Thailand 2014 : Day 1 (Part II) ~ Jim Thompson Farm, Nakhon Ratchasima

Wednesday, January 07, 2015


Anda peminat bunga?

Hah, sila jangan lepaskan peluang ke Jim Thompson Farm yang terletak di Nakhon Ratchasima. Banyak kejutan menanti kawan-kawan di sini. Bukan sekadar bungaan yang menghiasi ladang ini, hasil pertanian, rumah tradisional di wilayah Isan, produk tempatan dan banyak lagi ada di sini. Mampu untuk tidak aje nak meredah terik mentari untuk explore ladang berkeluasan 96 hektar ini; aktiviti mendaki pun ada di sini tau.
 Yeayyy!!

Bayaran masuk : 120baht (weekend) dan 140baht (weekend) 
Waktu operasi : 8.00am - 5.00pm

Apa-apa pun, perkara pertama yang perlu kawan-kawan lakukan adalah sila semak bila tarikh ladang ini dibuka kepada umum kerana ianya tidak dibuka sepanjang tahun kepada pengunjung. Tak kena dengan tarikhnya, mau bergambar di pintu masuk ajelah jawab hehehe. Untuk tahun 2014, ladang ini dibuka dari 13 Disember 2014 hingga 11 Januari 2015 ini.
 Map ladang.

Untuk keliling ladang, ada tram di sediakan secara percuma kepada pengunjung. Ada 5 hentian di sini:

1. Fields of Cosmos & "U-Pick" Organic Vegetable Garden
2. Pumpkins Patch & Flower Labyrinth 
3. Isan Village
4. Jim Thompson Village
5. Jim Thompson Marlet

Dari main entrance pengunjung dibawa menaiki tram terus ke hentian ke-2. Tour bermula di sini, terserah kepada pengunjung untuk menaiki tram atau berjalan ke tarikan seterusnya. Apa yang pasti saya awal-awal lagi dah 'mabuk' bunga, sampai satu tahap dah tak koser nak ambil gambar sebab cantik sangat.
Tak tahulah bunga apa tapi rupanya memang mirik bunga misai kucing.
 Salvia bukan lavender..
 Tak payah nak ke Lopburi, di sini pun ada ladang matahari.

Bunga ini pula mirip macam bunga ulam raja, bau pun hampir serupa.

Pelbagai jenis dan saiz pumpkin di sini
 Kreatif, nyiru sebenarnya tu..

Untuk hentian ke-2 ini sebenarnya macam-macam ada tapi dek kerana kepanasan yang melampau memang tak mampu kami nak explore secara keseluruhan. Nak naik menara tinjau yang disediakan pun kena ambil giliran sebab orang ramai sangat. Risau runtuh je menara tu sebab meriah sangat kat atas tu. 
 Menara tinjau juga disediakan untuk pengunjung

 Puas bergambar dengan bunga kami menaiki tram ke tarikan seterusnya. Mulanya ingat nak jalan kaki aje tapi dengan cuaca yang panas terik dan kering, tak sanggup! Badan saya pun dah start lemah sebab kelaparan. Paling best, bekalan makanan satu pun kami tak bawa. Semuanya kami tinggalkan dalam songthaew huhuhu.
 Panas giler dan berdebu.

Seterusnya kami berhenti di tarikan ke-3, Isan Village. Kalau nak kenal tentang cara hidup dan aktiviti masyarakat tempatan bolehlah berhenti di sini. Siap ada demo penghasilan benang sutera, tampi padai dan pertunjukan kebudaayan di sini cuma satu je yang tak syok, semua dalam bahasa Thai. Apa pun tak faham huhuhu.
 
Demo menenun
 Demo penghasilan benang sutera. Yang kelihatan seperti tali halus, tulah benang. Syok tengok.
Ulat sutera

Beras pulut - makcik ne tengah asingkan beras dengan kulitnya (kot?)

Aiskrim pumpkin, kelapa dan pulut hitam - wajib try. Harga 15baht.

Di sini, kami bertiga terpisah dengan PM dan JM. Jenuh mencari dan menunggu tapi tak juga jumpa. Rupa-rupanya mereka dah pun bergerak ke hentian seterusnya. Lepas dapat sms dari PM, kami terus ambil tram ke hentian ke-5 di mana mereka berada. Tercari-cari juga, tapi tak jumpa pun. Sekali lagi, rupanya mereka dah pun keluar dari ladang hahaha. Jadinya, kami santai ajelah sambil berjalan kaki menuju pintu keluar.
Dari jauh, kelihatan tram yang akan membawa pengunjung keliling ladang.
Teruja di sini - cantik sangat!

Buat makluman kawan-kawan, waktu kita membeli tiket masuk map akan disertakan untuk setiap tiket yang kita beli. Jangan buang tau map tersebut sebabnya nanti kita boleh tukar map tersebut dengan poskad secara percuma. Kaunter penukaran berdekatan dengan kaunter tiket. Setiap map yang ada mewakili sekeping poskad. Namun, kami berjaya pujuk petugas kaunter untuk ambil extra poskad. Saya sendiri, berjaya merembat 7 keping poskad untuk sekeping map yang ada dalam simpanan saya. Jadinya, pandai-pandailah mengayat ya hehehe.

Poskad percuma yang berjaya saya rembat.

Keluar dari ladang, kami lepak aje di luar. Nak makan pun tak boleh, langsung takde makanan halal. Zai & geng masih di dalam. Tengok jam masing-masing dah risau sebab dah lewat sangat. Kami ambil keputusan untuk solat di kawasan parking songthaew. Hampir 3 jam kami menanti, barulah group yang satu lagi kelihatan. Kami dah deal dengan driver songthaew untuk terus hantar kami berlima ke Polaan Apartment dengan tambahan kos sebanyak 200baht untuk kami berlima. Manakala group satu lagi akan bergerak ke Udon Thani dan Kanchanaburi.

Rasanya ukur lilit perut pun dah susut 2cm gara-gara sehari tak makan hehehe! Dengan bantuan Google Translate kami berjaya memujuk dan merayu owner Polaan Apartment untuk mengizinkan kami menggunakan rice cooker mereka, dapatlah kami tanak nasi untuk dinner merangkap breakfast dan lunch huhuhu.

Hari yang panjang, macam-macam yang kami lalui namun syukur semuanya dipermudahkan.

Info tambahan :
Website JTF : Farm
FB : Jim Thompson Farm

Tips:
Untuk kawan-kawan yang berhajat untuk buat day trip ke sini dari Bangkok, boleh ambil bas paling awal dari Mo Chit Bus Terminal dan kembali semula ke Bangkok dengan night bus.

* untuk penginapan, saya akan buat entry berasingan

You Might Also Like

34 comments

  1. kenapa bunga matahari tu satu kuntum je.....kalau tak salah macam di Lopburi....luas sangat ladangnya....Luas ke ladang sunflower ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha

      aduhai en.khai..mmg saya fokuskan lensa saya kat sekuntum je bunga..ne jelah satu2nya gambar sunflower yang saya ada..apa pun, kebun sunflower di sini takdelah seluas kebun di lopburi..saiz di lopburi pun berganda besarnya....apa yang pasti kebun di sini tak boleh lawan kehebatan sunflower di lopburi...

      Delete
  2. Salam zilla, fuhhhh cantik sekali bunga2 tu . Rasanya sya pun tak pernah tengok bunga sebanyak tu. Dlm hati tu mcm nak terjerit jugak tpi control je . Kang org kata jakun pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi en.alias..

      mana gambar2 en? saya nk tgk, tak kira!hehehe

      akhirnya, saya tau juga apa perasaan en tgk bunga2 yang super byk tu..kiranya teruja jugalah ya? tgk muka en macam bosan je haritu hahaha...lelaki dgn bunga, macam tak boleh nak ngam je *oppps :D

      Delete
  3. Replies
    1. hahaha...apa tunggu lagi syieda..kalau nk p sini jgn lupa roger, nanti saya share beberapa tmpt menarik wjib singgah yang ada sekitar situ yang kami tk sempat pun nak p temphari :D

      Delete
  4. Mabuk bunga takpe Zilla... jgn mabuk lain... Seriously memang cantik tempat ni...

    ReplyDelete
  5. cantik gila....dah mcm kt negara 4 musim.
    macam floria putrajaya pun ada gak..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahh, lbh kurang mcm tu lah konsepnya..cuma bezanya tanaman tu mmg di tanam di situ...

      Delete
  6. woww...cantiknyeeeeee..mmg mabuk..tp ms buka utk public tu kjp je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp, derang bukan sebulan je utk pengunjung...so kena plan betul2lah kalau nak ke sini...

      Delete
  7. Pemandangannya indah banget Mbak Zilla. bunga dimana-mana. kumbang saja yang kurang..??? hehe.

    ReplyDelete
  8. amboi ..sampai bole terpisah n x jumpa cari. hehe. memang besar la tempat neh gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun agip hehehe..besar satu hal, ramai sgt pun satu hal :D

      Delete
  9. Replies
    1. hahaha..bezanya kameren ada ladang teh, sini cuma jual teh tarik aje :D

      Delete
  10. comelnya poskad. bunga pun banyak. penat photoshoot neh. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. poskad free haruslah comey, kan ajla? photoshoot gambar bunga byklah, gambar sndri? cuma sekeping dua je hehee

      Delete
  11. cantik sangat! tengok kat sini pun dah mabuk bunga mrs ni
    apatah lagi zilla tengok dengan mata sendiri :)

    pic last tu tiba-tiba mrs teringat mau corak tu buat baju kurung harus cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik smile, nanti singgah tmpt ne tau! sebut pasal corak, saya tercari2 juga apa yg acik mksdkan..belek2 gambar poskad tu then baru teringat...rasanya la ne mmg pesen baju kurung ala2 poskad tu kan acik?.

      Delete
  12. cantiknyaaa. teringin nak join trip camni. impressive sangat.

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Jard, rugilah kamu takde..kalau tidak, aku tak tahu tahap mana ke'mabuk'kan kamu kat sana hehehe

      Delete
    2. cukuplah aku mabuk tengok gambar je zilla!! hahaha

      Delete
  14. Subhanallah! Memang lawa, memang mabuk bunga! Berbaloi dengan penat lelah korang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BB, mmg rasa berbaloi sgt...cuma satu je yang sedikit terkilan, tak sempat nak pusing setiap tempat...tak larat sgt, penat huhuhu

      Delete
  15. sorry Zilla, kami secara tidak sengaja tinggalkan korang huhhuhu..kalau x leh join mkn aiskrim pumpkin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. no hal lah JM..kitaorg siap topup card tu sebab nak belikan korang aiskrim..tercari2 gak tapi tak jumpa...kitaorg tapaukan chai yen utk korang tapi bila nani sms korang dah ada kat luar, kitaorg tinggalkan chai yen tu kat tgh2 ladang bunga pink tu..biar jadi baja hehehe...

      Delete
  16. cantikkkkkknya bunga & gambar..teringinnnn nk g:)

    ReplyDelete

Subscribe