Pages

Tuesday, July 10, 2012

Kisah di Genting...

Sambungan dari sini -> Indahnya bersahabat

Pagi ini kami akan bertolak ke Genting Highland. Saya bangun seawal 5.00am, bersiap dan sebagainya sebelum mengejutkan teman saya itu. "Mahu ke mana ne sampai tak sempat-sempat nak minum dulu?" Errr "Along nak bawa kawan p Genting, dia nak p sana, boleh ye mak?" Mak terdiam. Dari dulu-dulu lagi mak dan ayah memang tak memberi kebenaran kepada kami untuk ke Genting. Katanya tempat tu tak elok untuk kami. "Malam ne Along tak balik, tidur di KL. Nak bawa dia jalan-jalan pusing KL.." Mak angguk aje. Alhamdulillah, mak memahami. Kalau kena cara bercakap memang senang nak dapatkan keizinan darinya.

Kami tiba di Putrajaya Sentral sekitar jam 6.50am terus saya belikan tiket erl dengan harga RM9.90 ke KL Sentral. Agak mahal tetapi tak kisahlah sesekali. Yang penting kat sini selesa, cepat dan pantas tanpa sebarang kesesakan :D Tiba di KL Sentral, saya ajak teman saya itu breakfast terlebih dahulu. Memang dah menjadi kebiasaan makan terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Selepas tu tak makan sampai ke malam pun saya dah tak kisah hehehe (motif, nak jimat :D). Selesai breakfast kami terus turun untuk mendapatkan bas ke Genting. Gilakkk, tiket bas sold out. Yang ada pun, bus jam 11.45am, bermakna kami perlu menunggu hampir 3 jam sebelum bertolak. Tak naklah buang masa. Bila saya tanya kenapa rupa-rupa tiket bus awal pagi telah dibeli oleh rombongan pelancong dari Indonesia dan Timur Tengah (tu dia ko!!!). So, macam mana? Waktu kami sedang berbincang datang seorang driver teksi minta kami berkongsi satu teksi dengan 2 orang pelancong dari China. Err, RM20/person (RM100/taxi). Mahal sangat tu sedangkan harga untuk bus cuma RM5.30. Nak - tak nak - nak - tak nak; emm oklah. Saya setuju untuk berkongsi teksi dengan mereka. *lain-lain, zippp mulut ;) 

Dalam perjalanan ke atas, driver teksi nak bawa kami singgah ke mana tah. Kami kata "tak nak!!". Lepas tu dia singgah pula di kedai coklat apa entah. Katanya "masuk aje, rasa. kalau tak nak beli, boleh keluar". Yelah tu, kan? Kami berkeras "tak nak" tetapi dia singgah juga dengan alasan enjin kereta perlu rehat. Cehhh!! Kami masuk kedai coklat tu, ambil sample, masuk mulut dan berlalu keluar. Hahaha, kejam tak kejamnya tapi lantaklah. Dah orang kata tak nak, nak juga singgah, kan? hehehe

Tak tahulah jam berapa sampai di puncak (tak tengok jam) tetapi rasanya perjalanan dalam 1/2 jam juga kot. So "Welcome to Genting Highland". Mahu ke mana kita? Indoor atau outdoor? Err pusing-pusing di situ dan kami ambil keputusan untuk ke indoor terlebih dahulu. Syukur cuaca pun bagus, suhu pun biasa aje. Dingin yang tak menggigit tulang hehehe. Tiba berdekatan dengan Eiffel Tower (konon2 dah sampai Parislah, cehhh :D), nak buat apa ne? Mati akal; kedua2nya mati akal, nk buat apa? - ada persamaan antara kami di sini. Bila beliau menyatakan bahawa beliau lebih sukakan keindahan alam dan apa-apa aje yang berkaitan dengan alam dan nahhh bibir saya tersenyum, hati saya terdetik "kita memang sejiwa". Melihatkan apa yang ada dihadapan mata, ini bukan yang kami cari. Alang-alang dah sampai, takpelah kami try untuk explore apa yang ada. Kami beli tiket "all park" - punyalah berlagak hahaha dengan harga RM66/person. Konon nak main sampai lebamlah tapi lihatlah nanti apa yang bakal terjadi hehehe. Pusing-pusing di situ, sempat berkenalan dengan group dari Jakarta. Mereka pelawa kami untuk join tetapi tak mengapalah, kami ingin bergerak sendiri.

Haih, nak ke mana ne? Bukannya tiada map dalam tangan tetapi entahlah memang takde hati. Kebetulan waktu kami tiba banyak games yang ditutup kepada pelawat - ruginya huhuhu. Di pendekkan cerita, dalam banyak-banyak aktiviti di 'indoor' cuma 'reindeer cruiser' dan 4D motion master - The Little Prince sahaja yang kami naiki / tonton - sangat tak mencabar jiwa ok hehehe. Settle menonton terus kami ke 'outdoor activities'. Hah, ini lagi sadis ~ apa pun tak menarik untuk dicuba. Owh ok, tiba di Pirates Train kami lihat ramai orang yang beratur; nampak macam best. Kami ambil keputusan untuk masuk. Waktu beratur terasa jugalah suspen tetapi bila dah melaluinya sendiri 'wa rasa macam nak hantuk kepala kat dinding aje'. Apa kebendanya ne?? Idea sapalah ye yang wujudkan benda ne? Kawan saya tu dah ketawa terbahak-bahak. Oh ok, saya tak nak cakap banyak tetapi memang tahapapalah (soryy kalau saya banyak kutuk tetapi saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri - genting memang bukan untuk saya).

Nak ke mana lagi?? Emm, akhirnya kami ambil keputusan untuk kembali ke pusat bandar. Cukuplah dengan apa yang kami lalui. Menyesal? Ya, memang saya menyesal tetapi sekurang-kurangnya saya dah sampai di Genting dan cukuplah sekali itu sahaja. Tiket bus kami jam 3.15pm; kami beli waktu di KL Sentral. Try untuk tukar tetapi tak berjaya. Tak kira, nak balik KL seawal yang boleh. So, kami ke ruangan bus. Dengan muka seposen saya try untuk mencari-cari bus yang ada kekosongan untuk menyelit. 1.15pm - full, 1.30pm - full, 1.45pm full juga. Saya buat muka tak malu bertanya pada driver bus Genting - LRT Gombak, boleh tumpang tak? Syukur, uncle tu izinkan kami menaiki bus. Kami tiba di LRT Gombak sekitar jam 2.35pm, ambil lrt terus ke KLCC.





memang tak banyak pun gambar di genting, takde mood nak ambil gambar...


*bersambung...
**happy birthday buat 'dia' yang pernah bertakhta di hati..

9 comments:

  1. Utk awk punya 'dia' or 'dear'..Happy Besday juga

    saya rasa dlm bnyak2 games, yg naik buai (xtau nama) gambar last tu je yg best walaupun xmencabar mane...hehe

    ReplyDelete
  2. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  3. 'dia' bukan 'dear'..sayangnya 'dia' dah hanyut dibawa tsunami :D *opsss hehehe

    owhh ye ke?nyesal la pulak tak naik..tapi bila tgk benda tu berpusing2, eerr takpelah..risau ter'wueeekkkk' pula nanti :D

    ReplyDelete
  4. haha.. sy pun tak bape suka ngan genting highland ni. sy cuma suka datang sana minum kopi.. layan cuaca sejuk jer.. main2 tu memang taklah =)

    ReplyDelete
  5. saya suka p tmpt sejuk sbb suka rilek & duduk pekena kopi ,mmg nikmat....xsuka tmpt yg kalut2 sangat.....genting x biasa p lagi

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  6. hahahaha... kitaorg kat sini jemu dh dgn theme park segala bagai tu. siyes.. times square punya theme park lg thrill.

    actually masa mula2 keje genting dulu.. selalu jugak terasa sb pandangan sesetengah org kan.. katanya keje tmpt maksiat apa sume..sb rasa..hello..ai bkn under resort world lah! hahaha tp lama2..dh lali.. 8 tahun jgk dh dkat puncak ni..heheh

    ReplyDelete
  7. saya pernah dtg sekali dan mungkin itu yg terakhir kot. huhu

    ReplyDelete
  8. pirate train tu memang xde apa pon. ada cuba Space Shot tak? kalau dah cuba Space Shot lepas tu still tak rasa mencabar, saya tabik. hehe
    oh mainan buai kat gambar last tu pon best. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sume xmencabar suh die terjun bangunan xyah pkai tali.haha

      Delete