Thailand 2014 : Day 2 (Part I) ~ Phimai Historical Park, Phimai

Friday, January 09, 2015

21.12.2014 : Nakhon Ratchasima - Phimai - Udon Thani


Hari baru di Thailand. 

Kami agak santai hari ini. Dari awal lagi saya dah maklumkan pada kawan-kawan untuk gerak dalam jam 8.30am. Sempatlah nak 'tebus' balik tidur hari sebelumnya. Sambil-sambil tu, kami minta izin sekali lagi dari pekerja hotel untuk guna rice cooker untuk tanak nasi sebagai bekalan kami hari ini.

Destinasi kami seterusnya, Phimai yang terletak sekitar 70km dari Nakhon Ratchasima/Korat. Ada public bus yang menghubungkan kedua tempat ini, dengan bas terakhir dari Phimai ke Korat sekitar jam 6.00pm. Oklah, kan? Sebabnya kami plan untuk ambil night bus ke Udon Thani; kiranya banyak masa yang kami ada untuk jalan-jalan kawasan sekitar. Dalam plan nak ambil bas, kami cuba untuk dapatkan kereta dengan bantuan petugas hotel. Sayangnya, memang nasib tak menyebelahi. Nak tak nak, kami teruskan dengan plan untuk ambil bas sahaja.

Dari hotel kami kembali ke Korat Bus Terminal dengan 2 biji tuk tuk (100baht/tuk tuk). Di sini kami berpecah. Saya dan PM, mencari bas menuju ke Phimai dan tempat untuk simpan bag manakala JM dan En.AB mencari songthaew yang sudi bawa kami pusing-pusing Phimai. Nik pula kami arahkan untuk menjaga beg. Ne lah untung jalan ramai-ramai, senang nak bahagikan tugas huhuhu.
Nakhon Ratchasima/Korat Bus Terminal

Memang parah tahap komunikasi kami hari ini. Itik pun dah boleh faham bahasa ayam, tapi tidak kami. Jenuh betul nak faham info yang mereka sampaikan.Apa yang kami boleh 'tangkap' apa yang cuba disampaikan adalah, bas seterusnya akan bergerak jam 10.00am ke Phimai. Selebihnya, entahlah. Tetiba rasa menyesalnya tak belajar bahasa Thai huhuhu.

Kami ambil keputusan untuk ambil bas sahaja tapi pusing-pusing terminal bas, langsung takde tempat untuk simpan bag. Nak campak mana bag tu? Nak angkut ke Phimai? Wahhh tak sanggup. Setelah berbincang kami ambil keputusan untuk ambil songthaew. Biarlah keluar duit lebih sikit asal tak perlu nak angkut beg ke sana-sini. Harga untuk songthaew (full day), 1500baht. Mahal ke murah? Pejam matalah huhuhu. Paling menarik, driver yang sama kami gunakan untuk ke Jim Thompson kelmarin.
Highway menuju Pimai, sangat-sangat selesa.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1.5jam. Tak besar mana pun Phimai dan suasananya pun sangat tenang. Cuma yang tak tenang tang cuacanya yang panas menyengat. Rentung kulit dibuatnya. 

Destinasi pertama kami adalah Phimai Historical Park.
 
Bayaran masuk : 100baht
Waktu operasi : 8.30am - 5.00pm
Tiket masuk.

Apa yang istimewanya temple ini? Bagai kawan-kawan yang dah ke Angkor Wat, mesti perasan senibinanya yang seakan Angkor Wat. Dari penerangan yang diberikan, temple ini sebenarnya memang C&P Angkor Wat. Cuma siapa  dan atas tujuan apa temple ini dibina, tiada fakta mengenainya. Tiada unsur-unsur aktiviti keagamaan dijalankan di sini; suasana sekeliling pun terasa 'bersih'. 

Untuk detail mengenai tempat ini, kawan-kawan boleh baca di Korat Magazine.

Jom ikut saya jalan-jalan sekitar prasat.
Suasana yang bersih dan teratur di sini; awas ada larangan untuk memijak rumput di sini.
Pintu masuk utama
Ada mirip Angkor Wat tak?

Kita masuk ke dalam prasat pula ya.
Cuba bayangkan kalau tetiba tiang ne runtuh, ishhh!
Sami sedang berehat di balik tingkap
Susunan batuan yang dah lari dari struktur asalnya.
Di dalamnya ada 2 prasat ; main building (berwarna putih dalam gambar) menempatkan Buddha (tak masuk pun sebab malas nak naik anak tangga yang curam). Manakala building yang berwarna coklat ini pula kosong di dalamnya (intai dari luar je).
Sebahagian dari prasat.

Lama jugalah kami lepak di Phimai Historical Park ini sebelum bergerak menuju ke Bayan Tree yang menyeramkan huhuhu.

* bersambung

You Might Also Like

13 comments

  1. Kalau di Jogja, sepintas mirim komplek candi prambanan mbak Zilla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *tet...pemikiran kita samalah mas gunadi..saya pun terbayang prambanan bila lihat prasat ne..mmg tak jauh beza pun senibinanya kan?

      Delete
  2. aah...mirip angkor wat...

    suka baca entry zilla kalo g trip mana2...cerita tu macam kita leh rasa je...
    dan mcam kita kat tempt tu....

    ekekkekeke......

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, emy tu perli ke apa? hahaha...
      sorry ahhh saya tak berapa pandai nak mengarang..apa yg terlintas itulah yang saya tulis hehehe...

      Delete
  3. Teringat ketika ngan jm negotiate ngan supir tu ,mcm aym dgn itik je ,tpi lastly berjaya jugak .bila kenang balik
    senyum sendiri . Tq zilla this experience takkan ku lupakan. Next nak join lagi la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. En.Alias moga pengalaman bersama kitaorg akan jadi pembakar semangat utk en. travel secara solo...saya tunggu kabo dari en utk trip solo ne ya hehehe

      Delete
  4. Memang rezeki abang Songthaew tu lah...dapat korang lagi the next day. 1500Baht tu dah ok kot bagi aku, sebab korang gi berlima kan. Amal konsep sharing is caring. Btw, terkejut gila aku kepala sami yang bersidai kat balik tingkap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah Bie...ko bayangkan 2 hari dia dpt RM300..kalau bawa local, sorang dalam berapa sen je...tu yang driver tu senyum lebar sepanjang berada dgn kami hehehe..apa pun, driver tu sgt membantulah...dia call kawan2 dia utk cari lokasi tmpt yang kitaorg nak p...pendek kata mmg terbaiklah pakcik tu..

      Delete
  5. ahaks...betul tu Zilla mmg best pergi ramai2 then dapat pulak kawan2 yang sporting morting dan masing-masing beri kerjasama..mmg BEST...x ada yg ikut kepala sendiri..Paling BEST dapat tour leader ...rujuk kepada Zilla yang COOL sgt!!!! i like your way!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi JM, tak habis2 memuji ne hehehe..saya tkdelah cool mana pun..ada juga ter'naik' angin apa..entah JM perasan ke idak huhuhu...JM pun ok apa, ikut je kerenah kami sampai siap kena buli hehehe...

      Delete
  6. wow cantik gambar. ralit rasa baca entry ini

    ReplyDelete

Subscribe