Pages

Friday, November 4, 2011

Bali : Part IV

Entry sebelumnya di sini Part III

                                                                                                                          Gunung Batur

Seterusnya kami bergerak menuju ke perkampungan Penelokan Kedisan di dalam daerah Kintamani untuk menikmati view Gunung Batur dan kawasan sekelilingnya. Sebenarnya kami plan untuk mendaki Gunung Batur keesokan harinya untuk melihat sunrise. Pakej yang diberikan supir, Rp320,000/person including transport 4x4 dan kami hanya perlu mendaki dalam 30 minit utk sampai ke puncak. Memandangkan budget kami agak terhad, dan borak2 dengan supir beliau offer Rp220,000/person tetapi kami perlu mendaki sendiri dari kaki gunung ke puncak. Harga ini termasuk guide. Fikir punya fikir, kami ambil keputusan cancel untuk melihat sunrise di Batur (maybe di lain kali) dan digantikan dengan plan ke Lovina untuk melihat dolphin.  

Walaupuan sekadar singgah untuk melihat pemandangan, pengunjung tetap perlu membayar Rp5,000/person, Rp30,000/kenderaan. Haih, takde yang free semuanya duit, duit dan duit.huhuhu. Kami singgah dilokasi yang disediakan untuk melihat view Batur. Subhanallah, cantik sangat. Syukur cuaca baik, so kami berpeluang untuk melihat keadaan sekeliling dengan jelas sekali. Cuma satu yang kurang selesa di sini, ramai sangat ulat2 yang cuba menjual barangan mereka. Sangat rimas ok. Mujur supir awal2 dah mengingatkan jangan sesekali melayan kalau tidak berhajat utk membeli apa2, kalau tidak habislah. Nak atau tidak memang kena beli, kalau tidak penggal kepala hehee (ayat penambah perisa aje ne).

Di hadapan (mengadap tasik) adalah Gunung Abang manakala di belakangnya (gunung yang diliputi awan) merupakan Gunung Agung dan masih aktif.

Lake Batur yang menawan, Subhanallah terasa macam boleh digapai aje awan itu..

Lepak2 di situ, kami ambil keputusan untuk lunch. Lapar weii. Supir singgah di satu restoran berdekatan, katanya di situ buffet style (lupa apa namanya). Katanya sekepala Rp70,000 (erkk!!), kami berbincang sesama sendiri dan ambil keputusan tak nak makan di situ. Mahallah, serius. So kami minta supir bawa kami ke warung2 biasa yang menawarkan harga yang murah2 sahaja. Supir kata view di restoran itu cantik, kami pun turunlah dan lihat, cehhhh tak cantik langsung. Bau tahi kuda naik ke udara adalah (betul tak tipu, bau busuk tau).

Mesti supir frust bawa kami yang kedekut + tak berduit ini. Mana2 tempat yang dia bawa, semuanya tak mendatangkan hasil hehehe. Dari Kintamani kami meneruskan perjalanan ke Bas Coffee Plantation, Bangli, Bali untuk melihat pembuatan kopi luwak. Layan ajelah, sian supir beria2 dok promote pasal kopi ini. Tiada apa-apa bayaran dikenakan di sini + percuma 6 cawan pelbagai jenis kopi (macam2 rasa ko..dari pahit tak ingat dunia hingga yang paling sedap tak ingat dunia :D). Untuk mencuba kopi luwak pula bayaran sebanyak Rp60,000/cup dan Rp30,000 utk secawan kopi jantan (kot :D tak ingat namanya). Takde sapa pun yang try kopi luwak, merepeklah najis musang tu wpun dah dibersihkan ate memang tak lalu la weii huhuhu.

Yang mana satu idaman kalbu? minum ajelah, free. paling sedap hot coklat hehehe paling tak sedap kopi yang ala2 kopi jantan (pic no. 2 dari bawah). Perut dah terisi dengan pelbagai jenis kopi (kami share sorang sikit dan rasa kesemua kopi yang dihidangkan) ambil keputusan utk ke Tegalalang. Sekali lagi tak beli apa2 pun untuk dibawa balik :D

Saya memang sentiasa teruja dengan sawah padi ok. Kawan2 saya tahulah kot macam mana reaksi saya kalau nampak sawah padi. Yelah, seumur hidup tak penah pun berkubang dalam petak sawah, dah tua2 nelah baru berpeluang, tu yang jadi laghu ne, excited terlebih :P. Kami singgah di satu perkampungan yang saya sendiri tak ada idea di mana kedudukannya di dalam peta. Nampak cantik, kami minta supir berhenti sebentar dan masing2 terus angkat kamera (tq mas supir).

Seronok melihat kerjasama antara mereka untuk menuai padi. Saya masuk ke dalam petak sawah (1st time tu dpat jalan di petak hahaa), kononnya nak snap picture ibu2 sedang menampi padi. Biasalah datang tempat orang, kenalah beradap so saya minta izin untuk snap pic mereka sedang bekerja. Tiba-tiba bersuara seorang makcik ini 'Rp10,000 untuk ambil pic kami'. Err banyak cantik. Kalau ko supermodel ala2 Naomi Campbell, mungkin saya boleh keluarkan duit sebanyak itu. Ini err takpelah, baik sedekahkan duit sebanyak itu kepada mereka yang lebih memerlukan. So saya patah balik ke tempat kawan2 saya yang lain, dan join mereka di situ.

Teringin nak try tapi tak beranilah pula nak mengacau makcik ne bekerja.

Puas di situ kami akhirnya bergerak ke Tegelalang. View sepanjang jalan memang cantik sekali. Sana-sini sawah padi dengan pelbagai warna. Nak terlena seketika pun tak sanggup sebab tak nak termiss pemandangan yang sangat cantik.

Inilah Tegalalang Rice Terrace yang disebut2 itu. Subhanallah, cantik sangat ok. Tapi petang itu ramai sangat pelancongnya. Asyik berlaga bahu aje, pantang tercuit sikit, ada yang termasam muka. Cehhh!!! Aksi lompat memang tidak dapat dirakamkan. Kami tak turun pun ke bawah, malas hehee.

Takat ini sahajalah yang mampu lens saya p..Sayang tak dapat skodeng pakcik tu tengah dok buat apa hehehe

Di Tegalalang inilah kami banyak menghabiskan masa hehehe. Apa yang dibawa balik? Nampak pinggan yang warna biru tu? Hah, masing2 pakat borong benda tu. Harga dalam Rp5,000 - Rp80,000 bergantung kepada saiz dan bentuk serta lokasi kedai. Makin ke bawah, makin murah harganya.

Oleh kerana masing2 leka di sini, lewat petang baru makan. Kiranya lunch merangkap dinner sekali ehehe. Kami singgah di restoran masakan padang (itu satu2 yang ada) untuk santap dan solat. 6 orang makan  baru Rp121,000, murah sangat2. 1st time, saya makan di restoran masakan padang yang semurah ini hehehe. Masing2 dah kekenyangan, perjalanan diteruskan. Singgah lagi di kedai2 menjual pinggan mangkuk ini, rasanya dalam 6.++pm baru kami bergerak kembali ke Kuta. Plan asal untuk melihat sunset di uluwatu tak kesampaian pun hehehe. Kami singgah sebentar di Batu Bulan cekononnya untuk melihat Kecak Dance tapi bila tengok harganya Rp80,000 terus cancel hehehe. Budget enggak cukup dong!! hihihi..So, kami berkecak dalam bilik ajelah sesama sendiri.

*lega, habis juga pengalaman di hari pertama di sana :D nak berehat dahulu, kurangkan sengal2 badan sebelum masuk ke hari yang seterusnya ;-)

12 comments:

  1. aku teringt daging yg rangup tu...lazattt

    kat kg aku ada sawah..tp skrg dah jarang2 balik sbb dah takde org. tp mmg seronok pun, bukak tingkap je nmpk sawah...mmg cantik

    ReplyDelete
  2. fatt, daging dendeng tu?memang sedap pun.aku rasa kita bertiga yang berebut dok makan dging tu hehe.

    kg ko kat mana ek?setahu aku johor..err ada sawah ye di sana? next time bolehla bawa aku ye ehehe

    ReplyDelete
  3. ita, akak takut lupa sebab kali ini tak buat apa2 note pun.malas punya pasal :P. berapa part ye? emm mau cecah 80 kot hehee

    ReplyDelete
  4. Sawah memang always terbaekk untuk snap picture,hehe. Gud job, lawa gambar2 nya.hehe.

    ReplyDelete
  5. Oh cantiknya tegalalang masa ni....masa saya pegi dulu padi masih segan nak idup..tapi ada la jugak hijau2...oh santeknya...

    ReplyDelete
  6. Cantik nya gambar Zilla amik. Gambar sy tak cung pun! and tak de pun makcik pakcik tgh kerja tu. kat mana jumpa tu?

    anyway... teruja dgn ayat yang ini "Fikir punya fikir, kami ambil keputusan cancel untuk melihat sunrise di Batur (maybe di lain kali)" hehehehe.....

    ReplyDelete
  7. Pijah, betul tu.lagi cun kalo time tu padi dah pun matang,colourful jadinya pic..terima kasih bg pihak pic2 yg biasa2 itu ;)

    Janggel, tegalalg memang cunla.lokasi terbaik kot kalo nak buat aksi hindustan.guling dari satu atas ke bawah hehe.jadinya, apa lgi..repeatlah bali.tgh cun tu utk shoot


    maharani/tom, time kasih tom.tunjuk buktila baru boleh kata cun atau pun tidak hehehe.gambo mkcik2 tu saya snap odw ke tegalalang tom.tak tahulah kg apa, nmpk org tgh kerja terus minta supir stop.kirenya rezeki yg tak tersangka tu tom

    amacam?rasa2nya ada harapan ke kitaorg repeat bali?hehee

    ReplyDelete
  8. ok, gambar cun abis! cuaca baek ek?

    haah, amik gambar, kena bayo...macam kat india pun ada gak camtu hahaha!

    ReplyDelete
  9. biqque, alhamdulillah, cuaca menyebelahi.tapi sana panasnya lain macam, berbahang tak usah ckp.baru keluar dari blik ayor pun badan dah start berpeluh2 balik huhuhu

    yupp, budget supermodel terkenal kot.nak snap pic kena bayar hahaha

    ReplyDelete
  10. tak berat ke bawak balik pinggan 3 beradik tu?

    ReplyDelete
  11. shaza,berat tak berat jenuh jugalah nak ngangkut hehehe.tapi saya tak beli pun pinggan 3 beradik tu, tak minat :D

    ReplyDelete