Thailand 2014 : Day 1 (Part I) ~ Menuju ke Jim Thompson Farm, Nakhon Ratchasima/Korat

Sunday, January 04, 2015

Assalamualaikum!

19.12.2014 - 20/12/2014 : KL - Nakhon Ratchasima

Thailand 2014 : Persediaan awal

Untuk ke Bangkok, kami berpecah kepada 3 groups. Nani dan Nik tiba di Bangkok awal sehari dari kami semua. JM pula, flightnya jam 5.00pm dari KL manakala saya dan En.AB terbang dengan flight jam 9.35pm. Perjalanan dari KL ke Bangkok mengambil masa lebih kurang 2.5jam. Saya memang pengsan sepanjang perjalanan, sedar-sedar bila pengumuman flight akan mendarat di Don Muang Airport huhuhu.

Teringat pengalaman dengan pihak Imigresen. Saya bagi passport dan arrival/departure card kepada pegawai tersebut.

"what is this?" - tunjuk arrival/departure card kepada saya

"err, Po-La-An Apartment, Korat.." - buruk nya tulisan sampai orang tak boleh nak baca..

"Polan? Kolat?"

"no sir, Po-La-An Apartment near Korat..not Kolat"

"Kolat..."

"no Korat.."

Assudah, pening..Korat ke Kolat? Pastu pegawai tu dok membebel sambil geleng-geleng kepala dengan kawan di sebelah. Ketawa-ketawa (sah ngumpat akulah tu..), dia cop passport dan lepaskan saya sambil tersenyum.

"Kolat.."

Ishh, saya salah sebut ke?? Dah malas nak fikir, lantaklah Kolat ke Korat; asal selamat sampai sudah.

Keluar dari Arrival Hall, JM dah pun menunggu. Kesian lama giler dia bertapa di situ tunggu kitaoang. Tengok jam, awal lagi (sekitar jam 12.++am). Kami ambil keputusan untuk ke surau untuk solat dan rehat di situ sekejap.
 
Surau/Prayer Room (no.8) terletak di Departure Area [Pic: Bangkok.Sawadee.com]

Surau di DMK memang bersih dan luas. Pili air untuk lelaki dan wanita juga terpisah, jadinya senanglah buat kita yang perempuan ini. Cuma kat sini, tak dibenarkan tidur tau. Mungkin sebab hari dah lewat malam, takde sapa-sapa di sini jadinya sempatlah kami layan mimpi dalam surau ini seketika hehe.
Ruangan solat wanita.

Dalam jam 3.++am kami dapat sms dari PM, katanya mereka dah pun tiba di Mo Chit Bus Terminal/Chatucak Bus Terminal. Hoh, cepat-cepat bersiap dan kami terus ambil teksi bermeter menuju lokasi sama. Buat makluman kawan-kawan tiada bas 24j yang menghubungkan antara DMK dengan Mo Chit Bus Terminal. Tambang  teksi adalah 157baht + 60baht untuk tol. 

Kaunter tiket ke Korat atau dikenali juga sebagai Nakhon Ratchasima terletak di bahagian atas terminal. Tiket boleh dibeli dikaunter 40, 49, 50, 52 dan 53. Tambang adalah 220baht (bus aircond siap dapat percuma mineral water dan roti lagi, best betul!). Kami sepakat untuk ambil bas paling awal menuju ke Korat, 5.15am dan bas terletak di platform no.79. 
 Kaunter-kaunter tiket bagi bas menuju ke Korat
Jom, Korat!

Perjalanan dari Bangkok ke Korat mengambil masa dalam 3.5jam. Tak payah risau nak turun di mana kerana bas akan berhenti di Terminal Bas Korat.
Sempat layan sunrise dari dalam bas - ini di area Saraburi.

Kami tiba di Korat sekitar jam 8.++am. Apa-apa pun, kena cari public phone dulu sebab nak kena call Jimmy dari Korat Car Rental untuk maklumkan ketibaan kami. Janjinya, mereka akan hantar kereta terus kepada kami di terminal bas. Call punya call, sekali Jimmy kata kereta takde. Hah? Apa kes? Walhal kitaorang dah deal sekitar sebulan sebelum berangkat; Toyota Altis dengan harga 1500B/day. Memang tak puas hati lah dengan cara Jimmy ini deal dengan customer. Nak salah kan kami? Kenapa pula? Walhal 2 hari sebelum berangkat ke Bangkok pun saya dah email dia untuk double confirm kedatangan kami dan untuk ingatkan dia mengenai booking kami tu. Cuma si Jimmy ne takde pun reply email saya tu, pelik juga sebab biasanya laju je dia reply. Pung-pang, pung-pang (antara PM dan Jimmy), akhirnya si Jimmy tu kata kami tak boleh argue apa jua tindakan yang dia buat. Hah? Memang mangkuk cap ayam lah. Berbakul sumpah serenah kami bagi free kat dia pagi tu.

Terasa macam patah kaki kami haritu. Sebabnya kami plan dari Jim Thompson teruskan ke Huai Bong Wind Farm dan kalau sempat nak singgah di Primo Piazza tapi dah jadi macam ne, plan memang 100% akan berubah. Dari terus dilanda kebuntuan, kami ambil keputusan untuk cuba nasib bertanya pada local untuk transport lain ke Jim Thompson. Ne pun haru juga sebab mereka langsung tak boleh nak faham bahasa Inggeris. Memang sebiji macam ayam dan itik huhuhu. Akhirnya, dalam faham dengan tidak kami berjaya mendapat songthaew ke Jim Thompson dengan harga 1,500baht (full day). Kebetulan pada masa yang sama, kami bertembung dengan Zai dan geng yang turut sedang mencari transport ke JTF (derang pun kena kelentong dengan Jimmy). Jadinya, pagi itu kami ber'10 bergerak bersama-sama menuju ke JTF.
 Inilah songthaew yang kami gunakan.
View pertama yang menyambut kami di JTF - fuhhh, rasa nak lompat je pagar tu dan golek-golek dicelah-celah bungaan pink.

* bersambung untuk JTF

You Might Also Like

29 comments

  1. Macam-macam gelagat orang. orang macam Jimmy selalu ada dimana-mana...Walaupun menyebalkan, memang kita perlu banyak sabar Mbak Zilla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mas gunadi..takpelah, sebahagian dari pengalaman..kami ambik +ve apa yang berlaku wpun awalnya mmg masing2 sakit hati..hasilnya, kami dpt kongsi kos dgn org lain, jauh lebih jimat dari sewa sebiji kereta hehehe...wpun byk lokasi terpaksa dilupakan, takpelah..boleh repeat lagi, betul tak?

      Delete
  2. Huwahhhhhhh baru nak feeling lebih tengok gambar bunga pink (dan colour2 lain hahaha)...

    Kejam ah Jimmy! Sampai 2 orang dia pedajal. Memang sah patut diblack listkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie, aku contact si Jimmy ne pun sebab dapat review yang baik dari mat/minah saleh yang penah guna service dia..pujian tinggi melambung-lambung tu..masa awal proses, berbalas email berdesupp laju dia balas email aku tapi rupa2nya semuanya sandiwara aje...cisscakebedebah ahhh hehehe...nasib tak bayar deposit..

      Delete
  3. Kat Airport tu... Ada tulis... Tak dibenarkan mengata imigresen... Tapi imigresen mengumpat kite tak pe... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh memang ada ekk? napelah tak perasan hehehe...buat pak imi, ampunnn..saya takan mengata lagi hehehe

      Delete
    2. Aah memang ada signboard tu... Nampak naaauuu imigresen sana tak boleh terima hakikat kena kritik... He He He...

      Delete
  4. Cis bedebah Jimmy. Kalo saya mmg dah ke laut mood arituh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syieda, mood kami tak ke laut sgt sebab ada option lain dan kosnya jauh lebih murah..lagi pun, baru 1st day, tak boleh nak layan mood sgt nanti hancur terus trip ne..

      Delete
  5. Banyak betul cabarannya...tapi trip Zilla biasanya memang agak rare...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sbb JM nk follow trip Zilla dan travel dgn beliau mmg best sgt

      Delete
    2. Zilla sorang yg cool then sepanjang trip kami alhamdulillah berjln lancar wlupun kekadang ada plan yg perlu d tukar last minute

      Delete
    3. cabaran itu, sebahagian dari pengalaman En.Mie....walau awalnya payah tapi kenangan tu mmg tak boleh lupa sampai bila2..

      JM, alahai tinggi melangit sgt pujian tu..terima kasih! JM belum tgk saya mengamuk lagi mcm mana..silap hb mau melayang khemah masuk tasik ;-)

      Delete
  6. Kempunan gak nk drive altis , apa nk buat tk de rezeki.tpi bila tgk jalan dia mak aiiii ngeri jugak ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu tandanya en.alias kena sambar altis sebiji, pasti hilang kempunan tu :D

      Delete
  7. huh ngerinya kene tipu di tempat asing. nasib baiklah view cantik..lega sikit kemarahan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..betul lah tu...nasib baik juga bukan travel sendiri, kalau tak mau blur jadinya tak tahu nak buat apa :-)

      Delete
  8. uiks... boleh pulak jimmy tu takde kete.. habis kacau agenda.. zilla da byar payment pape tak kat die mase confirm kat email tu? dah tu sepanjang 11 hari tu ade jumpe jimmy tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. luna, nasib tak payah bayar deposit kalau tak mau kitaorg terjah opisnya..kitaorg cuma 2 hari je kat Korat, mmg takde jumpa si jimmy tu pun dah tak ingin pun nk jumpa kot hehehe...

      Delete
  9. kaki auta ke ape Jimmy tu...merosakkan mood dan plan..tp at least dpt la bergerak reramai kan..dan slalonye ble tgh travel ni klu somethng happen dan xikut plan mesti ade yg lagi best muncul;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau tapi dia dpt review yg bagus dari x customer nya..tu yang saya pun confident nak sewa kereta darinya...emm takpelah, pengalaman tu..skurang2nya kami dapat option lain yang lagi murah kosnya...

      Delete
  10. Bestnya boleh share transport smpai 10 org..boleh save. Bestnya tengok bunga colorful

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah dianya, zila..byk jimatnya, lepaslah baki yang ada tu kami buat beli FM dalam sebiji dua huhuhuhu....

      Delete
  11. Ape masalah si jimmy tu..? aishh... bikin panas plak... kalau kite jd awak pon zilla, naik hangin jugak tu.. dah plan baik punya, tetiba x de keta.. Ooohh.. trip kali ni dngn JM ya...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taulah apa masalahnya..mungkin dia tak confident nak sewakan dengan pompuan kot, mana tau kan? atau pun dia dah lepaskan kereta tu kat mat saleh dgn harga yang lebih mahal dari yang dia offer dari kami..entahlaha..takpelah, bila dah jadi mcm ne, org pun bagi bad review mau customer pun lari..biarkan...yupp, trip ini JM pun turut serta...

      Delete
  12. Memang kena sediakan payung sebelum hujan...banyak sang buaya di luar sana... Kita dapat pahala.,,, memsng best perjalanan hangpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 baca ayat ne saya terfikir, kat korat ada buaya juga ke? tapi bila baca balik, owhh ok saya dah faham hehehe...apa pun terima kasih, en. khai

      Delete
  13. woo.. mangkuk jugak car rental macam itu. Nasib baik ko pandai cari jalan. Kalu aku mahu mati kutu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila pangkah company tu..hampeh punya Jimmy, hehehe...

      Delete

Subscribe