Seterusnya dari Bkt Cerakah kami bergerak ke Tg Harapan untuk santap. Masing2 dah kebuluran, sepanjang hari tidak berjumpa makanan huhuhu. Sebagai anak Selangor separa jati, malu sebenarnya nak mengaku inilah kali pertama saya menjejakkan kaki di Port Klang atau lebih tepat lagi Tg. Harapan :P Cantik kawasan sekitar, ada pantai hehehe
Layan pic ajelah ye..
Sotong goreng tepung. Sedaplah, tak tahulah campuran tepung apa yang digunakan. Sotong pun sangat fresh
Iku Siakap kot masak tiga rasa. Emm, lain dari tiga rasa yang biasa saya makan. Pun sedap..
Kangkung goreng belacan..sedap jugaklah (err ke sebenarnya kami yang dah kebuluran tahap max, semuanya rasa sedap belaka). Ini antara menu yang sempat saya snap picnya, lain2 menu adalah pari bakar dan ketam sup muara. Sayangnya saya tak sempat nak lepak lama2 dengan kawan2 saya di sini sebab perlu berkejar ke Kg Kuantan, Kuala Selangor utk lihat kelip-kelip dengan tasyha dan yana.
Dah malam pun waktu kami tiba di sini. Kalau tak silap dalam 8.++pm. Sepanjang perjalanan masuk ke tempat ini, saya dok tawakal aje sebab hati rasa sangat tak sedap. Err macam ada 'benda' yang mengikut (sorry tasyha tak bgth ko :P). Suasana memang sunyi dan gelap, cuma sesekali ada kenderaan yang melintas. So sepanjang masa itu saya kurangkan bercakap dan try untuk tidur tapi tak lena pun. Tak boleh nak lena walaupuan fizikal dan mental sangat penat.
Untuk lihat kelip2 di sini, RM15/person untuk adult dan RM8/person utk children dikenakan. Bayaran telah dibuat, kita akan ke jeti yang terletak tidak jauh dari kaunter pembayaran. Err sekali lagi, waktu melalui laluan ke jeti hati saya rasa tak sedap.Ahh, tak tahulah kenapa maybe sbab saya penat sangat kot. Biasalah, sebelum naik boat, perlulah mengenakan life jacket terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga andai kata ada perkara yang tidak diingini. Di jeti itu pun kami dah start rasa teruja, banyaknya kelip2, tak ubah macam pokok krismas..Cantik!! Tapi sayangnya tak boleh dirakam lewat kamera.
Saya tak sure satu boat boleh memuatkan berapa penumpang tapi boat yang kami naiki memuatkan dalam 9 orang (kalau tak silap). Bila boat dah pun mulai bergerak masing2 perlu diam dan sebarang cahaya dari apa2 sumber tidak dibenarkan. Pakcik tu kata denda RM500 akan dikenakan kalau melanggar peraturan yang telah ditetapkan (baik pakcik!). Kita akan dibawa menyelusuri sepanjang muara sg selama 20 minit menikmati keindahan kelip-kelip anugerah tuhan. Sangat cantiklah kawan2, tak tahu nak describe macam mana, patut p dan rasai sendiri pengalaman ini. Bila boat hampir dengan kawanan kelip2 ini, try tangkap ishh tak dapatla huhuhu.
Cubaan untuk merakam kelip2 tapi nan ado..apa pun tak dapat selain dari gelap gelita huhuhu (ada momok dalam pic tu, cuba tgk..nampak tak? hehehe)
20 minit atas boat dan kami berpatah balik ke jeti. Pengunjung pun tak henti tiba (mungkin sebab weekend kot). So dari sini kami terus gerak ke Tanjung Karang utk pekena sate hut yang femes itu. Ayakkk giler ramai orang, jenuh menunggu tau. Bila dah dapat, jenuh pula menunggu sate nya yang tak kunjung tiba. Kami ambil 10 cucuk sate ayam saiz biasa (RM0.70/cucuk) dan 10 cucuk ayam saiz besar gedabak (RM1.30/cucuk). Sedap satenya tapikan sate saiz gedabak tu memang tak sanggup nak makan. Secucuk aje dah buat saya muak errr next time kalo ke sini lagi ambil size biasa ajelah, lebih nikmat utk dinikmati..Settle makan, terus gerak balik errr dan sampai ke rumah dalam 12.25 am..
**tq tasyha sudi pelawa aku tgk kelip2 :-)
ok! ko ngan john kan kalo letak gambar makanan, MMG SEDAP! *lapar*
ReplyDeleteaku tak pegi2 lagi tempat kelip2 ni, sbb tak leh amik gambar cam ala sedehnyer kan...diorang tak kasi amik sbb takut terkejut pati mati kot menatang tu *andaian sendri*
tapiiiiiiiiiiiiii bab hantu tu ko *&^$$^&*! aku takut siut!
biqque, aku pun lapo tgk makanan tu.dah la takde apa nak makan ne, aku rasa macam nak je kekah pc nie sikit demi sedikit hahahaa
ReplyDeleteala p ajelah..bab momok tu, mcm tak biasa aku ne jenis mcm mana ehehe.ala andaian aku je tu mgkn sebab aku terlalu penat dgn aktiviti disiang hari..ehh ko patut p la, kot2la ko berjaya snap kelip2 tu w/out flash kamera hehehe. yuppp andaian ko tu tepat sekali (aku rasa la :D)
tgk kelip2 ye..mesti best kan?
ReplyDeleteikan kerapu la kak oii...!hihihi~ xabis2 dgn ikan siakap die tu(^^,)
ReplyDeleteZILLA!!!
ReplyDeleteDorang ajak pegi India bulan 3 ni...ko nak tak??? MasZuber pun ade....janggel and kemang.
JOM!!!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletefatt, bestla (fhm sgt nada tu :P)
ReplyDeleteneddy, jenuh dok ingat nama ikan.yg muncul dlm kepala, ikan kerapu aje ne.sadis betul huhuhu
bdk2, ehehe. india oh india..adoii, tak tahan beb!! :D