Pages

Sunday, April 10, 2011

Trans Java : Part IV -> Jogja (2nd day)

Kali ini kami akan bergerak keluar dari kota Jogja.Destinasi utama ialah Candi Borobudur di Magelang dan pariamanPramanan. Kami bergerak agak lewat sebenarnnya kerana kami singgah di pejabat pos terlebih dahulu utk pos poskad yang kami beli hari sebelumnya. Kami bergerak ke Jawa Tengah dalam 10.00am dan tiba di Borobudur dalam 11.45am (memang kematu montot dibuatnya).

Entrance fees Borobudur agak mahal sebenarnya. Utk makhluk pelancong asing Rp135k/person. Dah bayar mahal2, pelancong2 boleh menikmati minuman yang disediakan oleh pihak pentadbir (konon nak ambil hatilah tu!) dan perlu memakai kain perca yang disediakan (wpun korang bertutup litup tetap kena pakai kain tu), kononnya utk menghormati tempat tu..Oklah, wpun agak kurang puas hati, pakai jugaklah (gilerlah, nak menampak tangga2 dgn kain). Dah pun tiba, jadinya masa untuk menikmati kawasan sekeliling (yahooooooo). Satu perkara utk makluman, bahagian atas ditutup kepada semua atas alasan utk penyelenggaraan (yolahhhh!)…


Bahagian inilah yang ditutup kepada pelancong.

Ukiran di dinding2 candi, ada cerita utk setiap satunya

Pemandangan kawasan sekeliling dari candi...
Kami bergerak keluar dari candi untuk ke destanasi seterusnya dalam pukul 3pm. Plan asal nak ke Pramanan tapi atas disebabkan factor masa (Pramanan tutup jam 5pm) kami tukar plan untuk ke Kaliurang melihat Merapi yang meletus hujung tahun lepas. Kekematuan montot dirasakan ditahap maksimumlah hehehe ~beberapa kali kami berhenti untuk bertanyakan kepada penduduk tempatan arah ke sana dan atas rekeman mereka2 ini kami tukar plan bukan ke Kaliurang tapi terus bergerak ke Kaliadem di mana terletaknya perkampungan Kinahrejo (sila perbetulkan kalo silap ye kekawan). Kalo kawan2 nak tahu, perkampungan ini musnah teruk akibat lava gunung merapi dan disini jugaklah tinggalnya jurukunci gunung merapi, Mbah Marindjo yang merupakan salah seorang daripada mangsa yang terkorban.
Beberapa kali kami tersesat dan hari pun semakin lewat tapi sudah rezeki kami Alhamdulillah kami selamat sampai di Kinahrejo. Pesanan dari penduduk tempatan “cepat2 beredar jika hujan mulai turun” saya pegang erat. Menurut mereka, awan dingin (panas) masih dilepaskan oleh merapi. Dengan langkah Bismillah dandengan rasa penuh keinsafan kami selusuri kinahrejo dgn sebak dihati. Sedih kawan2, keadaan seperti padang jarak, padang tekukur...Rumah2 habis menyempah bumi, pokok2 habis terbakar..Nah, bukankah ini sudah membuatkan kita bersyukur betapa beruntungnya kita. Kenderaan tidak dibenarkan naik ke kediaman Mbah, jadinya kami perlu menapak dalam 1km utk ke sana. Kabus makin lama makin tebal, dan keadaan sekeliling semakin sejuk. Kami atur langkah mendaki kaki bukit merapi utk ke rumah Mbah..Sesekali bau pokok2 yang hangit saya hidu, menambah cuak di hati. Akhirnya kami sampai juga di rumah jurukunci merapi ini. Apa yang ada, cuma ada 2 batu nisan (saya x sure mayatnya dikebumikan di sini atau pun tidak) di tapak rumah beliau, yang lain semuanya habis di sapu lava gunung merapi..berdekatan dgn rumahnya, terdapat surau yang sedang dibaik pulih atas ihsan pengujung yang menderma (sgt menyayat hati ok).. Seketika disitu, kami ambil keputusan utk kembali turun ke bawah (lebih2 lagi apabila melihatkan kabus yang terlalu tebal)..
tiada apa yang tinggal, rasanya dulu ada penempatan di sini sebabnya ada pagar yang masih tegak berdiri...


musnah teruk...


kabus sgt tebal...di sinilah tapak rumah mbak maridja.
Odw turun, kami disapa oleh seorang penduduk tempatan yang meminta kami segera tinggalkan tempat tersebut. Hujan di merapi akan membawa banjir dingin terus turun ke bawah. Hati dah cuak, berdoa mudah2an Allah melindungi segalanya. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke parking motor. Bunyi bising kedengaran (amaran bahaya) dan kami diminta utk terus keluar dari kawasan tersebut (sempat singgah di sebuah kawsan utk snap pic sbagai kenangan). Alhamdulillah, kami berjaya keluar dari kawasan tersebut dgn selamat.

Keesokan harinya kami dapat maklumat bahawa arus dingin merapi melencong sedikit sahaja dari kawasan yang kami singgah (tidak dpt membayangkan kalo sebaliknya, bagaimana nasib kami). Apa pun, pengalaman hari ke 2 saya di Jawa Tengah memang menginsafkan dan saya bersyukur menjadi salah seorang daripada ‘insan terpilih’ yang berkesempatan melalui saat2 mencemaskan di merapi. Alhamdulillah, dan saya kira pengalaman ini merupakan pengalaman paling berharga yang penah saya lalui…

Berbalik kepada cerita asal, keluar dari kawasan Kinahrejo kami singgah di satu gerai utk membeli buah salak untuk mengalas perut yang kelaparan (last kami makan adalah breakfast di hotel). Seterusnya kami terus bergerak kembali ke Malioboro sekali lagi utk makan malam dan mencari cenderamata buat teman2 dan keluarga di Msia (sedih sebab esoknya sudah mau berangkut kembali ke Msia)..

2 mlm berturut2 menjamu selera di sini..
inilah menu kitaorang..tempe wajib ada!!


bawal bakar....nyummmmyyyyyy

4 comments:

  1. hebatt la along ni.. sudaaah abis entry pasal jogja.. syabas kakak long.. syabas... (sambil tepuk tangan dan gigit lidah gaya makan jagung.. hahhhahha)

    p/s: gambo2 awok ni.. hebat2 belaka.. boleh blaja x kak long? jadi sifu saya.. mau ka? hehhee

    ReplyDelete
  2. kalolah ko ada dpn aku, taulah aku nak buat apa hehehe

    ReplyDelete
  3. Zilla,
    yg awak naik motor tu sape yg bwk?
    sungguh insaf tgk pengalaman awak kat merapi tu...plus ade takut2 skit.

    ReplyDelete
  4. bdk2, kitaorang sewa 2 buah motor..satu, tasyha yang bawa, satu lagi adik kepada tasya yang bawa..kenapa ye bdk2?

    sgt insaf bdk2..terasa betapa b'untungnya kita di sini

    ReplyDelete