Pages

Monday, July 9, 2012

indahnya bersahabat..

Ini pengalaman pertama saya menjadi 'host' / tuan rumah. Tak pernah saya menyangka pengenalan di alam cyber akan berlanjutan ke alam realiti. Saya mengenali teman saya ini setahun yang lepas waktu saya sedang 'mabuk' mencari info berkaitan dengan Darjeeling dan kami pernah merencana untuk ke sana bersama-sama (bila, biarlah masa yang menentukan hehehe). Teman saya ini dari Tarakan, Kalimantan kalau berhajat nak ke Derawan bolehlah contact dia untuk penginapan free hehehe.

Beberapa hari sebelum keberangkatan beliau ke Kuala Lumpur saya menerima email/sms darinya meminta pandangan mengenai routenya Bandung - Penang - Kuala Lumpur. Perjalanan ini ingin dilakukan dalam hari yang sama dan pada saya memang agak mustahil (ok aje sebenarnya) kerana membazir wang. Begitu juga plannya Bandung - Penang - Hatyai - Kuala Lumpur, saya bangkang kecuali beliau mempunyai tempoh masa perjalanan yang panjang dan perbualan kami terputus di situ. Saya beranggapan beliau telah membatalkan rencananya ke Kuala Lumpur.

2 hari sebelum keberangkatannya ke sini, saya menerima sms darinya. Tiket sudah pun dibeli Bandung - Kuala Lumpur dan beliau bercadang untuk menginap di rumah saya sahaja. Err, saya menjadi serba-salah. Pertamanya kerana saya tinggal dengan family, saya risau beliau tidak akan selesa dengan tahap kebisingan dan kekemasan rumah saya yang tak ubah macam tongkang terbalik. Keduanya, kelayakan cuti saya sudah pun habis gara-gara trip ke Lombok next week. Saya buntu. Gayanya seperti sungguh tidak sopan membiarkan tetamu bergerak sendirian dan saya pula leka dengan urusan di pejabat. Ketiga, keadaan kesihatan saya tidak memberangsangkan. Saya dihantui dengan masalah low blood preasure dan demam selsema serta batuk. Jadinya, bagaiman caranya saya mahu melayan beliau jika diri saya sendiri pun saya tak terlayan?? huhuhu. Saya suarakan kegusaran saya pada tasyha (macam biasalah, kan??). Dengan saranan yang diberikan, saya berfikir dan mengumpul keberanian untuk berhadapan dengan bos saya. Alhamdulillah, bos memberikan keizinan untuk saya menggunakan kelayakan cuti bagi bulan Ogos dan Sept. Ini bermakna, raya ini saya tidak akan bercuti (macam tahun-tahun lepas jugalah) dan bos saya memberi cadangan agar saya rajin membuat ot jika berhajat untuk bercuti selepas ini (ya itulah yang biasa saya lakukan untuk mendapatkan extra cuti).

Hari yang dinantikan tiba. Beliau menyuarakan keinginan untuk saya pick up beliau di LCCT tetapi sangatlah mustahil kerana hari tersebut merupakan hari pertama saya bekerja setelah beberapa hari mc. Alhamdulillah, saya bersyukur beliau memahami keadaan saya dan saya guide beliau melalui sms bagaimana untuk ke pusat bandar dari LCCT sementara menunggu saya habis kerja untuk ketemu dengannya. "Zilla, bisa enggak jika saya ke Melaka?" Emmm, "nanti ketemu kita discuss about it". Sungguh, saya tak tahu apa rencananya di Malaysia. Walaupun saya agak risau dengan keadaannya yang bersendirian di pusat bandar tetapi saya salute padanya sebab berjaya juga ke KLCC sendirian dan berjaya menyesatkan diri hingga ke Taman Melati - mengikut lrt hehehe. Saya tahu pun bila mendapat sms darinya 'Zilla, ada apa ya di Taman Melati" ~ "hah?? kembali semula ke KL Sentral, saya tunggu di sana"  - saya cuma tahu di Taman Melati itulah letaknya rumah teman saya, Nedia :D.

Habis aje kerja saya terus mengambil erl menuju KL Sentral. Bertemulah kami di sana. Errr, lainnya rupa. Dari gambar-gambarnya di fb, gaya besar aje orangnya tetapi bila dah depan mata err kecil aje. Comeyy lote orangnya hehehe. Saya bawa beliau makan di KFC sebab kepala saya dah start berpusing gara-gara tak makan sejak pagi sebelum terus kembali ke rumah di Puchong. Di rumah, mak sudah pun menyediakan juadah untuk makan malam (kebetulan ada bacaan yasin untuk arwah nenek) kari ayam, sayur campur dan sambal belacan. Malam itu juga kami bercerita panjang dan beliau menyuarakan keinginan untuk ke Genting Highland. Err, macam mana nak cakap kat mak sebab ini antara tempat yang memang dari dulu tidak mendapat 'cop sirim' dari mak. Tak apalah, esok paginya aje saya berbincang dengan mak sebab badan saya mulai panas, telan panadol dan minta izin darinya untuk zzzzzz. Moga esoknya, demam saya akan berlalu pergi....

us..

* indahnya persahabatan tanpa mengira dari mana asalmu...
**bersambung

8 comments:

  1. kalau bersahabat niatnya kerana Allah... InsyaAllah semuanya akan sentiasa indah... :D

    ReplyDelete
  2. PM, I'Allah semuanya kerana Allah..tiada niat tersembunyi :)

    sharip, awak pun mesti ada, kan? ;)

    ReplyDelete
  3. Bersahabat tu simple je sbnrnya. Manusia je yg suka bikin complicated. Yg pasti dlm bersahabat harus ada give & take. Ingat laki bini je ke kena give & take?? Dan yg paling penting, ikhlas & berusaha kekalkan persahabatan tu dgn apa cara sekalipun..Nak atau tak nak je. Tepuk dada tanya paru2..

    #ehapahakumerepeknih#

    ReplyDelete
  4. nil, tak merepek pun;betul semuanya tu.simple bagi org yang faham, sebaliknya bagi org yg tak faham erti persahabatan.tak namanya manusia kalau tak suka merumitkan keadaan, betul tak?

    *bersangka baiklah sentiasa...

    ReplyDelete
  5. Betul betul betul! Very the betul!

    Luper nak cakap...Owh..ini rupanya Zilla ye! :-)

    Peace!!

    ReplyDelete
  6. nil, terima kasih kerana bersetuju ;)

    *owhh nampak gayanya terpaksalah saya mengaku 'ya itulah saya!' :)

    ReplyDelete
  7. Sahabat yang baik akan selalu saling tolong menolong serta berharap teman-temannya menjadi baik dan semakin baik. Sahabat yang baik tidak akan menjadi beban satu sama lain, tetapi ingin saling meringankan. Dan juga tidak menikam dari belakang. Sahabat akan selalu berusaha agar sahabatnya semakin mulia dan semakin selamat di sisi Allah.

    * Sahabat yang baik tidak sesekali akan memburukkan sahabat yang lain*

    ReplyDelete