Sumut 2015 : Day 2 ~ Pagi Di Tao Silalahi

Tuesday, April 14, 2015

Assalamualaikum!

Sambungan dari Sumut 2015 : Day 1 ~ Air Terjun Teroh-Teroh & Camping Di Tao Silalahi

6.30am, saya terjaga dari lena. Intai keluar khemah, Encik AB baru selesai menunaikan solat Subuh. Mujur jugalah malam tadi saya sempat capai barangan peribadi termasuk kamera; bolehlah saya bersihkan diri dan melayan matahari terbit sementara menunggu yang lain bangun dari lena.
 Pemandangan inilah yang menyambut saya pagi itu.

Menanti dan terus menanti saat matahari naik sepenuhnya. Untuk sarapan pagi perlu tunggu Yovie dan Awan; tak berani nak memandai-mandai.
 Burung pun dah mula keluar dari sarang
 Puas menunggu akhirnya keluar juga sang matahari dari persembunyiannya. Tercapai impian masing-masing nak tengok sunrise.

Matahari dah naik sepenuhnya, barulah kami bersedia untuk sarapan. Itu pun jadi tukang tengok sebab Yovie dan Awan ambil alih peranan sebagai chef pagi tu. Menunya nasi putih dan sardin. Mulanya mereka nak masak maggi untuk dimakan dengan nasi tapi maaf tekak memang tak  boleh nak terima "mee" dimakan bersekali dengan nasi. Sebab itulah waktu di Alfa Mart saya bagi cadangan pada Yovie untuk ambil sardin bagi menggantikan "mee". Sementara nak tunggu nasi masak, saya ambil kesempatan untuk jalan-jalan kawasan keliling tapi tak berani nak p jauh sebabnya ada antara kami yang tak cukup tanah berlari sebab kena kejar anjing. Anjing di mana-mana. Bukan seekor tapi berekor-ekor. Dengar derang menyalak pun dah menyeramkan tau!
 Tak tahulah kenapa, saya suka suasana di sini.
 Khemah kami - nasib pondok rehat di sebelah tu dan bukannya kubur hehee

Dipendekkan cerita, datang lelaki pemilik tanah ini. Yovie minta izin darinya menumpang tanahnya ini. Tiba-tiba muncul pula sepasang suami isteri, pangkat atuk/nenek. Katanya itu tanahnya, dia yang mengusahakan kawasan ini. Saya dah blur sebab memang dia terus serang saya yang kebetulan  berada di pinggir jalan untuk foto-foto. Mujur Yovie nampak apa yang berlaku dan dia terus datang ke arah saya. Terus-terusan nenek tu menyerang si Yovie dengan kata-kata hikmahnya. Walhal lelaki sebenar pemilik tanah itu pun dah menerangkan perkara sebenar kepada nenek tersebut.

Tiba-tiba nenek tersebut meminta Rp100,000 sebagai bayaran masuk kawasan tersebut. Katanya dia yang bersusah payah bersihkan kawasan ini dan sediakan semua kemudahan untuk pengunjung. Waktu ini kami dah berpandangan sesama sendiri. Kemudahan kepada pengunjung? Apa yang ada? Toilet pun takde! Kami terpaksa ambil kain dan pegang hujung ke hujung sebab tak tahan nak memerut tau! Tapak khemah pun takde, kami terpaksa bersihkan sebelum memacak khemah. Jadinya, apa kemudahan yang dah dia sediakan? 

Yovie cuba berlembut dengan nenek itu. Tiba-tiba (ayat yang memang takkan saya lupakan sampai bila-bila "..walau apa anutan kamu, aku minta kamu setia pada tuhan yang satu..aku doakan kesejahterran kamu..bla..bla...bla...". Ingatkan dia dah lupa mengenai Rp100,000 tu sebab tiba-tiba menyebut tentang tuhan.  Namun dihujung ayat "aku mahu Rp100,000...". Dah lagi. Nampaknya memang tak boleh nak buat apa, Yovie pandang saya dan dia serahkan wang tersebut pada nenek tersebut. Terus tersenyum lebar. Sekali lagi saya tak boleh lupa ayatnya yang ini "kamu gunakanlah semua kemudahan yang dah aku sediakan ini. Airnya (sambil tunjuk ke arah danau) kamu gunalah sepuasnya, aku izinkan..".

Erkk, danau tu pun milik dia? Rasa nak gelak guling-guling dah hehehe. Dapat duit terus nenek tu blah. Yang syoknya dia pergi bersihkan kawasan semak bertentangan. Garu kepala, pagi-pagi lagi dah kena "pow" huhuhu.
Inilah nenek yang berjaya mengepow kami - err gambar curi ne tu pasal tak dapat nak rakam wajahnya.

Kami santai-santai saat itu sebelum memulakan perjalanan yang panjang hari ini.
 Gunung ganang yang ada tak ubah macam lukisan; aku jatuh cinta!
 Nampak aje mulus keadaan jalannya tapi hakikatnya kami "melompat-lompat" dalam kenderaan.
 Cantik weii! Korang wajib singgah di Tao Silalahi kalau ke Sumatera Utara.

Dalam 9.++ am barulah kami berangkat. Sempat singgah di satu lokasi untuk lihat pemandangan di sekitar Tao Silalahi.
 Rumah penduduk tempatan.
Jalan inilah yang perlu dilalui untuk ke Tao Silalahi.
 Perkampungan yang ada - antara aktiviti pertanian yang ada di sini adalah sawah padi, tanaman bawang, jagung dan sayuran yang lain.
 Kalau diperhatikan dipinggir danau ini banyak terdapat keramba atau sangkar ternakan ikan.
Feri dari Samosir. Menurut Yovie dari sini ke Samosir mengambil masa sekitar 3jam untuk tiba di Samosir.

Sedikit info berkenaan Tao Silalahi:
"Tao membawa maksud danau (dalam bahasa batak). Tao Silalahi terletak di Kecamatan Silahisabungan dan dikatakan di sini terdapat hamparan pantai sepanjang 28km meliputi beberapa desa seperti Silahai I, Silalahi II, Silalahi III dan Paropo. Di katakan juga perairan Danau Toba di Silalahisabungan merupakan jurang paling dalam dengan kedalaman 905 meter (err seram!)" [sumber : wisata kabupaten dairi].

Puas bergambar kami bergerak menuju ke Tanjung Unta dengan perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 2.5jam.

*bersambung

You Might Also Like

33 comments

  1. Perghhh.. awesome gilerr tempat nie... eh eh.. Subahanallah.. Cantik sungguh tempat nie.. hehehe..
    Hurmmm.. masukan dalam Bucket list nie huhuhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhai hahaha...TT, wajib singgah la sini...sila explore sampai ke penghujung, nak tau apa yang ada kat situ,,,

      Delete
  2. Cantik pemandangan bukitnya Mbak Zilla. tapi air danau itu kelihatan warna hitam ya ? kotor atau karena dalam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas Gunadi, air danau ini bersih. Kelihatan hitam mungkin disebabkan oleh kedalamannya...

      Delete
  3. Orang batak memang begitu.. Kalau membeli dengan mereka, suka memaksa. Pernah sepupu saya lagi sikit nak kena parang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai nak berparang tu kira dasat sungguh, Nina..sebab tu org kata rasa2 mcm tak nak beli jangan sesekali bertanya tapi kalau tak tanya, mcm mana nak tau harga huhuhu

      Delete
  4. subhanallah....cntik nya ciptaan Tuhan... lukisan hidup.... nk plak org yg tgkp gambr hebat.... awesome!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciptaanNya mmg tiada tandingan..

      *err terima ksih tapi org yg tgkp gmbr tu takdelah sehebat mana pun..

      Delete
  5. tgk gunung ganang tu mcm kt Europe... x sgka itu adalah Indonesia...

    ReplyDelete
  6. Zilllaaaaaaaaa.. foto2 ohsem ok!
    bley buat wallpaper nih hehe..

    ada chalet/hotel/resort tak kat Tao Silalahi ni?

    ~zellyn hazel~

    ReplyDelete
    Replies
    1. di jalan maksud berdekatan sg dari sipiso2 ada nampak chalet tapi tak taulah berapa harganya...kalau menginap di area brastagi pun ok kot..buat day trip ke sini...cuma takde aktiviti sgt yg blh dibuat kat sini kecuali kalau ada peminat nature..kedai makanan halal juga tiada di sini...

      Delete
    2. oo sempat ya day trip + kene siap2 bawak makanan la ya..
      okok thanks

      ~zellyn hazel~

      Delete
    3. sempat sgt2, zellyn..makanan mmg wajib ada, kawasan ini majoriti adalah kristian..makanan halal mmg takde..

      Delete
  7. Memang pagi yg mendamaikan cuma bila ingat mlmnya kena pau dgn rela kmpng paginya kena pau ngan si nenek kebayan,
    cukuplah tu cepat la gerak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nenek kebayan? kejamnya gelaran tu hahaha..tapi nenek tu mmg sgat annoying lah huhuhu

      Delete
  8. Assalam Zilla,
    Cantik smua gambar...tak pernah terjangkau di pikiran nak pergi tempat2 camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, SH

      terima kasih byk..saya juga sebenarnya tidak menjangkakan akan dijamu dgn pemandangan seperti ini..indah sgt2..

      Delete
  9. Zilla,

    Mcm Nuzilen je.
    Wpun tak pernah sampai lagi Nuzilen tu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...takpe niL, imaginasi tu yang penting wpun tak sampai lagi :D

      Delete
  10. Cantik gila tempat ni Zilla.. macam kat Europe pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap nak imaginasi gunung-ganang di Europe..maklumlah tak sampai lagi ke sana BK hehehe...

      Delete
  11. lawanyaaaaa.....subhanallah..dapat view mcm ni lantak le 100k tu pun kan......rasa nak guling2 je kat bukit2 tu heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihh 100k tu banyak dzu, haruslah berkira hehehe...

      Delete
  12. cantik...sungguh cantik..~! bole buat aksi hindustan gulin gulin dari bukit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin gak nak buat aksi tu tapi bila tgk bukit tu, ishh tak sanggup :D

      Delete
  13. menikam ayat nenek tu.. btw panorama kt sini menarik.. hijau alami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nenek tu memang lah hehehe...

      kalau minat panorama, mmg wajiblah singgah sini..puas hati sgt2..

      Delete
  14. Rindu pulak akak kat Danau Toba ni.. tapi perjalanan memenatkan.. aduhai.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab kata Ren "bertabahlah untuk keriangan berganda" hehehe..mmg tak blh buat apa kak, kematu montot nak tunggu tiba di danau tu

      Delete

Subscribe