Jakarta : Part II
Wednesday, March 07, 2012
Hari baru di tanah jawa. Based on itinerary yang dah saya buat, hari ini saya akan ke Kota Tua, Anchol dan Gramedia di Thamrin City (ambil mood filem Ada Apa Dengan Cinta - mana tau bertemu Cinta di sini hehehe - berangan lagi). Ohh, kita lihat ajelah samada berjaya untuk tidak plan saya itu (rasa2nya berjaya tak? hehehe).
Saya bangun awal hari ini. Breakfast tersedia jam 7.00am, so masa yang ada saya isi untuk menelaah map yang saya bawa. Destinasi pertama saya hari ini, Kota Tua - kota impian saya. Sambil-sambil itu melayari internet untuk memaklumkan keadaan saya kepada family di rumah. Breakfast pagi itu (maaf tiada pic), roti bakar 2 keping, pelbagai pilihan jem, sepinggan buah-buahan (tembikai dan pisang) dan orange jus. Manakala untuk hot drink, pandai-pandailah bancuh sendiri. Nampak seperti sedikit makanan tersebut tetapi hakikatnya kenyang tak terkata. Memang style saya untuk breakfast sebanyak yang mungkin kerana saya tidak ambil lunch. Alhamdulillah, perut dah kenyang, keadaan dah bersedia; saya perlu menapak dalam 10 minit menuju ke stesen keretapi Cikini kerana itulah pengangkutan yang terbaik untuk mengelakkan macet di kota Jakarta.
Sumber : KRL Sumber : Transjakarta
Kedua map ini sangat-sangat membantu..
8.00 am di sini seperti gayanya jam 10.00 am di Malaysia. Suasana yang sedikit berbeza buat saya. Untuk ke Kota Tua saya perlu mengambil line comuter (Bogor - Jakarta Kota). Terdapat dua jenis train menuju Jakarta Kota (last station di mana Kota Tua berada), biasa (tiada aircond) dengan harga Rp1,500 atau pun ekonomi (aircond) dengan harga Rp6,000. Rasa-rasanya saya ambil yang mana? Oh tidaklah, saya tak sanggup nak ambil train murah sebabnya nak mencelah pun takde ruang. Keadaannya terlalu padat dan hingga ke atas bumbung keretapi penuh dengan penumpang - berani sungguh, tak takut jatuhkah? Saya dinasihatkan untuk mengambil train ekonomi .Suasana di dalam train sama jugalah seperti LRT di Malaysia. Tempoh masa di antara Cikini - Jakarta Kota adalah 15 minit (boleh tahan lajunya), so memang boleh jimat waktu.
Stesen Cikini. Di tingkat bawahnya terdapat gerai makan dan gerai menjual barangan kraf.
Sama aje suasananya seperti di Malaysia.
Waktu ini dah lenggang, ramai yang turun di stesen Godangdia dan Cikini - banyak office di kawasan ini. Hari Jumaat, memang perlu memakai batikkah di sana? Segan nak bertanya mengenai ini...
15 minit memerhati pelbagai gelagat, saya selamat tiba di Stesen Jakarta Kota. Snap picture dulu dan baru saya melangkah keluar. Err kemana saya? Ada 2 exit, mana satu yang tepat? Nak tanya orang, keadaan sudah semakin lenggang, kebetulan saya ternampak petugas keretapi sedang memeriksa tiket saya bergerak ke situ. "Pak, saya mahu ke Kota Tua, di mana arahnya ya?" Err, dia pandang muka saya "apa itu". Alamak, takan derang ne tak pernah dengar mengenai Kota Tua kot. "Batavia, Old Town". Dia juga tak tahu dimana beradanya. So, saya tak berapa nak puas hati (mungkin ada gelaran lain untuk Kota Tua ini) saya keluarkan map dan nota-nota berkenaan Kota Tua dan saya tunjukan padanya. "ohh, mahu ke Fatahillah ya". Aduhhh!! macam mana boleh lupa mengenai Fatahillah ini. Kalau kawan-kawan nak tahu Stesen Jakarta Kota ini merupakan sebahagian daripada Kota Tua itu sendiri. " Jauh ini, perlu ambil ojek aje ke sana". Tak nak!!saya tak nak ojek saya nak jalan kaki aje. Akhirnya, beliau menunjukan exit mana yang perlu saya ambil untuk ke Fatahillah. Melangkah keluar aje, saya sudah melihatkan menara museum, tersenyum dibuatnya. Gerak hati saya benar, bukan jauh pun.
Melintas jalan - inilah masalah utama yang saya hadapi. Ya, saya tahu mereka semua pemandu berhemat tidak seperti di Malaysia tetapi untuk memulakan langkah dan apabila melihat kenderaan yang agak laju, beratnya untuk memulakan langkah pertama. 5 kali saya mundar-mandir di tempat yang sama, serius saya takut. Akhirnya ada hamba Allah yang datang ke arah saya dan membantu saya melintas dengan selamat. Alhamdulillah, memang saya rasa terhutang budi sangat-sangat. Kalau nak harapkan saya emm rasanya sampai ke malamlah kot tak juga berjaya melintas hehehe! Ok, sekarang saya dah berada di kawasan yang sekian lama menjadi igauan saya. Rasa nak menangis pun ada bila impian dah jadi nyata hahaha! Pandangan pertama saya jatuh pada deretan basikal berbagai warna; ya senario yang sama saya lihat di picture. Terasa nak melompat pun ada, tapi iyalah nanti orang ingat saya tak betul pula. Saya keluarkan kamera dan saya masuk dalam dunia saya yang tersendiri - nak masuk museum, hari masih awal.
Sekadar info, Kota Tua ini berkeluasan 849 hektar yang meliputi Jakarta Utara dan Jakarta Barat. Sejarah awal penubuhan kota ini bermula setelah Pelabuhan Sunda Kelapa diserang oleh tentera Denmark pimpinan Fatahillah pada tahun 1526 dan diganti menjadi Jayakarta pada tahun 1527 dengan keluasan tidak lebih daripada 15 hektar dengan pola tata kota tradisional Indonesia. 1619, kota ini hancur diserang oleh Belanda dan atas runtuhan ini Belanda membina kota baru yang digelar sebagai Batavia pada tahun 1620 sebagai penghormatan ke atas kaum Batavieren (Betawi), yang terletak di timur Sungai Ciliwung. Pada tahun 1635, kota ini diperluaskan ke sebelah barat Sungai Ciliwung di atas bekas runtuhan kota Jayakarta. Kota ini dilengkapi dengan sistem pertahanan berupa tembok dan parit yang mengelilingi kota ini. Pembanguan ini selesai dilakukan pada tahun 1650 dan setelah pendudukan Jepun pada tahun 1942, nama Batavia ini diganti dengan Jakarta. (sumber : buku Kota Tua Jakarta).
* Bersambung
15 comments
Suspens menunggu. Adakah akan bertemu cinta nya??
ReplyDeleteada!!! Afgan, owhhh!!!hahaha..
DeleteOwhh..Afgan!! I like!
DeleteDah la macho, suaranya adusss..terbuai2!
*Membayangkn Din dlm Jaja & Din seiras Afgan :-)
hahaha hebat betul penangan Din ini..
Delete*lengsung pipitnya yang mahal..i like!! keh3
haha Afgan used to go the same university with me
Deletereally???owhhh *pengsan hahaha
Deletezilla... sambung cepat...
ReplyDeletetak sabar membaca cerita seterusnya. hehehe
malas, boleh??hehehe.takde apa yang menarik pun PM cerita saya ini..tetapi kadangkala kita dipertemukan dgn sesuatu yang tidak dijangka dan saat itu kita sedar berapa beruntungnya kita ;)
Deleteold town jakarta... batavia... jgn lupa on sunday, jakarta ade cars free day, once in a two weeks... :)
ReplyDeletenext time, I'Allah.terima kasih utk info ini hehehe
DeleteZilla stylo btoi beskat kaler maler depa.....
ReplyDeletePENJEJAK AWAN
yupp..macam2 kaler, pilih aje mana yang berkenan..
DeleteZilla... nk puji r kamu punye angle mase amek gambo... sume cun..
ReplyDeleteorg yg tengok ni terase seperti berada di tempat kamu sedang "click" tu...
gud job... kipidap... malaysia boleh... hehe
#!@%..kalau la aku ni pandai amek gambo... n ade kamere mahai...uhukss^&%&
nice photo! actually every friday many offices rule to wear batik. hehehe so no wonder again :p
ReplyDeleteuhmmm seram ya menyebrang di Jakarta? hihi
tq.owhh, no wonder lah hehehe.here, we need to wear batik every thursday but this rule only for goverment staff.iya Febry, lebih seram dari ketemu sama momok hahaha
Delete