Sumut 2015 : Day 2 ~ Tanjung Unta & Aek Manik, Simalungun
Thursday, April 16, 2015Sumut 2015 : Day 2 ~ Pagi Di Tao Silalahi
Dari Silalahi ke Tanjung Unta mengambil masa sekitar 2.5 jam perjalanan. Sebenarnya kami tak pergi pun ke Tanjung Unta, sekadar memerhati dari jauh aje hehehe. Kalau turun ke situ, sahlah tak sempat nak ke Aek Manik dan Bah Biah.
Kenapa tempat ini digelar sebagai Tanjung Unta?
Emm, cuba perhatikan gambar dibawah, ada mirip seperti unta tak? hehehe. Sebenarnya Tanjung Unta ini diberikan namanya oleh presiden Indonesia yang pertama sewaktu kunjungan beliau ke Danau Toba. Dari info yang saya baca katanya bukit ini kelihatan seperti unta yang sedang beristirehat. Emm, belek-beleklah ya. Kalau nak info lebih lanjut mungkin boleh google sendiri.
Tanjung Unta. Dibelakangnya itu Pulau Samosir, hujungnya pulau tersebut.
Singgah di warung kopi ini untuk layan pemandangan Tanjung Unta [Pic : Syikin]
Jika kawan-kawan ingin ke Danau Toba melalui Permatang Siantar, sebenarnya kita akan melalui tempat ini. Dari sini ke Parapat (feri ke Samosir) pun dah tak jauh mana, sekitar 3jam perjalanan untuk tiba (kiranya 1/2 perjalanan ke Parapat dari kota Medan).
Dari kejauhan kelihatan Tomok dari sini cuma cuaca agak berkabus tu yang tak berapa nak jelas pemandangannya.
Percaya tak, kami gigih ke sini hanya untuk melihat Tanjung Unta? Untuk ke Aek Manik, kami perlu berpatah balik huhuhu. Opps, sebelum terus-terusan terlupa di sini antara lokasi untuk layan sunset tau. Rancanglah perjalanan kalau nak layan sunset Tanjung Unta.
Aek Manik terletak di Sidamanik, yang terkenal dengan pengeluaran teh hitamnya. Saya tak tahulah mana jalan yang dibawa, apa yang saya ingat kami melalui pekan Sait Buttu sebelum kenderaan mulai melalui ladang teh untuk tiba di Sidamanik.
Tak tahulah ini kat mana
Dari ladang teh/pekan Sidamanik ke Aek Manik tak jauh mana dah; perlu drive lalu celah-celah rumah penduduk tempatan dan sampai (lebih kurang dalam 10 minit je pun). Perkara yang kami perlu tempuhi, kutipan bayaran untuk parking (lupa pula berapa kosnya). Lepas tu, bila dah masuk parking kena bayar lagi dekat budak-budak yang menjaga parking (ini ikutlah nak bagi berapa). Kalau berhajat nak tukar baju basahan, boleh tukar di toilet yang ada. Opsss, takdenya percuma tau. Rp2,000 sekali masuk. Toiletnya, muntah darah! Hancing sungguh!
Ladang teh di Sidamanik.
Jalan kampung menuju Aek Manik.
Untuk ke Aek Manik kena menapak turun anak tangga. Bayaran masuk adalah Rp4,000/person. Dengan bayaran tersebut semua kemudahan di Aek Manik boleh digunakan secara percuma. Yang syoknya, sampai ke sudah kami tak jumpa toiletnya di mana. Mungkin sebab percuma tu yang disorok kot.
Aek Manik dikenali juga sebagai Bah Damanik terletak di Desa Huta Lama, Sidamanik. Aek dan Bah bermasuk air (dalam bahasa batak). Aek Manik ini sebenarnya sungai tapi aliran airnya tersangatlah perlahan hingga digelar sebagai kolam oleh penduduk tempatan. Ianya terhasil dari satu mata air yang berada di pinggir kolam.
Aek Manik dengan air yang sangat jernih.
Kedalamannya, paras betis aje so tak perlu nak risau mengenai lemas dan sebagainya.
Kawasan berpagar inilah letaknya mata air bagi sungai ini.
Oleh kerana kali terakhir kami mandi adalah di Residence Hotel jadinya kami ambil keputusan untuk berkubang habis-habisan di Aek Manik. Puas-giler dapat mandi-manda tanpa sebarang gangguan manusia kecuali ular (itu pun dia sekadar melintas, takde kacau pun).
Ada rakit tapi sampai ke sudah budak bertiga ini aje yang bolot huhuhu.
Ramai yang berdating-datingan di sini.
Kami beransur menuju ke Bah Biak bila suasana keliling mulai mendung.
*bersambung
23 comments
biru!
ReplyDeletememang pesen air kolam kat sana sume biru ke??
bestnyer!!
tak dapat pegi kolam abadi jadi la kalau dapat pegi sini..asal biru hehe
sedap tak teh Sidamanik?
~zellyn hazel~
zellyn, nampak gayanya macam tulah..awak try google negeri suah..mesti tergoda juga hehehe
Deleteteh sidamanik? entah, tak rasa pun...teh yang saya minum kat kedai akak tu pun saya tak tau dia guna brand apa :D
otw ke Berastagi kan?
DeleteAduh Zillaa..nangess..ada sungai 2 suhu (campuran air hangat & dingin) biru jugak airnya !!
Nak cari kopi la kalau pegi Medan..
~zellyn hazel~
tak pastilah pula otw ke brastagi atau pun tidak..yg saya tau jaraknya dari medan lebih kurang 3j perjalanan...
Deletesejuknya tengok air yang jernih...dasarnya pasir ke Zilla?
ReplyDeletezila, yupp dasarnya berpasir halus...
DeleteJernihnyeee..erkk ular?klu N dah cancel mndi..
ReplyDeleteanak ular Ann..dia pun macam tersesat dalam air tu hehehe...tapi kalau p tmpt ne tak mandi sangatlah kerugian..best giler! hehehe
DeleteAek Manik ni kira macam permulaan sebatang sungai kan Zila... cantik habis...
ReplyDeleteIa encik....
DeleteAssalamualaikum. Cik Zila, saya nak bertanya.
ReplyDeleteKalau ke pergi ke semua tempat ni dalam bulan 9 ok ke?
Yovie tu muslim atau tak? Sebab saya nak guna khidmat dia jugak ni. Takut emel terbagi 'assalamualaikum' kalau dia bukan islam. kekeke
Yang pakej Cik Zila ambil ni, dia kira harga untuk seorang atau harga 1 pakej terus ye?
Thank you in advance~
Waalaikumsalam syza aqra
Deletepanggil aje saya zilla tak perlu nak bercik hehehe
kalau ikutkan sept tu masih lagi musim panas di sana..tapi tak tahulah kalau tetiba hujan sepanjang hari...doa byk2 agar cuaca menyebelahi...
utk makluman yovie tu muslim so tak perlu risau sebab dia tahu apa yang kita perlukan..harga pakej yang ditawarkan adalah bergantung pada berapa org yang p...kalau ada pertambahan ahli, kena topup Rp500,000/utk dari harga pakej yang ditawarkan...max 6 org sebab dia guna avanza...kalau kurang lebih bagus, lebih selesa sebab perjalanan mmg panjang so takdelah nak bersesak sgt dalam kereta...
Hehe. Nak panggil Zilla macam tak proper sebab bila baca older post macam nak kena panggil 'kakak' je sebab saya baru 24. hehe.
DeleteApapon, terima kasih banyak-banyak untuk maklumat :)
aduhai hahaha!
Deletesaya tak kisah bebenornya..panggilan cik tu terasa terlalu formal...kalau tak selesa panggil nama, boleh tambah "akak" depan tu...rasa lebih mesra kot hehehe..
sama2..moga membantu dan selamat berjimba di sumatera utara :D
kemanapun kalau kalau ke hulu sungai, mesti airnya jernih. Tapi mata air aekmanik ini, memang tidak cuma jernih. tapi warnanya kebiruan. keren Mbak Zilla. Btw pengunjung yg ramai itu orang tempatan kah mbak Zilla ? ngak bosan kah mereka mandi di situ
ReplyDeleteHanya kami aja "makhluk asing" di situ mas :D...yang lainnya semua local..bosan? tak pasti pula saya, mas....
Deleteunta tu cantik....awesome.
ReplyDeletesaya baca mcm2 aktiviti boleh buat di unta tu Encik
DeleteMana pegi posting Nukilan Hati tu???? Tak de pon!!! Ni je kuar "Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist".... Mana???? Mana????
ReplyDelete* Tak puas ati...
tak puas ati? nasiblah kot hehehe..entry tu saya dah lock kemas2..nama pun nukilan hati, mana boleh publish lama2...malu ;-)
DeleteBestnya dapat mandi kolam yg jernih ni Zilla.. :)
ReplyDeletemmg best kak..
DeleteSeronoknya baca entry ni, rasa macam banyak nya banyak gila tempat kena cover kat Medan ni! saya suka route awak buat ni :D
ReplyDelete