Pages

Wednesday, July 25, 2012

Lombok Ceria : Part I

14/07/2012 : KL - Denpasar - Pelabuhan Lembar

Permulaan yang haru-biru.

Trip kali ini memang saya bawa adik semata-mata untuk mendapatkan green light ke Lombok. Flight kami pagi itu seharusnya jam 12.05pm tetapi saya tak tahulah apa yang saya fikirkan hingga terset dalam kepala ini flight jam 12.40pm. Gara-gara kesilapan sendiri, nyaris-nyaris kami perlu mengucapkan selamat tinggal pada trip ini kalau betullah berlaku memang saya hantuk kepala ke dinding. 10.30am, kami bergerak menuju ke KLIA dan sempat lagi tu menyantaikan diri di Carrefour, Puchong. Kami tiba di KLIA tepat 11.45am, itu pun setelah tergerak hati untuk melihat semula segala dokumen yang ada - apa lagi pecutlah, mujur ada driver yang hebat. Memang haru pagi tu. Berlari ke sana-sini, merayu kepada petugas MAS untuk memberi kebenaran kepada kami untuk check in, berdoa dan berharap dan Alhamdulillah, kami berjaya. Mungkin dah rezeki kami...

Perjalanan berjalan lancar pagi itu dengan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk mendarat di Ngurah Rai International Airport. Sangkut di bandara hampir 30 minit sebelum berjaya keluar dari arrival hall. Teman-teman saya dari Jakarta akan tiba sekitar jam 11.00pm - lama lagi tu. Jadinya untuk mengisi masa saya rencana untuk ke Uluwatu dan Dreamland (last trip tak sempat pergi). Cabaran untuk mendapatkan supir - budget saya cuma Rp200,000/2 person sedangkan harga yang ditawarkan sekitar Rp300,000 - Rp350,000 (sangat mahal, harga untuk satu hari). Bertegang leher di luar bandara tetapi saya tetap tidak berjaya mendapatkan supir yang sanggup membawa kami dengan harga yang saya kehendaki. Elok mahu melangkah keluar dari kawasan bandara saya dihampiri oleh seseorang, beliau offer Rp200,000 untuk ketempat tersebut. Yess, akhirnya.


Pemandangan tanah jawa dari udara. Terlihat 3 puncak gunung yang saya tak tahu apa namanya.

Pelangi petang tiba-tiba muncul di ruang udara Bali.

Sayangnya kegembiraan saya berakhir di situ. Elok aje kenderaan keluar dari bandara hujan turun selebatnya dan menemani sepanjang perjalanan kami ke Dreamland. Hujan, apalah yang boleh dilakukan, betul tak? Saya ambil keputusan untuk cancel ke Dreamland, langsung aje ke Uluwatu dengan harapan matahari akan kembali bersinar dan saya berpeluang untuk melihat sunset di situ. Emmm, kami tiba di Uluwatu sekitar jam 5.45pm. Bayaran masuk untuk Uluwatu Rp20,000; masuk ajelah alang-alang dah sampai. Akur dengan keadaan alam, kami berpayung masuk ke Uluwatu - tiada sunset petang itu (takde rezeki, tak mengapalah). 20 minit kami di situ, saya minta supir kembali sahaja ke bandara walaupun dicadangkan untuk singgah ke Padang-Padang.

Matahari yang malu untuk memunculkan diri huhuhu

Masa masih panjang, adik merayu nak makan nasi (awal-awal lagi saya dah bagitahu, makan aje bekalan makanan yang ada untuk save budget). Haish, kesian lah pula; saya mungkin dah terbiasa dengan corak perjalanan seperti ini (makan hanya sekali sehari). Saya bawa beliau makan di Rest. Ayam Betutu Gilimanuk (Rp58,300/person) - boleh dapat password wifi hehehe. Settle makan, kami lepak aje di bangku luar restoran - terasa lambatnya waktu berlalu.

Sekitar jam 11.30pm, teman-teman tiba dari Jakarta. Perjalanan sebenar bermula; 8 orang kesemuanya. Kami bertolak menuju ke pelabuhan Padang Bay dengan mobil (Rp500,000) dan singgah sebentar di Kuta untuk makan. Tiba di Padang Bay sejam kemudiaanya (sekitar jam 1.30am) dan terus ke loket untuk membeli tiket feri menuju ke Lembar, Lombok dengan harga Rp36,000 dengan perjalanan mengambil masa sekitar 4 - 5 jam bergantung kepada keadaan laut feri itu sendiri.

Simpan baik-baik sebab derang akan check sebelum dibenarkan memasuki feri - kualiti gambar sgt teruk sebab guna camera hp cap ayam je huhuhu.

Diluar agak sesak dan kurang selesa untuk merehatkan diri jadinya kami ambil keputusan untuk menyewa satu bilik (Rp96,000); 8 orang dalam satu bilik, tak ubah macam tin sardin lebih-lebih lagi dengan ruang biliknya yang kecil dan sempit - apa pun dah bersyukur sangat dengan apa yang ada, yang penting dapat merehatkan diri dengan keadaan yang selesa walaupun keadaan agak terbatas.

Malam itu saya memang tidur lena kerana keletihan. Letak aje kepala terus zzzzzzzz dibuai mimpi. Macam mana keadaan tidur dalam feri? Emm, keadaannya sama seperti menaiki keretapi. Terbuai-buai, seperti didodoi-dodoikan (syukur keadaan laut tenang). 

Supir di Bali
I Wayan Jagra
Tel : +6281805581986

*bersambung 

10 comments:

  1. then I got memories crossing from Padangbai to Lembar alone. hiks..

    ReplyDelete
  2. Zilla, saya pun pernah jadi macam tu, salah tgk waktu berlepas. Masa tu flight Jakarta - KL. Saya ingat flight depart jam 9.20, rupanya 6.30pm (kalau tak salah). Tapi nasib baik, saya memang sengaja datang airport awal, konon nak lepak lama-lama sambil tunggu flight, then bila kat airport tu bila check semula terkejut gila bila tengok tiket, sedang elok je waktu dia. kalau saya check lambat sikit, terdamparlah saya sensorang kat jakarta..ahahha

    full trip lombok ni berapa hari ye? huhu jeles2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, nasibkan nak gerak awal?kalau tidak harulah hehehe..

      haish, saya ne kan ET memang ada masalah utk mengingat tentang tarikh dan masa hehehe.biasanya ada orang yg tolong ingatkan, kali ini takde.travel partner pun dok ikut aje, inilah jadinya :D

      lombok cuma 4D 3N, selebihnya saya bergerak ke tanah jawa...sayangnya, banyak lagi tempat saya tak sempat nak explore di Lombok.I'Allah ada rezeki, nak repeat lagi..

      Delete
  3. firstly nak cakap, I jealous!!! punyalah I teringin giler nak ke lombok, plan yang dibuat pun berkecai... sedih, huhuhu... pape pun tak sabar nak baca.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne, jgn jeles2..nanti kita p lagi ekk?hehehe.ura2 AA nak buka route KL - Lombok, jadinya bila tiba saat itu jgn lupa rembat tix. cuma kalau nak lebih adventure saya cadangkan p/balik dari Bali..sangat menduga jiwa dan raga hehehe

      Delete
    2. A'ah, AA ada hantar email pasal new route tu, cuma x sure bila nk commence. i plan pegi direct ke lombok, balik ikut bali...
      wah, macam tak puas je ke lombok hari tu? ekeke... jom aje... ;-)

      Delete
  4. Cantik-cantik sangat pic kk, cepatlah sambungannya penasaran neh,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mita..I'Allah akan update secepat mungkin (hakikatnya malas sgt ni) :)

      Delete
  5. Sekarang AA dah ade terus ke lombok kan? So sila repeat :)

    ReplyDelete