Thailand 2014 : Persediaan awal

Friday, January 02, 2015

Assalamualaikum

Amaran, entry ini tersangatlah panjang. Terserah samada hendak membacanya atau pun tidak.

Susulan dari trip ke Lopburi/Kanchanaburi di penghujung 2013, saya memang dah berangan untuk kembali ke Land Of Smile ini. Tak tahulah kenapa, saya rasa ada sesuatu yang istimewa di negara ini yang membuatkan saya ingin untuk kembali.

Ada yang bertanya saya kenapa tidak ke Krabi, Ayutthaya dan beberapa lokasi terkenal di sana sahaja. Err boleh tak nak jawab "suka hati sayalah nak ke mana pun..". Bukan bongkak tapi kadangkala saya hairan dengan orang kita ne. Ada yang memperlekehkan saya saat saya tercari-cari travel partner si suatu 'ruangan popular' di internet. Sedih dan rasa terhina! Kenapa ya ada dikalangan kita yang suka sangat mempersoalkan dan memperlekehkan impian orang lain? Tak semestinya apa yang kita lakukan dan kita anggap berjaya, orang lain juga perlu melakukan perkara yang sama. Kita ini tak sama, citarasa kita berbeza-beza. Jangan anggap kita dah berjaya menawan separuh dunia, kita dah kelihatan hebat. Bukan itu yang jadi ukuran tapi sebenarnya apa yang kita bawa balik itu samada berjaya membentuk diri kita atau pun tidak! Tak boleh ke ambil positif apa yang orang lain lakukan dan doakan yang baik-baik. Tak perlu nak pandang rendah pada impian orang lain! *

Sorry, awal pagi lagi dah membebel huhuu.

Kembali ke cerita asal..

Perancangan bermula sekitar September lepas bila saya dah start tercari-cari travel partner yang sudi nak travel bersama-sama saya. Maklumlah geng travel dah ada plan lain jadinya tak boleh nak kacau mereka itu. Dalam ramai-ramai yang email, hanya 4 orang sahaja yang betul-betul confirm. Tak kisahlah seorang lelaki pun, sekurang-kurangnya boleh diharapkan menjadi penyelamat kot-kotlah ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tiket Flight
Sejujurnya, tiket flight merupakan antara perkara terakhir yang kami lakukan. Rasanya ramai dah sedia maklum tiket ke Bangkok dari KL jangan haraplah nak dapat murah.Harga biasanya sekitar RM4++/return dan ke atas pada kami memang merabakkan poket yang tak berapa nak tebal ne. Jadinya, nak tak nak kenalah cari cara lain yang lebih murah sesuai dengan kantong poket.

Untuk tiket KL-Bangkok, saya berjaya rembat dengan harga RM177/one way. Terkebetulan kot AA ada buat promo. Manakala untuk tiket balik memang menjadi masalah, mahal bebenor. Dah macam boleh beli tiket sehala ke Korea huhuhu. Jadinya, kami ambil keputusan untuk naik train aje untuk kembali ke tanah Melayu. Riki-riki harga tiket, sekitar RM120 untuk sleeper. Err oklah kot.  Namun, 2 minggu sebelum tarikh berangkat tiba-tiba terlihat promo di website AA. Surat Thani-KL, RM102/one way. Try tengok map mana letaknya Surat Thani dan buat kira-kira; masih berbaloi. Akhirnya kami sepakat untuk rembat tiket tersebut.

Itinerary
Sebelum kami start dengan itinerary, kami memang dah sepakat untuk menjelajah wilayah Isaan di Utara Thailand (tidaklah keseluruhan kerana kekangan masa). Mulanya kami plan untuk bermula dari Nakhon Ratchasima, naik ke atas untuk Udon Thani, Bueng Kan dan berakhir di Mukdahan namun dek kerana kekurangan info terpaksalah kami batalkan. Lepas tu, berangan pula nak masuk Chiang Mai/Rai/Lampang dari Udon Thani tapi batal juga disebabkan masa tak berapa nak ada. Rugi kot, p Chiang Mai/Rai kalau tak boleh pusing habis.Akhirnya, bila masing-masing dah sampai tahap nak muntah hijau tengok map dan buku Lonely Planet, kami sepakat untuk ke Loei dari Udon Thani nak kembali ke Bangkok untuk Phetchaburi.

North Thailand
Disember merupakan 'winter' di utara Thailand. Memang kami buat persediaan lebih untuk ke utara ini sebabnya takut jadi macam tahun lepas, kejung sebab tak bawa sweater yang bersesuaian.
 
Bangkok - Nakhon Ratchasima - Udon Thani - Phimai - Loei

South Thailand
Untuk turun ke south, kami sedikit risau kerana musim hujan di wilayah ini. Pasrah dan berserah aje mudah-mudahan cuaca akan baik-baik aje di sana nanti.

Bangkok - Phetchaburi - Surat Thani

Transport
Dari awal sampai akhir trip, memang public transport menjadi pilihan. Kecuali di Korat, kami cuba untuk menyewa kereta selama 2 hari untuk bergerak hingga ke Huai Bong dan Pimai dari Korat Car Rental tapi haih, kami kena kelentong dengan company ini (tunggu ajelah next entry).

Penginapan
Sepanjang 11 hari perjalanan, kami cuma menempah penginapan di Nakhon, Loei dan Phetchaburi sahaja menerusi booking.com. Bagi penginapan di Phu Kradeung dan Kaeng Krachan kami memilih untuk camping sahaja di sana. Untuk khemah, mattress dan sleeping bag semuanya kami sewa dari pihak national park di kedua lokasi tersebut.

Nakhon Ratchasima : Polaan Apartment *sebutan : Polan
Phetchaburi : Sabaidee Resort
Udon Thani : Thailand Hotel

Untuk penginapan di Udon Thani, kami walk-in sahaja kerana tak tahan dengan suhu yang terlalu sejuk di sana (plan asal nak bermalam dalam train sahaja, tapi plan berubah).

Makanan
Macam biasalah, stok makanan memang kami bawa dari KL sebab wilayah yang ingin kami singgahi ini memang susah nak jumpa makanan halal. Stove, periuk, pisau,  hexamine metal cooker, berserta extra solid fuel juga kami angkut dari sini. Untuk butane gas, kami beli di Bangkok dengan harga 150B/tong. 

Stok makanan yang kami bawa:
* Beras, nasi impit, minyak masak, kicap dan sos jenama ABC
* 2kg daging dendeng dan sambal kering tempe & ikan bilis - air tangan mak tasyha
* Serbuk kunyit, rencah nasi goreng pelbagai perisa, mix vege untuk omelet, rencah sup sayur dan tomyam
* maggi, spaghetti, sos spaghetti pelbagai perisa, rencah mee bandung muar brand adami
* sambal tumis, kuah kacang, asam pedas - kesemuanya brand Kathy's Kicthen
* minuman 3 in 1 - milo, kopi, teh tarik
* biskut dan jajan
Sebahagian dari stok makanan [Pic : JM]

Budget
Untuk sepanjang tempoh 11 hari di sana, budget awal kami adalah RM600. Berjaya atau tidak kami 'hidup' dengan budget tersebut, tunggu dan lihat huhuhu.

*bersambung untuk entry berikutnya..

You Might Also Like

41 comments

  1. rasanya ada terbaca post zilla pls nk carik travelpartner tu. jumpa ke tak drpd situ. pedulikan apa org lain nak kata tu. janji kita sendiri puas.

    happy new year zilla!


    p/s: byk betol daging dendeng bwk. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year, John..

      haih, tak dapat pun...'post' saya tu jadi tmpt derang berbalas makian huhuhu...

      *haruslah John, 5 perut perlu diisi hehehe..lagi pun daging tu tak basi wpun berhari2..tu yang suka bawa byk2...

      Delete
  2. bestnya! kalau tak kerana cuti tahunan tak boleh dapat memang teringin nak join.kalau Zilla buat open trip lagi ajaklah ye..

    ReplyDelete
  3. nampak mcm ada pelbagai cabaran ja.. nk sabar nak tau kisah di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm tulah nampaknya..dari awal sampai ke akhir..tapi bila diingat balik, best..sekurang2nya ada perkara yang blh dikenang ;-)

      Delete
  4. terus menulis..saya suka membaca kisah pengembaraan anda....

    ReplyDelete
  5. Bila baca 'statement' Zilla yang meluahkan perasaan pesal kenapa orang suka memperlekehkan dan mempersoalkan impian kita. Tiba tiba saya teringat kata kata Bront Palarae dalam filem dia (baru tonton malam semalam) Terbaik dari Langit. Dia ada bagitau kawan dia

    "kenapa kita perlu buat benda yang orang suka dan bukan benda yang kita suka dan nak. Kalau kita ni asyik ikut kata dan rasa orang, kita sendiri ni sebenarnya tak wujud pun. You're not real Bro"

    Dan ada benarnya kan Zilla?

    Btw, Happy New Year and keep on travelling. Banyak info info yang Zilla share di sini dapat manfaat ramai orang termasuk saya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zara, happy new year! terima kasih sudi singgah diblog saya ini...

      apa yang dikatakn Bront tu, walaupun skrip tapi saya setuju sgt2.....sampai bila nak ikut telunjuk orang kan? kita ada impian masing2, jadinya kita kena ikut cara kita sendiri utk realisasikan impian kita itu..namun, pada masa yang sama kita juga tak boleh nak perkecilkan impian orang, kan?

      Delete
  6. Respek dengan kegigihan Zilla... memang bukan mudah travel yang pergi ke banyak tempat ni...

    JM tu boleh ke tidor dalam khemah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haippp! Pak lang mie! Jgn pandang sebelah mata hihihi

      Delete
    2. terima kasih En.Mie...semuanya bergantung pada diri juga, betul x?

      JM? lena je saya tengok dia tido dlm khemah hehehe..

      Delete
  7. saya salute betul dengan kesungguhan zila bila ke sesuatu tempat. truly speaking... ewahhhhh! saya teringin sangat nak join zila untuk trip ni, tapi memandangkan baru je balik dari korea, risau jugak takut mak membebel, jadi rilek2 kt kg la dulu.... in sha allah kalau ada next time...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu...nanti kalau ada open trip kali akan saya publish kat blog ini..

      Delete
  8. sangat teringin nak jelajah byk tmpt dlm satu2 travel..salute habis lah bila baca pengalaman zila

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan tak byk tmpt yang saya p dalam tempoh 11 hari ne..korat dan phimai tu dekat je, boleh buat day trip dari korat...udon dan loei pun dkt, dalam 2j dgn bus...takpe, nanti saya akan share detail dlm entry sterusnya..

      Delete
  9. Selamat tahun baru Zilla. Semoga diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki untuk menggembara lebih jauh. Betul, it's not the destination that's important...it's the journey that counts. Even berjalan dalam negeri sendiri sekalipun, xde apa dapat ganti pengalaman yang dikutip.

    Xsangka pula 'iklan' ko haritu ada gak yang perlekehkan. Biarkan je, yang penting korang dah selamat sampai & balik Msia. Alhamdulillah. Yang condemn tu belum tentu merasa apa korang rasa throughout the journey. Sape rugi sebenarnya. Aku berharap dapat join ko menggembara one fine day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru bie..dan terima kasih utk doanya..

      aku sebenarnya malas dah nak ingat tapi entah mcm mana masa tgh taip entry ne tetiba teringat, terus menyirap balik darah hahaha! tu yang membebel sebakul...takpelah bie...biarlah mereka2 itu terjun dgn labu2nya huhuhu...ada rezeki nanti, kita travel sesama pula ;-)

      Delete
  10. zilla, peduli kan kata busuk org tu dan yang pasti JM really enjoy join your trip mmg mencabar habis. Nak lagi!!!!! Harap2 serasi ngan JM lah ye

    ReplyDelete
  11. tak sabar nak baca entry nie.. ada amik gambar teratai untuk achik smile tak?
    btw selamat tahun baru zilla!

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik smile, happy new year!! :D
      gambar teratai? ada tapi tak byk sebab saya dok sibuk tahan diiri dari nak terkucil hahaha!

      Delete
  12. waa tabik spring kat zilla..gigih betol..tapi iyalah mengembara sementara masih muda dan sihat..dah tua macam nekcik ni kenalah travel light jer..santai santai gitew.happy 2015 and happy travelling Zilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year nekcik! wahh, saya ne pun dah berangan tau nekcik, satu hari nanti saya nk try travel dgn bag troli sambil pakai baju cantik2 dan high heels hehehe..tunggggguuuuu, tibanya saaat tu :D

      Delete
  13. Zilla dont worry apa org kata, kita kena worry apa yg Allah kata je. Teruskan je ....klau ada kesempatan next nk join la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, terima kasih en.alias..wahh, nak join lagi ke? tak nak try travel solo pula? hehehe

      Delete
    2. Nk cari pengalaman dulu , ikut zilla 2 or 3 x baru nak buat solo.

      Delete
  14. rencah mee bandung muar ! hahaha geliga la ko zilla...mmg bes rencah tu...and then just celur mee kuning...masak rencah tu jadi kuah. simple dan sedap ! you just gave me an idea la...sbb bohol pun susah nak berhalalantoyiban ni. hari2 seafood gaout gak aku kanggg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana pula nak cari mee kuning tu nana? bawa je spagethi sebagai ganti mee kuning..inilah yang kitaorg buat dari dulu..so tak perlu nak angkut berahim byk2..x lalu weiiii hahaha...seafood tu ko pelbagaikan lah...mcm2 blh buat tu...

      Delete
  15. Zilla, peduli apa org kata. Yg penting kita tau apa yg kita buat.

    p.s : kalau umur pjg akhir tahun ni kita jelajah wilayah lain pulak. Byk lagi national park yg berbukit2 menunggu tu. Terbayang batu-batu di phu kradueng rasa serik oiii!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik, nani..

      wahhh, ne racun ke apa ne? hahaha..balik tak smpai seminggu dan ada plan nak explore wilayah pula ne :D nanti, habiskan Isaan dulu..chaiyapum, udon ratchathani, mukhdaha, khon kaen tu semua belum p lagi...phu kradeun, mmg epik...giler ahh trek dia...serik smpai ke hari ini hehehe

      Delete
    2. Oooo pm tu nani eeèeh.....nani nak addrs blog u? Phu kradueng y u all rasa serik??
      Think + je ,to me it is ok je at least rasa puas dpt melepasi dgn jayanya...nk repeat lgi
      tak kot , crik lain gunung pulak.

      Delete
  16. Adusss... Banyaknye rintangan kan... Ini baru part persediaan... Lum lg perjalanan... Adusss... Cepat sambung! He He He...
    Part yang atas tu... Memang ada jenis manusia yang dah rasa diri hebat... Sebab tu lah ske sgt underestimate people... Sehebat2 orang Malaysia ni... Hanya sheikh muzafar je sampai ke bulan... Dorang tu rasa diri hebat sangat ke? Ishhhhsss... Geram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, ne betul2 geram ne sampai ke bulan p nya :D

      sambungan, satu-persatulah...kena cari mood juga ne hehehe

      Delete
  17. Saya sangat suka cara Mbak Zilla melakukan travel. Saya juga sangat suka cara Mbak Zilla menikmati perjalanan sepanjang travel, kejadian apapun yang pahit dan yang manis selama perjalanan, Mbak Zilla kelihatan sangat menikmati. Mbak Zilla memang Traveler sejati. Saya juga sebenarnya ingin seperti itu, tapi ngak mampu...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mas gunadi, terima kasih tapi jangan terlalu memuji..saya tidak sehebat mana pun..

      tidak kira bagaimana perjalanannya mas, yang penting kita selesa dgn cara kita..tak perlu jadi seperti orang lain mas :-)

      Delete
  18. wah.. dah start ye trip thailand..! hehe :D

    zilla... takyah pk sangat ape org ckp.. kalo bahase kasarnye.. persetankan.. upss! hahahha =p yang penting impian tercapai.. ye tak?

    ReplyDelete
  19. Perghhhh tabil spring laaa!! Berjaya jgk zila jumpa parTner utk trip ni.. syabas sbb berjaya merealisasikan impian tu #thumbs up

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ako..lega sebab ada gak yg nk mengikut...

      Delete

Subscribe