunakan service dari Jelajah Acsu, yang dikendalikan oleh Yovie. 3 hari dengan Yovie dan Awan dari Jelajah Acsu, memang best sangat-sangat. Service mereka memang terbaik, saya memang rekeman lah mereka ini buat kawan-kawan semua.
Saya senaraikan hanya 3 supir dan guide yang sudi men'jahanam'kan kenderaan mereka:
Jelajah Acsu @ Yovie Richard Fawzy
Web : jelajah acsu
FB : jelajah acsu
Email : yovie@gmail.com
Traveller Medan
Email : min.travellersmedan@gmail.com (Mbak Dewi)
FB : Travellers Tour & Travel
* Harga yang mereka offer Rp1j utk transport dan upah supir sahaja. Lain-lain seperti entrance fees, guide dan sebagainya lain kira.
EDSUrentcar-Medan
Web : edsurentcar
Contact no : 085370653333
* Harga yang mereka offer Rp800,000/all in hanya untuk Dolok Tinggi Raja, tapi ini harga di tahun 2014 tak tahulah kalau ada kenaikan lagi ke tidak.
Moga perkongsian ini membantu.
8 comments
tak sabar nak tengok gambar2 nya...manalah tau boley membakar semangat hehehe
ReplyDeletedzu, tengah cari mood ne..nanti dah ada mood saya buat sambungan mengenainya hehehe
Deletehanya orang orang yg gila adventure dan maniak hidden paradise yg mampu travel seperti ini. sangat menguji fisik dan mental. Sukur semua berjalan lancar Mbak Zilla.
ReplyDeleteterima kasih mas..
Deletewah byk info nih, tqtq
ReplyDeletekahkah ayat men'jahanam'kan tu mcm jahat gitu munyiknyer
seperti selalu, trip Zilla n foto2 nye mmg ohsem meracun merasuk..hahah
gambo sunrise please.....
~zellyn hazel~
hi zellyn
Deleteawat jadi anon ne? heheh
moga entry ne membantu ya...ayat 'jahanam' tu lah yang paling sesuai..memang jahanam pun kete derang...tunggu masa nk roboh je tu hehehe
nice sharing....semoga anda dimurah rezeki.
ReplyDeleteAmin..terima kasih En.
Delete