Hello 2015!

Wednesday, December 31, 2014

Assalamualaikum..

Dari awal pagi saya cuba untuk menulis sesuatu di penghujung hari 2014 ini tetapi tak tahu kenapa mood saya benar-benar hanyut. Blur, sangat-sangat blur. Saya tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa dan kerana itu maaf jika ada email atau call yang kurang mendapat respon dari saya. 

Emmm...

****

Esok kalau diberi kesempatan, kita akan melangkah ke tahun 2015. Seiring dengan pertambahan usia, 2015 saya melihat ianya hanya sebagai angka semata-mata. Zaman nak berazam atau nak memasang impian berjela rasanya dah tak sesuai kot. Dari zaman kenal 'dunia' sampailah saat ini, tiap kali ketibaan tahun baru, mulalah list panjang menjela walhal sebenarnya masuk hari ke-2, saya dah lupa apa yang saya azamkan itu. Rasanya cukuplah saya dengan trend yang sama tiap kali tibanya tahun baru.

La ne, tak kisahlah sejauh mana atau seteruk mana pencapaian saya di tahun 2014 semuanya perlu saya tinggalkan dan terus melihat kehadapan. Sejujurnya saya tidak mengharapkan lebih. Apa yang saya harapkan saat ini adalah kesempatan untuk terus memperbaiki diri, membahagiakan kedua orang tua saya dan adik-adik serta terus berganding erat bertukar cerita suka duka bersama-sama teman rapat. Bab travel, sebenarnya saya terfikir untuk berehat sebentar dari 'dunia' ini. Bila? Biarlah masa yang menentukan kerana saya ada janji yang perlu dilunaskan... 

Buat semua, selamat menyambut tahun baru 2015. Moga kita semua akan terus diberi kekuatan berhadapan dengan hari-hari yang bakal mendatang..

Jumpa lagi...

You Might Also Like

31 comments

  1. Selamat tahun baru 2015 Mbak Zilla. Semoga kesehatan, kejayaan dan keberkahan selalu menyertai Mbak Zilla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..terima kasih dan selamat tahun baru juga buat mas gunadi skeluarga...

      Delete
  2. Happy new year & wish you a brighter 2015, Zilla

    ReplyDelete
  3. happy new year...cepatnya masa berlalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dzu..tanpa kita sedari, kita dah pun berada di hari petama 2015...esok, sedar2 kita dah pun tiba di penhujung tahun 2015....

      Delete
  4. selamat tahun baru 2015..cantik header baru..I like..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, dah berkurun header tu nohas...

      selamat tahun baru...moga semuanya baik2 sepanjang 2015 ini..

      Delete
  5. zaman remaja dulu suka kan pasang azam semua ni..huhu.selamat tahun baru Zila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah, betul tu..dah tua mcm ne pun masih gigih pasang azam, Sal..cuma lately rasa, cukup2lah...bukan saya ambil kisah pun apa azam yg saya pasang di awal tahun hehehe..

      selamat tahun baru!

      Delete
  6. same to me setiap kali masuk tahun baru mesti setkan azam konon nya lah..then lepas beberapa hari azam ntah ke mana so buat thn 2015 mmg x ada azam baru cuma akan lalui hari2 mendatang dengan penuh tabah. CUMA satu je harapan di hati semoga ada 'sinar' baru dalam kehidupan.."i know u know what i mean" eheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem2.. sinar ape tu sis.. (menyelet jap..).. =P

      Delete
    2. selamat tahun baru, JM

      Amin..moga JM akan ketemu 'sinar' itu ;-)

      Delete
    3. Sinar apa tu JM? Kalu nak pakai lampu picit SS boleh pinjamkan...

      Delete
    4. hanya Zilla dan JM je tahu SS...tak nk lah lampu picit tu habis bateri nanti dh tak BERSINAR lagi eheheeh

      Delete
    5. kikikii.... takpe sis JM.. camtu meh luna bagi kerusi.. kite duduk bawah cahaye bulan.. gerenti sinar tak hilang! =D

      Delete
    6. Luna : itu dh kira bersinar time mlm je..itu pun rezeki kalau ada BULAN...kalau x de ahaha...kelam!

      Delete
  7. Selamat tahun baru 2015 Zilla. Moga apa yang Zilla hajati akan tercapai nanti:)

    Keep travelling and blogging okay..Ternanti-nanti entri dari ZIlla:)

    ReplyDelete

Subscribe