Hari terakhir di tahun 2012. Esok dah 1 Januari 2013. Bila fikir-fikir balik, kejapnya masa berlalu; umur pun makin bertambah..Emmm...
Azam 2012? Alhamdulillah, hampir tercapai kesemuanya kecuali satu. Haih, tak nak lah fikir tang satu tu. Ada, adalah. Kalau takde pun, hidup tetap perlu diteruskan. Nak meratap tangis sampai jadi macam Kasim Selamat pun tak guna jugakan selagi masanya belum tiba hehehe. Azam 2013? Entahlah, malas rasanya nak pasang azam :D.
Berbalik kepada 2012; kita cerita bab jalan-jalan sajalah ya
Cuti-cuti Malaysia. Jarang sangat saya bercerita mengenai keindahan negara sendiri, kan? Tidak bermakna saya tidak jalan-jalan di tempat sendiri. Cuma aktiviti ini banyak dilakukan dengan family dan saya rasa tak perlulah saya kongsikan di sini. Biarlah ianya menjadi kenangan buat kami sekeluarga. Tahun ini juga saya kembali aktif dengan aktiviti-aktiviti bercorak extreme. Ada antaranya yang saya tidak sharekan pun di sini atas sebab malas :D. Syukur bila dapat berkenalan dan bertemankan teman-teman yang mempunyai minat yang hampir sama. Kadangkala kita tak tahu tahap kemampuan kita ditakuk mana selagi tidak mencubanya. Satu yang saya belajar melalui mereka-mereka ini "jangan sesekali berkata TIDAK selagi belum mencuba". Untuk mereka-mereka yang berkenaan, terima kasih tak terhingga kerana berani mencabar diri ini hehehe. Apa pun, semuanya akan menjadi kenangan terindah buat saya. Kenangan yang akan terus saya kenang selagi hayat dikandung badan.
Untuk 2013, rasanya macam nak belajar berenang ajelah. Ehh, ini bukan azam ya tetapi lebih kepada impian. Kiranya, saya dah nekad habis ne ;-). Err apa beza antara azam dan impian? Sila cari sendirilah perbezaannya, malas nak cerita panjang lebar. Bab jalan-jalan
Rasanya tak payahlah saya nak membebel yang bukan-bukan. Sebagai penutup, sengaja saya share beberapa keping gambar fav saya
@ Kawah Ijen *Picture - credit to Anhar
@ Patuxai. *Picture - credit to mofu
Buat semua, Selamat Tahun Baru 2013 - yeayyyyy!!!
Buat semua, Selamat Tahun Baru 2013 - yeayyyyy!!!
Jaga diri, hiasi peribadi dan enjoyyyyy!!! :D
semuga tahun 2013 membawa lebih keberkatan untuk Zilla...insya Allah!
ReplyDeleteselamat tahun nekcik..
Deletesaya mendoakan yang terbaik juga buat, akak :)
samalah macam aku zilla, rasa macam nak belajar berenang jugak.payahlah bila pergi main air tak reti berenang, heheh...nway, selamat tahun baru!
ReplyDeletehahaha..rupa2nya ramai yang tak tau berenang ne :D moga pandai berenang jugalah di tahun 2013 ne, ye?? hehehe
Delete*selamat tahun baru! :D
selamat tahun baru zilla! semoga tahun baru 2013, awak nnt akan pandai berenang. InsyaALLAH.
ReplyDeletehahaha..ye,terima kasih..selamat tahun baru, John err Henry Fox (tukar nama lagi??ish3 :D)
Deletezilla,
ReplyDeleteselamat tahun baru.
kita pun macam nak belajar berenang gak la tahun ni.. tiap-tiap tahun pergi pantai takat main kat gigi air jer. sedeh.
selamat tahun baru, syieda...
Deletehehehe, gigi air pun ok apa?? :D
Selamat melangkah ke tahun baru 2013! Semoga langkah kita makin luas untuk meneroka bumi Allah!
ReplyDeleteAmin!!! Selamat tahun Janggel :)
Deletecam sama jer impian nak belajar berenang tu.. hehe.
ReplyDeleteanyway, selamat tahun baru, zilla..
moga2 tahun depan lagi banyak tempat baru yang berjaya diterokai, insya Allah
Amin!! Trima kasih anne dan selamat tahun baru :)
DeleteZila.... Epi new yearrr nk belajar berenang yer bagus tu i sokong sbb berenang baik utk organ dalaman :-) dh lama x masuk pool baju renang masih elok dlm lipatan :-) . X sabar nk baca entry travel tuk thn baru :-)
ReplyDeletehehehe.hepi new year, Jarimanis :)
DeleteSelamat Tahun Baru....Meh2 jom belajar berenang, nanti leh join kitorang diving, syokkk,hhehe. Anyway have a blast year ahead k.lg...=]
ReplyDeletehahaha..ayat memang tak boleh blah.cuma bab yang ini perlu p bertapa dululah pijah utk cari kekuatan :D
Delete