Dah lama sangat tertangguh atas alasan malas nak edit picture. Entry kali ini, memang banyak gambar dan rata-rata tempat yang saya pergi adalah muzium di sekitar Old Town, Jakarta. Sebenarnya saya banyak mendapat maklumat mengenai muzium-muzium yang patut saya jejaki dari seorang forumer; persoalannya mampu atau tidak nak jelajahi kesemuanya. Saya? Ikut masa, mana yang sempat ajelah.
Muzium Sejarah Jakarta
Pemandangan dari bahagian dalam muzium. Kalau tak masuk, memang tak tahu dalamnya jauh lebih indah dari sisi Taman Fatahillah.
Bayaran masuk untuk muzium ini adalah Rp2,000. Jangan terkejut jika muzium-muzium ini dipenuhi dengan anak-anak sekolah (pemandangan yang berbeza dengan di Malaysia) kerana bayaran yang dikenakan untuk anak-anak sekolah adalah sekitar Rp650 atau pun free. Jadinya walaupun saya ke sini pada hari Jumaat (waktu persekolahan), muzium ini tetap dipenuhi dengan anak-anak ini.
Sekadar info, muzium ini pada awalnya merupakan Gedung Balaikota (Staadhuis) yang pertama di Batavia yang dibangunkan pada tahun 1627 dan dirasmikan sebagai Museum Sejarah Jakarta pada 4 April 1974. Selain daripada menjadi Staadhuis, gedung ini turut menjadi College Van Schepen (Dewan Kotapraja). Antara yang terdapat di dalam muzium ini adalah wang logam zaman VOC, pelbagai alat penimbang, perabut antik dari abad 17 hingga 19, bahan-bahan arkeologi dari zaman pra-sejarah hinggalah ke zaman kemasukan Buddha dan Islam di Indonesia dan sebagainya. Sayangnya, muzium ini sepertinya kurang mendapat pemerhatian daripada pihak pemerintah.
Papan Peringatan pembangunan Balaikota pada tahun 1707 - 1710 sebelum hilang kerana peperangan. Ditemukan semula oleh tentera Belanda di laman belakang sebuah rumah di Jl. Kunir dan dipercayai telah digunakan sebagai papan pencuci pakaian oleh penduduk setempat.
Meriam bukan Mariam huhuhu. Tak tahulah di zaman bila sebab tiada info tambahan mengenai bahan pameran dipamerkan. So saya takat pusing-pusing ambil picture sahaja, info memang tiada huhuhu.
Gambar kiri (atas) : antara yang terdapat diruangan luar muzium. Gambar kanan (atas) : Patung Hermes asli (pada asalnya ditempatkan di bahagian selatan Jambatan Harmoni )ditempatkan di muzium ini pada tahun 1999. Gambar kiri (bawah) : sebahagian ukiran Dewi Keadilan yang terdapat di sisi kanan-kiri Almari Buku Besar 'Schepenkast' yang dibuat pada tahun 1748 untuk Dewan Pengadilan. Gambar kiri (bawah) : batu bersurat atau dikenali sebagai Prasasti Tugu. Dijumpai di Kg. Batutumbuh, Jakarta Utara dengan ketingggian 1 meter dalam 5 baris tulisan Pallawa dan Sanskrit. Dipercayai berasal dari pertengahan abad ke-5.
Pos Indonesia dari beranda Muzium Sejarah.
Muzium Wayang
Memang ada dalam agenda saya untuk singgah di Muzium Wayang ini. Bayaran masuk Rp2,000. Kalau di muzium sebelum ini suasananya amat meriah tetapi di sini keadaanya adalah berbeza. Sunyi sepi, seram pun ada hehehe. Melangkah masuk hanya saya sendiri. Keadaan di dalamnya sangat sunyi tetapi malaslah nak layan kesunyian yang ada perjalanan perlu diteruskan. Kawasan muzium ini sangat luas dan saya tak tahu dari mana saya harus bermula. Ingin bertanya pada petugas sepertinya tiada respon dari mereka. Jadinya saya hentam sajalah - akibatnya sesat tanpa jumpa jalan keluar hehehe.
Menurut info yang saya baca, muzium ini pada awalnya merupakan sebuah gereja lama Belanda - De Oude Hollandsche Kerk yang dibina pada tahun 1640. Muzium ini dirasmi pada 13 Ogos 1975 dan menempatkan pelbagai jenis dan bentuk wayang kulit dari seluruh Indonesia dan beberapa jenis wayang kulit dari negara jiran seperti Cambodia, Thailand, Vietnam dan India (sayangnya tiada dari Malaysia). Koleksi di dalamnya menjangkau 4,000 unit yang terdiri daripada wayang kulit, wayang golek, wayang kardus, wayang rumput, topeng, boneka, gamelan dan sebagainya.
Ada 3 buah kalau tak silap saya tapi sayangnya saya tak cukup pandai untuk menterjemah maksudnya.
Maksudnya ada saya ceritakan di atas (lebih kuranglah maksudnya).
Lukisan kaca yang menceritakan tentang Karno Tanding.
Sebahagian yang ada...
Puas pusing-pusing disekitar muzium, saya ambil keputusan untuk melangkah keluar. Waktu jalan-jalan di sekitar Taman Fatahillah, saya ditegur oleh penduduk tempatan dan mereka menyampaikan info tempat-tempat terdekat yang harus saya lewati dan bagaimana caranya untuk saya ke sana (memang berterima kasih pada mereka ini). Bila saya usha-usha kembali arah menuju setiap tempat yang disampaikan terasanya tak mampu untuk saya berjalan sahaja. So, apa saya buat? Saya ambil keputusan untuk menyewa sahaja basikal. Untuk sebuah basikal, Rp30,000 dan jika ingin sekali dengan guide Rp60,000. Tempat-tempat yang akan dibawa adalah Taman Fatahillah, Sunda Kelapa, Muzium dan Menara Bahari, Toko Merah dan Jambatan Intan. Fikir punya fikir terasanya tak berani nak ambil risiko untuk bergerak sendiri di samping faktor jarak. Buatlah tawaran akhirnya saya perlu membayar Rp50,000 untuk basikal dan guide (jenuh dok merayu, itu aje yang dapat). Asalnya saya pilih basikal tua tetapi kurang sesuai dan saya tukar ke basikal yang lebih moden (best sgt2 hehehe)
Mereka pelik kenapa saya pilih basikal warna purple. Katanya cewek harus memilih warna pink - ya apa ada dengan warna, yang penting boleh dikayuh (Pic : Sunda Kelapa)
Owh, memang dah lama berangan nak ke Sunda Kelapa ini. Plan saya mahu ke sini waktu petang sahaja, kononnya nak merakamkan sunset (cantik sgt kalau dari sini) tetapi atas faktor-faktor keselamatan cancel nak tengok sunset (next time, I'Allah). Dari Taman Fatahillah ke Sunda Kelapa ini perlu mengayuh dalam 25 minit (bergantung kepada kelajuan). Seriaulah juga sebab perlu melalui jalan yang sibuk dengan lori kontena. Syukur guide saya - Pak Ali bagus orangnya, keselamatan saya diutamakan. Alhamdulillah, saya di Sunda Kelapa (yeayyyy!!!). Waktu saya tiba di sana jam baru berganjak ke angka 10.00am tetapi cuaca sangat panas terik dan sangat-sangat berdebu. Kelihatan kapal-kapal sudah dipenuhi dengan barangan, majoritinya adalah simen dan menunggu masa untuk berangkat; saya lepak di kapal-kapal yang akan berangkat ke Banjarmasin. Berbual dengan anak-anak kapal, mereka pelawa saya untuk naik ke kapal tetapi tak sanggup, takut. Layan ajelah picture ye, takde apa yang nak diceritakan di sini tetapi lebih kepada rasa tak percaya, mimpi-mimpi saya dah jadi nyata :-)
* bersambung
As Salam.
ReplyDeletesamalah kita, kalau kemana2 mesti suka mencari muzium. kalau saya kesana nanti, nampak gaya kenalah bajet beberapa hari untuk lawati muzium sahaja ...
hmmm, guide dengan berbasikal ? menarik tu !!
tak sabar nak tengok gambar sunset di pelabuhan Sunda Kelapa tu dalam entry seterusnya *weeee ...
Waalaikumsalam Azizan..
Deletekalau mahu ke sana bgth saya, nanti saya listkan museum2 yang ada sekitar jakarta kebetulan waktu ke museum bahari, saya diserahkan senaskah buku museum2 di sna. utk saya senaraikan semuanya di sini, itu agak mustahil (malas hehehe).
yupp.saya sebenarnya dok bayangkan jadi pembonceng aje.malas nak ngayuh tetapi waktu sesi menawar berlaku, mamat tu suruh saya pilih basikal.so pilihlah, tiba2 guidenya datang juga berbasikal.cehhh, punah harapan nak jadi membonceng :D
*manada gambar sunset, next trip maybe hehehe
zilla awat pic yg hg ambik semua lawa2......2 yg x tahan tringin nk pkai dslr ,tp mengenangkan pic yg aku ambik kebanyakannya yg x berseni 2 yg pikiaq 10x nk bli dslr 2......zilla pic yg duk atas beskat 2 pak ali kaa yg ambik......
ReplyDeletePENJEJAK AWAN
PA, manada lawa.biasa2 aje pic ini.takpelah, apa2 kamera pun ok,yang penting kita kena faham kamera kita tu.cantik atau tidak, itukan subjektif??yupp, pic tu pak ali yang ambik tapi sebelum dia ambil tu sempatlah bagi tutorial sdikit kat dia :D
Deletekakak....bagus pic nya...
ReplyDeleteterima kasih, mita
Delete