Hari baru di Jogja bermula seawal 5.30am. Sedar pun sebab jam hp berbunyi (lena sungguh tidonya). Cuaca cerah tapi sayangnya hujan turun secara tiba2 dgn agak lebat. Sementara menunggu hujan redha, kami layan breakfast (nasi goreng + teh o + betik) yang disediakan oleh pihak hotel.
Cuaca kembali ok, kami terus ke bangunan sebelah utk menyewa 2 biji motor. Lokasi pertama yang diterjah pagi itu adalah Tamansari yang terletak di kota jogja. Tamansari ini dahulu2nya merupakan royal garden bagi sultan jogja dan kaum kerabatnya (termasuklah gundik2 beliau). Kawasannya sangat luas, ada kolam untuk mandi-manda & ada kawasan untuk anakanda2 baginda bersantai. Entrance fees Rp7k/person dan tambahan Rp1k untuk kamera huhuhu. Jadinya, sila simpan dahulu kamera masing2 ye.. saya tak tau pun ada tambahan bayaran utk kamera, jadinya terkenalah huhuhu~ Kalo nak ambik local guide pun boleh, bayaran bergantung kepada kita (kira sedekahlah). Apa pun tak rugi ambil derang ne sebabnya info yang disampaikan mmg bagus dan berbaloilah kalo korang keluarkan duit utk tujuan itu. Apa pun, pilihan ditangan masing2. Di sini jugak terdapat bahagian di mana terdapat demo untuk membuat wayang kulit, kalo berkenan blh beli sebagai kenang2an (x beli pun, ongkosnya enggak ada). Puas pusing2, bergambar sana-sini kami ambil keputusan untuk ke destinasi seterusnya, Kraton Jogja (Sultan Palace).
Emm, seperti biasa ada nak masuk kenalah bayar (Rp3k) utk masuk ke istana ini dan dibuka ½ hari sahaja kepada pengunjung. Apa yang ada kat sini ye? Emm, pada mereka2 yang ingin mengenali kehidupan diraja jogja boleh singgah disini. Byk info yang boleh diperolehi di sinia antaranya mengenai pertabalan diraja, alatan2 muzik/kenderaan yg digunakan,pakaian tradisi dan sebagainya. Apa yang pasti tidak semua bahagian dibuka kepada pengunjung. Berdasarkan info yg diberi istana ini merpakan bangunan yang tertinggi terdapat di jogja..Selebihnya, saya tak ingat :D Oh ye, sepanjang kami di istana, cuaca kurang baik, hujan sahaja..Sementara menunggu cuaca kembali ok, kami dibawa ke ruangan yg menjual lukisan2 yang dilukis oleh pekerja istana tersbut dan pelukis terkenal di sana…Pusing2 kawasan sekitar, dan gerak ke destinasi seterusnya Jl. Malioboro untuk lunch di lesehan (x byk pic di sini, battery camera tinggal nyawa2 ikan)
Jl. Malioboro memang terkenal di kalangan pelancong. Situasinya sama seperti Chow Kit, mcm2 ada di sini. Sekali parking di sini Rp3k dikenakan (xde yg free ok). Kami singgah di satu shopping complex (tak tau nama apa) utk mencari sesuatu yang xblh disebutkan di sini dan singgah di kedai buku untuk membeli poskad. Settle semua urusan kami gerak pula ke bank untuk tukar duit dan seterusnya ke lesehan untuk makan. Menunya simple aje (orang sana tak makan nasi berkuah, semuanya kering) nasi putih, sambal + ulaman, ayam panggang (utk saya), kawan2 yang lain pula mencuba ayam goreng..walaupun simple, tapi sedaplah..Setrusnya kami bergerak pulak ke Pantai Parangpenintistritis yang terletak di selatan Jogja, lebih kurang ~30km dari kota Jogja dengan meredah hujan…
Woooo, kematu montot, terseksa sungguh montot dibuatnya hehehe~ Sepanjang hari bergerak ke hulu hilir dengan motor mau tak kematu (tapi best tau!). Sepanjang perjalanan, kami melalui kawasan perkampungan yang indah (sawah padi lagi), saujana mata memandang (sesekali singgah untuk snap pic). Untuk masuk ke kawasan parangtritis, kena bayar jugak tau (kan saya dah kata, takde yang free). Alahai lupa berapa charge yg dikenakan huhuhu. Tah apa reason derang minta bayaran pun tak tahulah, nak kata untuk memperindahkan kawasan sekliling, tak nampak apa pun huhuhu~ Pantai ini ada mitosnya. Mengikut apa yang saya baca, pantai ini diperintah oleh kerajaan laut yang diketuai oleh roro kidul (sila cari sendiri apa mitosnya ye, malas nak taip panjang lebar). Menurut mitos, pengunjung tidak dibenarkan memakai pakaian berwarna hijau kerana dikhuatiri akan menarik perhatian roro kidul (hijau kaler fav beliau). Bagi menjamin keamanan dan sebagainya, terdapat hari2 di mana mereka2 yang berkenaan akan turun ke kawasan tersebut utk upacara pemujaan. Wallahualam…
Keadaan parangtritis agak kurang terurus (pada saya). Banyak sampahlah kawan2, sayang rasanya kawasan tumpuan pelancong seperti ini diabaikan. Ombak di sini agak tinggi dan agak menakutkanlah bila2 sesekali kelihatan huhuhu~jadinya disini tidak digalakkan untuk aktiviti mandi-manda (tapi ada gak yang berkubang). Apa pun yang penting berhati2… Kami lepak di sini lama jugaklah semata2 untuk menikmati sunset. Sambil2 tu kami pekena jagung bakar panas (tasya sure suka part ne) yg dijual oleh penduduk tempatan. Habis makan baru gerak balik ke kota Jogja (ujan lebat lagi, lencun dibuatnya).
rasa jagung ne, manis2 pedas..macam mana tu?
Kami singgah di hotel sebentar kerana hujan yang lebat walhal plan asal nak terus ke Jl. Malioboro untuk dinner. Lepak2 di hotel sat, pastu masing2 buat keputusan utk redah ajelah. Sekali lagi, lesehan yang kami serang. Apa yang istimewanya lesehan di malam hari, kita akan duduk bersila sambil menikmati hidangan, takde dah kerusi macam di siang hari (seolah santap di rumah sahaja gayanya). Sambil2 makan, pemuzik jalanan (ngamen kan fatt?) akan menghiburkan kita (nk request lagu pun boleh). Menu kami mlm itu masih sama seperti di siang hari; berselera menjamu selera sambil menikmati muzik yang dihidangkan. Setelah puas, akhirnya kami kembali ke hotel untuk merehatkan badan…
akak.. sedap x makan jagung tu? kekkekke.. nak saya share pic x?
ReplyDeletep/s: cantik gambo2 awok tu..
pssssttt adik jijah, awok jgnlah buet koi mcm ne weeeeehhhh!!koi meghajuk ngan awok nanti, baru awok tahu kuui3
ReplyDelete*tak payah puji, mmg dh lama tahu gambo2 koi tu cantik2 belaka ahahaha