Lombok Ceria : Part I
Kami tiba di pelabuhan Lembar sekitar jam 8.00am. Pemandangan waktu feri memasuki Lembar sangat mempersonakan tetapi sayangnya waktu ini kami sudah pun bersiap untuk turun ke ruangan bawah feri (pintu keluar) jadinya tiada sebarang gambar sempat saya ambil (kalau ada rezeki memang nak repeat). Ketibaan kami di Lembar disambut oleh Pak Miswan, supir kami sepanjang kami berada di Lombok. Harga untuk transport, Rp500,000 bergantung kepada destinasi..
Credit : Lonely Planet
Di atas paper, destinasi kami di hari ini adalah Pantai Tangsi, Tanjung Ringgit, Pantai Kuta, Tanjung An, Desa Sade dan Sengigigi tetapi terdapat sedikit perubahan menjadi Pantai Cemara, Pantai Tangsi, Desa Sade, Tanjung An, Pantai Kuta dan Senggigi.
Pantai Cemara
Terletak di Lombok Timur dengan perjalanan mengambil masa sekitar 2-3jam dari pelabuhan Lembar. Memang pada asalnya tiada dalam perancangan untuk ke sini, kebetulan kami tersesat mencari arah ke Tanjung Ringgit. Dari kejauhan lagi, saya dah terasa teruja (terasa seperti di NZ, sungguh saya tak tipu) dan bila big boss bertanyakan mahu singgah atau pun tidak, sudah tentu jawapannya "mahu!!!". Pemandanganya memang superb, tak tahu saya nak luahkan bagaimana - harus ke sini untuk lalui pengalamannya.
Layan gambar...
Pantai Tangsi
Seterusnya kami menuju ke Pantai Tangsi. Perjalanan agak mencabar kerana kurangnya penunjuk arah; kami bergerak berdasarkan panduan dari penduduk tempatan. Selain daripada itu keadaan muka buminya yang berbukit dan keadaan jalan raya yang kurang baik juga menjadikan perjalanan menjadi lambat. Walau bagaimana pun, apabila melihat keadaan laut yang terbentang luas, apa yang kami tempuhi saya rasa amat berbaloi. Jika di Cemara, angin bertiup kenyang tetapi di Tangsi keadaannya jauh lebih tenang kerana kedudukannya yang terletak di teluk. Air sangat jernih dan cetek (surut) hingga ada sesetengah tempat karang (coral) timbul dipermukaan. Tak payah nak bersusah payah bersnorkeling bagai untuk melihat coral hehehe - kalau tidak, sayalah orang pertama yang akan tarik diri :D.
Pantai Tangsi ini juga dikenali sebagai Pantai Pink; letaknya pertengahan perjalanan menuju ke Tanjung Ringgit. Kenapa digelar pantai Pink? Ya, sudah tentu kerana pasirnya yang berwarna pink. Katanya ianya terhasil daripada pecahan haiwan karangan berwarna pink/merah yang populasinya banyak terdapat di dasar laut pantai Tangsi.
Layan gambar lagi..
*bersambung lagi..
cantik gak lombok.. igt cam kawasan pendalaman yg x de ape2...
ReplyDeletehehehe..biasalah tu, saya faham ;)
Deletesuasananya lebih kurang macam di kg2 di Msia; rasanya takde beza pun :)
zila,
ReplyDeletetempat dia cantik..tapi lombok ni underrated sikit kan berbanding bali.
dzuchan, bergantung kepada kita mahu menilainya bagaimana.secara peribadi, saya beranggap lombok better than bali :)
DeleteSubhanallah kak zilla, keren abis pic nya... pengen banget kesana, huhuhu
ReplyDeleteakhirnya mita, saya sudah pandai menyebut 'keren' dengan nahu yang sebetulnya hehehe..yukkk, kesana ajelah, apa tunggu lagi :)
Delete*ternate, mahu?
wa..pi Lombok..menarik pemandangan di sana
ReplyDeleteidea tiba2 aje ini, Alin. Syukur krana berksempatan di sana walaupun byk sgt dugaannya :)
Deletewah.. superb pantai lombok.. sejak baca novel 'matahari diatas gili'.. terus simpan impian nak snorkel kat sana.. tah bila akan tercapai kan... huhhu..
ReplyDeletematahari di atas gili?novel lamakah ini?harus saya cari hehehe.. I'Allah satu hari nanti, sure hajat awak tercapai :)
Deletelama gak la.. karya lintang sugianto.. under novel PTS kot.. ingat ingat lupa
DeleteMaha Suci Allah...indahnya...
ReplyDeleteKak Ruzi,sempurnanya ciptaan Ilahi...
DeleteLove all your photos dear!
ReplyDeleteTerima kasih, TK :)
Deletesantekk ye gambar..
ReplyDeleteSemoga Lombok terus bagus begini ya, supaya tidak seperti Bali :D
ReplyDeletegood pict anyway Zilla! I miss Lombok :(
akuyerbloG, terima kasih :)
ReplyDeleteblogtotrip, ia harapan saya juga sebegitu :)