Pages

Friday, November 4, 2011

Bali : Part III

Masih lagi di hari pertama di Bali. Entry sebelumnya di sini -> Part II

Destinasi kami seterusnya adala Pura Tirtha Empul atau lebih dikenali sebagai Tampak Siring Temple kerana lokasinya terletak di Perkampungan Tampak Siring. Entrance fee Rp15,000/person manakala parking dikenakan sebanyak Rp5,000.

Menurut lagenda, perkataan Tampak Siring ( telapak yang miring) itu sendiri berasal dari bekas tapak kaki yang ditinggalkan oleh seorang Raja, Mayadenawa yang menganggap diri seorang dewa dan menyuruh rakyat jelata menyembahnya. Akibatnya, Batara Indra (seorang dewa) murka dan mengarahkan pengikutnya untuk menangkap Mayadenawa yang melarikan diri ke hutan dalam keadaan berjalan dengan mengiringkan telapak kakinya bagi mengelakkan jejaknya dikesan namun usahanya gagal. Namun, sebelum beliau melarikan diri dengan sisa kesaktian yang ada beliau telah mencipta mata air beracun yang berjaya membunuh pengikut Batara Indra apabila meminumnya. Sebagai penawar kepada mata air beracun Mayadenawa, Batara Indra telah mencipta mata air penawar yang dikenali sebagai Tirtha Empul (air suci). Lebih kurang begitulah sejarah kewujudan holy water ini :-) 

Inilah holy water yang telah dikomersilkan. Ada 2 bahagian tetapi saya tak sure apa yang membezakan kedua2 tempat tersebut. Menurut supir kami, kalau segan nak mandi, ambil airnya ini dan sapu ke muka. Untuk awet muda, katanyalah. Kami tak buat pun apa yang disarankan, takat pusing2 kawasan sekeliling dan snap pic sahaja.

Berani nak berendam sebegini rupa secara terbuka?hehehe.

Ini versi yang segan kot nak open2 seperti di gambar atas ehehe.

  Holy springs shrine of Tirta Empul. Kawasan ini berpagar agak tinggi, kurang sesuai utk saya yang mempunyai ketinggian separa tinggi ini utk merakam gambar :P


Saya lihat masing2 akan membawa persembahan bersama2. Macam2 ada mungkin bergantung kepada niat dan hajat masing.

Pelancong tidak dibenarkan memasuki kawasan ini dan kawasan sekeliling dikelilingi dengan tembok yang agak tinggi. Salah satu dari pantang larang, wanita haid tidak dibenarkan memasuki temple ini; sama juga seperti muslim tidak boleh memasuki masjid.

Ada satu bahagian yang menempatkan alat-alat muzik seakan gamelan. Saya tak sure untuk apa, maybe untuk upacara keagamaan mereka.

Ini pula dilakukan diluar kawasan temple di mana di pintu masuk temple ini terdapat sepohon pokok beringin yang menjulang (teringat cerita bawang merah, bawang putih). Di mana-mana aje akan ada tempat-tempat untuk mereka-mereka ini bersembahyang.

*bersambung

11 comments:

  1. Huaa menarik sejarah dia, ada mejik mejik. Masa kami ke sana dulu tak ada orang langsung, lengang je. Seksinya makcik tu hahaaa.

    Ada nampak tak yang tengkorang banyak2 bersepah bawah pokok tu?

    ReplyDelete
  2. masa kat sana, kitorag sempat gak tgk beberapa persembahan...bkn nak tgk apa sangat pun, nak tgk gadis berkebaya jarang! kahkahkah! buduh sungguh...

    kira amik supir ni tukang bawak keta je la, seb beik ikut iti korang kan? kalo tak, harus la sume tempat shopping dia bawak, maklum la nak kutip kamsen...

    kitorang drive avanza kat sana, berdua tapi keta beso! hahaha! takut je ramai yg menumpang malam kahkahkah! seb beik takde :D

    ReplyDelete
  3. lawo nye gambo die ni haa...

    nanti kat india shoot lawo2 mcm gini ye ! hihi

    ReplyDelete
  4. Janggel, tulah dianya. Tapak kaki tu ada, berpagar tapikan ada air bertakung dalam tu.siap berlumut dan berlendir bagai, terus tak lalu nak snap pic hehe..

    Untungla takde orang, bebas nak buat apa.mgkn waktu kami datang ne, peak sesson kot..ramai pelancong dari korea/china kalau tak silap…

    Seksi?keh3..selera ke cheqqq? Hihihi

    Tengkorak?ada nampak kat satu tempat kat berdekatan pintu masuk..tapi tak banyak dalam 2-3 aje kot..err tu mmg tengkorak betul ye?


    Biqque, kalo gadis takpela..lalu nak melihatnya.ini nenek2 tua, err lalu nak tgk?gelebeh sana-sini?hehehe

    Yupp, tukang bawak kete..mujur dapat yang tak byk cekadak, kalau tidak haru jugaklah beb hhehee. Ko sebut pasal ’benda tu’, err ada benda mengikut kami balik ke hotel.tapi tak sure boleh lekat di mana..haru weiii..mujur ada bawa surah al-mathurat, so malam tu lepas bersihkan badan ngaji diam2 ..alhamdulillah, masing2 boleh tidur lena malam tu tapi lain ceritanya waktu dalam toilet..nantilah cerita, malas nk ingat hehehe


    Kemang, lawa ke? Idakla..biasa aje tu..gambar syok sndiri (org kata) tu..hehehe

    India? Harus cari wide lens la laghu tu hahaha

    ReplyDelete
  5. aku rasa geli la tgk org tua pakai seksi gini...ntahle..cam melayut yek..ops..tp siyes cam zmn tv hitam putih aku rasa tgk dressing dorg

    ReplyDelete
  6. fatt, hahaa.layankan ajelah, dah pakaian tradisional derang macam tu.zaman saloma ye? hehee

    ReplyDelete
  7. wah! ada jugak citer "benda2". nak baca!!! hehe... tp mantap la korset makcik yang kebaya oren tu. kitorg tak singgah pun kat sini. huhu....

    ReplyDelete
  8. maharani, adalah.mana2 p mesti ada pengalaman dgn benda tu.tapi takpela, as long as derang tak kacau, ok kot hehehe.keh3, bermint ye dgn korset tu ye? carilah satu hahaaa...emm awat tak singgah?sayangla tom

    ReplyDelete
  9. seb baik la aku ni jenis tak nampak benda2 camtu! takmo takmo!

    ReplyDelete
  10. salam Zilla...nak tanya mcmana prosedur nak bawa ubat ke luar negara seperti panadol, ubat tahan mabuk kenderaan dan ubat cirit birit..boleh bawa ker??

    ReplyDelete
  11. salam zam..

    ubat2an seperti itu boleh aje di bawa ke luar negara..tidak ada apa2prosedur yang diperlukan, cuma kalau boleh kumpulkan dalam satu tempat..

    ReplyDelete