Pages

Monday, July 30, 2012

Lombok Ceria : Part III


Masih lagi di hari pertama di tanah Lombok.


Antara pemandangan yang ada di sepanjang perjalanan...


Desa Sasak Sade
Dari Pantai Tangsi kami menuju ke Desa Sasak Sade yang terletak di Lombok tengah. Perjalanan yang agak jauh; bangun - tidur - bangun - tidur, aktiviti wajib yang kami lakukan. Tiada bayaran masuk yang dikenakan tetapi kami perlu memberikan 'sedekah' tidak kira berapa jumlahnya (bergantung kepada keikhlasan masing-masing) dan mengisi buku lawatan yang disediakan. Free guide juga disediakan. Mengikut dari info yang diberikan oleh guide (lupa namanya siapa) penduduk desa ini berjumlah 300 orang. Satu yang menarik, beliau pernah bekerja selama 10 tahun di Malay-sie (huhuhu~ harusnya Malay-sia).

"Suku Sasak dikenal dengan keyakinan Wektu Telu iaitu kepercayaan Islam yang memiliki unsur-unsur Hindu, Buddha, dan kepercayaan tradisional kuno yang lain. Walaupun suku Sasak memeluk keyakinan Wektu Telu tetapi mereka tetap melaksanakan salat wajib lima waktu. Ada juga minoritas kecil memeluk keyakinan yang disebut Bodha yaitu kepercayaan animisme dan Buddhisme. Dua kelompok agama ini hidup harmonis bermasyarakat" *sumber Indonesia Travel

Beliau juga ada menyentuh mengenai adat 'melarikan anak gadis'. Katanya memang menjadi adat bagi mereka untuk melarikan anak gadis untuk dijadikan sebagai isteri. Proses peminangan dan sebagainya jika dilakukan oleh mereka seolah-oleh merupakan satu penghinaan terhadap wanita itu sendiri. 

Terdapat 3 buah rumah adat iaitu bale tani, lumbung dan bale kodong. Saya berpeluang untuk masuk ke dalam salah satu rumah adat yang ada di desa ini yang dikenali sebagai bale tani. Uniknya rumah ini, ruangnya adalah amat terhad dengan sebuah pintu yang bersaiz kecil (ngam2 untuk dilalui oleh seseorang yang bersaiz sederhana) dengan diruangan belakang terdapat dapur dan sebuah bilik untuk anak gadis. Bilik ini akan dikongsi dengan seramai mana anak gadis yang ada dalam sesebuah keluarga (melihatkan kepada keadaannya, bersyukur dengan apa yang saya ada saat ini).

Bagi rumah adat 'lumbung', ianya digunakan sebagai tempat untuk menyimpan padi dan kedudukannya di ruangan atas rumah bagi mengelak terkena banjir dan ancaman tikus dan kebiasaannya ia di kongsi bersama-sama 5 keluarga yang lain. Manakala rumah ada bale kodong biasanya dihuni oleh pasangan pengantin baru ~ untuk lebih info mengenainya boleh baca di sini Rumah Adat Sasak.

                



Aktiviti tenunan merupakan antara kemahiran wajib yang harus dipelajari oleh kaum wanita. Menurut guide "selagi tak mahir menenun wanita tersebut tidak boleh berkawin"..emmm...


Seketika kami di Desa Sade dan perjalanan kembali diteruskan. Perjalanan yang agak melelahkan kerana lokasinya yang jauh. Destinasi seterusnya Tanjung Aan, bila dah tiba kami tak turun pun. Kepenatan tahap maksima ~ dengan badan yang melekit (terakhir mandi waktu di Msia + kelaparan). Dari Tanjung Aan kami menuju pula ke pantai Kuta (ingat Bali aje ada Kuta?hehehe). Berbeza senario dengan Kuta, Bali (mata terawat di sini :D). Saya sukakan suasana di sini; aman dan damai.
Pantai Kuta, Lombok. Dah lewat petang waktu ini, lepak sekejap aje (sekitar 10 minit) sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk bergerak mencari makan.

Layan sunset dari dalam mobil sahaja. Lokasi di Praya.

Akhirnya kami singgah makan di RM. Cahaya ~ Nasi balap (antara fav saya ini - satu set Rp15,500). Sedap giler ok. Ada sambal kering (seperti suhun), ayam sambal kot (tak tahulah apa namanya), ayam goreng dan belahan limau. Paling saya suka sambal kering tu. Sekali masuk, ok lagi. Bila makin banyak yang masuk perut, makin terserlah kepedasannya. Semalaman perut saya kepanasan tetapi yang menghairan takdelah pula sakit perutnya :D. Lokasi restoran ini berhadapan dengan airport, Lombok (harus try kalau ke Lombok).
Gedang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati - dah tentulah kan? Dari Praya kami menuju pula ke Senggigi - bermalam di situ. Memang kami tidak membuat tempahan sebarang penginapan di sini. Malam itu kami bermalam di Hotel Elen, Senggigi dengan tarif Rp100,000/night. Alhamdulillah, happy sangatlah dengan apa yang ada (kami berhadapan dengan masalah tekanan air paip huhuhu), skurang-kurangnya dapat mandi, solat dan merehatkan diri sebelum perjalanan di sambung ke Gili.

*bersambung.

6 comments:

  1. no wonder la diorang amat terkenal dengan suka melarikan anak gadis..
    adat rupenye...hmmm

    ReplyDelete
  2. gmbr kat atas skali mcm rmh kat afrika pun ada zilla.........gmbr nasik 2 bikin kerongkongku dgn dadaku sesak bulan2 posa niiii.....

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  3. sangat cantik pict2 yg di snap..

    ReplyDelete
  4. u must try to raja ampat and jayapura, papua.. best giler..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete