Bali : Part II

Thursday, November 03, 2011

27/10/2011 : South Bali - East Bali 

Hari untuk menikmati keindahan syurga dunia, bermula..yeayyyy!!

  • Sari Dewi – Gold & Silver
  • Batuan - Lukisan
  • Tampak Siring Temple
  • Kintamani/Batur
  • Tegalang  
Breakfast pagi tu, roti bakar + jem + telur hancuq + kopi. Alhamdulillah, better than nothing. Janji telah dibuat pada malam harinya untuk bertemu dengan supir di hadapan hotel jam 8.30 am. Dalam masa yang sama contact seorang lagi teman yang saya kenali ketika bercuti di Mabul tempoh hari yang akan follow kami dalam tempoh 2 hari bersupir ini.

Sebenarnya, keputusan untuk mengambil supir ini memang disengajakan. Sesekali bersantai, apa salahnyakan? :P Niat dihati ingin explore Bali sebanyak mungkin kerana saya tidak ingin kembali lagi ke sini. Di samping itu juga, hanya tasyha sahaja yang mempunyai lesen motorsikal sedangkan yang lain2 memang tiada lesen dan jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain memang jauh. Kesian tau. Atas sebab2 inilah saya nekad untuk mengambil supir.

Kos supir untuk sehari (12jam), Rp325,000 manakala untuk ke Lovina kos sebanyak Rp420,000 (12jam) dikenakan.  Memandangkan kami berlima, kos untuk supir sahaja Rp149,000/person utk 2 hari.
Kos ini tidak termasuk makan, parking dan entrance fees.

Mengenai itinerary, 100% berdasarkan kepada itinerary yang kami buat sendiri. Bukan tidak diberikan itinerary oleh supir, bagi, tapi saya tak nak dan tak berminat nak follow. Sebabnya, banyak sangat tempat-tempat merepek (shoppingla, apa lagi) disumbat dalam tu. Ishh tak kuasalah. Pada saya, kalau nak shopping tak payah p jauh-jauh, baik shopping aje di KL. Paling penting kami ni bukanlah stok mereka2 yang punyai duit berkepuk-kepuk dalam wallet. Ada pun, cuma cukup2 makan dan pakai so takde maknanyalah nak shopping2 ini. Takat fridge magnet, poskad dan sehelai dua tshirt tu mungkinlah (itu aje yang mampu). Alhamdulillah, supir yang kami dapat memang baik; sedia berkhidmat hehee. Tunjuk itinerary, bincang2 sat dan ok terus gerak ke destinasi.

Lokasi pertama yang ingin ditujui Perkampungan Tampak Siring yang terletak di dalam daerah Gianyar (39km from Denpasar). Untuk tiba di sini kami melalui perkampungan yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Maksud saya, setiap kampung ada kemahirannya yang tertenntu. Sebagai contoh, misal kata Kg. A mahir dengan pertukangan kayu, Kg. B pula akan mahir dengan lukisan. Tidak akan ada persamaan antara satu kg dengan kg yang lain. Unikkan? Kami singgah sebentar di salah satu perkampungan iaitu Celuk Village untuk melihat kemahiran ukiran emas dan perak. Masuk ajelah, bukan kena bayar pun huhuhu. Ingatkan murah brangannya tapi...emmmmm....

Kalau bawa duit berjuta2 USD sure seronok masuk ke sini. Takat 2-3juta rupiah, errr hanya mampu telan air liur ajelah.hehehe. Harga barangan di sini semua dalam USD, tiada Rupiah mahupun RM. Saya masuk, pusing2 sat dan terus melangkah keluar. Tak minat.

Demo membuat loket, rantai dan sbagainya menanti di pintu masuk Sari Dewi ini.

 Ini utk dijadikan loket kot..Entah, tak sure..

Kami bergerak dari Sari Dewi tanpa sebarang bungkusan di tangan (hehehe) terus menuju ke Tampak Siring. Dalam perjalanan, singgah sebentar di Batuan memandangkan teman yang sorang itu ingin mencari dan membeli lukisan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Emm, memang berseni mereka2 yang tinggal di sini; banyak kedai2 yang menjual lukisan boleh ditemui di sepanjang perjalanan. Menurut supir, kami boleh tawar sehingga 70% kurang dari harga asal tapi tak berjaya pun. Maybe, beliau bagi salah info atau sememangnya kami yang salah dengar huhuhu.

Cantik. Menurut si tuan empunya badan (dalam pic), proses mewarna mengambil masa 3 bulan manakala proses melukis mengambil masa hampir 6 bulan. Perghh, macam orang mengandungla pulak, 9 bulan menanti baru nampak hasilnya hehehe

Antara yang ada. Tak boleh tempek semuanya di sini, takut kena saman hehehe.

*bersambung..

You Might Also Like

6 comments

  1. Gambar semua superb! Best!

    Paling suka kat tegalalng...pemandangandia cantik kan. Padi bertingkat2.

    ReplyDelete
  2. Janggel, terima kasih ye..biasa aje saya lihat photo2 itu.tegalalang memang best, hjau aje.teringin nak melompat disitu tapi hajat tak kesampaian, ramai sgt manusia,malu hehehe

    ReplyDelete
  3. Ohhhh tak sempat melompat kat situ? Naseb baik saya smpat lompat haritu hehehe

    ReplyDelete
  4. Janggel, tak dapatlah.sayang betul.kitaorg siap gado lagi dgn tourism dari china kot.yelah, dia buat tempat tu macam hak milik dia sorang :P

    ReplyDelete
  5. foto babi guling nya ngak ada sih? hahahaha!

    ReplyDelete
  6. biqque. foto babi gulingnya enggak ada..tak lalu sih nak ambil fotonya hehehe

    ReplyDelete

Subscribe