Plan mengejut sebenarnya ne. Cadangan Ndia (my classmate). Plan asal Sunway Lagoon, tapi bila discuss balik ada 4 usul yang berjaya dibentangkan iaitu Bkt Cerakah, Lost World Tambun, Genting dan Sunway. Try cari info untuk keempat tempat ini, kami buat keputusan untuk ke Bkt Cerakah. Motifnya nak kayuh basikal dan nak ke rumah 4 musim. Bila google semula mengenai tempat ini, terjumpa info mengenai Skytrex ini dan terus ambil keputusan utk mencuba.
Kami bergerak ke Bkt Cerakah dalam 9.++am dari Taman Melati. Awal2 lagi dah sesat, emm entahlah dari dulu lagi memang saya kurang gemar dengan Shah Alam ne. Pening sgt kalau nak cari tempat. So setelah beberapa kali kami tersesat, akhirnya berjaya jugalah bertemu dengan signboard ke Bkt Cerakah ini. Lega sangat2. Seingat saya last saya p sini masa form 5, bayangkan lama giler tu. Dalam kepala saya ini ingatkan takde sapa2 yang berminat dengan tempat nie. Bila dah tiba dan lihat pada keadaan parking park yang penuh errr rupa2nya femes ye tempat ini heheee. Jangan tanya saya mcm mana nak ke sini, saya tak boleh nak ingat huhuhu
Parking free manakala entrace fee sebanyak RM3 dikenakan untuk setiap pengunjung. Untuk bersiar2 di kawasan taman, terdapat 3 options iaitu berjalan kaki, bus (free) atau pun berbasikal (RM5 untuk sejam). Untuk ke Skytrex Adventure Park, ada bus khas (warna kuning) yang akan membawa pengunjung dan lokasi bus stop nya adalah berdekatan dengan tempat sewa basikal (tidak jauh dari pintu masuk taman).
Bus khas utk ke Skytrex
Kalau ingin lebih santai, boleh aje berbasikal
3 cabaran di Skytrex:
Little Adventure (Fun & Easy)
Platform height : 3m - 5m
23 challenges
Fee : RM35/person
*sgt sesuai utk kanak2
Big Thrill
Platform height : Up to 17m
26 challenges
Fee : RM45/person
Extreme Challenge
Platform height : Up to 22m
34 challenges
Fee : RM50/person
*Saya cadangkan korang booking online -> skytrex
Kami plan nak ambil Big Thrill aje memandangkan ketinggian platform lebih kurang 17m sahaja tetapi oleh kerana dah terlalu ramai yang ambil Big Thrill (ada 40 orang yang sedang menanti giliran) dan kami perlu menunggu hingga jam 3.00pm so kami tukar plan. Err berbelah bagi sebenarnya nak buat atau tidak Extreme Challenge memandangkan ini percubaan pertama kami dan ketinggian platfrom sehingga 22m (err giler tinggi tu). Try tengok challenges yang ada pun, memang extreme habis so kami buat keputusan utk jalan2 kawasan sekeliling utk berfikir. Adik di kaunter rekeman kepada kami utk try segway dengan harga RM5 untuk 5minit. Emm, oklah try ajelah huhuhu..
Harga sebiji benda alah ini RM32,000. Kalau RM320, teringin juga nak sambar sebiji, senang nak p keje..
Syok wooo ride bendalah nie
Hati dah tenang, fikiran dah kembali waras (keh keh keh!), kami ambil keputusan utk sahut cabaran di 'Extreme Challange'. Jantung jangan cakaplah, dup dap, dup dap, memang keje giler la ne huhuhu. Jadinya kami perlu mengisi borang yang disediakan dan bayaran RM50/person. Untuk new glove (wajib pakai) RM5 dikenakan untuk setiap person, RM3/person untuk recycle glove. Settle semuanya kami dikehendaki ke Gear Up Deck untuk mengambil dan memakai Harness sebelum di bawa ke sesi briefing.
Sesi briefing, diajar cara untuk menggunakan carabiner & pulley. Sesi ini penting dan kita perlu ingat setiap arahan yang diberikan memandangkan sepanjang aktiviti kita perlukan lakukan sendiri tanpa ada bantuan dan tunjuk ajar dari instructor (kecuali di sesetengah platform akan ada instructor yang akan menanti). Untuk memanjat anak tangga dan meniti titian tiada masalah bagi saya, tapi untuk flying fox errr takutnya. Takut bukan sebab gayat, tapi takut utk terjun dari platform hehehe. Settle sesi briefing, bermulalah cabaran sebenarnya..waaaaaaa
Starting point, tapi ini utk cabaran Big Thrill. Extreme Challenge lagi tinggi ok huhuhu. Untuk meniti anak tangga ini memang penat + sakit tangan2. Apa pun jangan tergesa2, ambil masa untuk sampai ke platform dan yang paling penting jangan pandang bawah (saya pandang depan aje, tak berani nak pandang bawah)
Disinilah kedudukan platform yang dituju, gayat tak gayat? Korang tentukan sendiri..huhuhu
1,2,3 gooooo!! Bila dah terawang2 di udara, memang tak rasa apa dah..otak rasa kosong sekosong-kosongnya (tu dia ayat). Tapi sebelum terawang tu jenuhla nak kumpul kekuatan utk terjun. Beberapa kali try baru berjaya, itu pun saya tutup mata dan minta instructor tolak saya ke bawah. Kalau tidak ditolak, saya rasa sampai ke hari ini pun saya tak terjun2 lagi huhuhu. Jangan tak tahu, ada yang siap meraung (lelaki pompuan, sama aje ok) sebab takut nak terjun. Kalau dari bawah memang terasa buruk benor bunyinya, ialah dah tua2 pun takut sampai meraung laghu tu tapi try ada di situasi tersebut then kita akan tahu tak salahla kalau ada sapa2 yang meraung kat platform tu. Bukan mudah tau nak lawan ketakutan yang ada dalam diri sendiri..
Terbaik!!!
Antara cabaran yang perlu diharungi..berani dengan tidak aje..
Hebatkan? Tabik toiing toingg la kat minah ne (Little Adventure)
Ini sahajalah sebahagian pic yang sempat saya snap, saya sempat buat 15 cabaran sahaja sebelum hujan turun selebat-lebatnya diikuti dengan kilat. Tak berani ambil risiko saya ambil keputusan utk stop. I'Allah ada rezeki nak p sini, nak start dari mula hingga akhir (i'Allah). Hari ini, abdomen dan lengan saya semua sakit2 huhuhu
aku suka flying fox! bagus la korang ada masa gi jalan2 camni, aku weekend asik dok umahhhhhhhhhhhhhh je...bosan siut...ngadap tibi...malas nak kuar sbb memikirkan keje yg menimbum...
ReplyDeletebiqque, saya pungg!!ehehe (eksen sebab dah tak takut).kebetulan aje nie, kalau tidak lepak aje dirumah bilang atap bilah atap rumah ehehe.
ReplyDeletekalo ko bilang atap, aku bilang apa? bilang rumput aja...*melihat keluar tingkap*
ReplyDeletetime aku ajak sorg pun tknak..alih2 dah pegi. senyap2 plak tu..siap tgk kelip2 plak tu...hurm...
ReplyDelete