Pages

Wednesday, January 2, 2013

Gunungkidul : Part II - Bandung

Gunungkidul : Part I - Jakarta

Orang kata view Jakarta - Bandung dengan menaiki train adalah sangat cantik.

Saya pula kata "tidur jauh lebih indah dari itu semua.." hehehe

Letak aje montot, terus saya hanyut. Tak tahulah macam mana boleh sedar; tau-tau ada bistik daging - nyum nyum!! yang diorder oleh tasyha (tq beb!) - menu wajib kitaorang tiap kali menaiki train di tanah jawa.

Perut kenyang - lalala - saya sambung balik tidur.

Sedar-sedar; lihat keluar. Cantik!! Lepas tu membuter lagi...

Tiba di Bandung train station sekitar jam 9.15am. Titipkan (simpan) beg di kaunter titipan barangan terus kami bergerak ke Pasar Baru. Ada barangan yang perlu kami cari di sini. Melangkah keluar, barangan pertama yang kami beli, simcard.

"...mas, jangan lupa ambil saya di pintu selatan, stasiun keretapi Bandung..." sms pertama untuk driver minivan yang akan membawa saya ke Jogja

"...ia Zilla, kita ketemu jam 5 sore di sana.." - lega bila dapat balasan darinya.

Masa yang ada memang kami habiskan di Pasar Baru sahaja kerana ada barangan penting yang perlu kami cari di sini. Sekitar jam 2.++pm, kami kembali bergerak ke stasiun.

Hujan lebat dan ribut petir di Bandung saat ini. Sampai satu saat, kami ambil keputusan untuk redah sahaja hujan.

Bertapa pula di stasiun keretapi. Hujan semakin lebat dan kilat sabung-menyabung semakin galak hadirnya. Dengan keadaan baju yang lembab, saya ambil keputusan untuk mandi.

"..mas, di mana kamar mandinya ya..?"

"...berdekatan musholla..."

Untuk itu saya tinggalkan barangan pada tasyha sementara saya mengambil peluang untuk membersihkan diri.

"...pak, bisa saya mandi di sini?..."

"...di sini enggak bisa mandi, mbak. cuba ke pintu utara, ada kamar mandi di sana..."

Dah pula. Oklah, sebab nak sangat mandi saya sangguplah bersusah sedikit. Sedang elok saya menyarung sandal di kaki, kepala saya disigung (erk!betul ke ejaan ini) oleh seorang nyonya manis. Separuh tudung saya melurut ke bawah, kepala sakit. Saya betulkan tudung dan saya pandang pada mbak tersebut. Sepatah ungkapan maaf pun takde. Hohoho! Oklah, saya malas nak panjang cerita. Saya ditempat orang, jadinya mengalah ajelah huhuhu. Terus saya bergerak menuju ke pintu utara. 2x turun naik train untuk melintas (sapa-sapa pernah berada di sini sure tahu keadaannya macam mana). Tiba di toilet pintu utara..

"maaf mbak, di sini nggak bisa mandi. ke pintu selatan aje mbak, di situ bisa mandi.."

Saya dah separa bengang tapi macam yang saya dah katakan, saya tak boleh nak marah-marah sebab saya berada di tempat orang.

"...tapi mas tadi saya ke pintu selatan, katanya harus ke sini. saat di sini kenapa pula saya harus kembali ke pintu selatan? kenapa infonya tidak selari, mas? saya capek. sebentar di sini, sebentar di sana..."

Mamat tu diam aje bila saya dah start melahirkan kekesalannya. Selepas itu, saya kembali semula ke pintu selatan untuk mencuba 'skill merayu dendam' hoh!

"..pak,saya capek..izinkan saya mandi di sini..udah 2 hari saya tak mandi, pak..saya udah ke pintu utara seperti saranan bapak..tapi bila di sana saya dipinta kembali ke sini. Sebenarnya apa ini pak?...bla..bla..bla". Bapak itu diam aje, hinggalah..

"kamu tunggu sebentar, di dalamnya masih ramai. jika sudah kosong nanti, kamu masuk..mandi ajalah di situ.." wahhh, happy giler time ne. Tak sia-sia saya merayu hehehe; memang saya terhutang budi dengan bapak ini. Mandi dan solat semuanya, saya kembali kepada tasyha. Sekali lagi saya sms driver minivan untuk mengingatkannya.

Sekitar 4.++pm, family tasyha tiba dengan supir. Masanya untuk berpisah dengan tasyha. Beliau meneruskan percutiannya di Bandung bersama family dan saya akan kembali solo sehingga bertemu dengan teman-teman di Jogja.

Jam 5.00pm, "...mas, di mana ini..."

"...iya, agak terlambat ya jemputnya.karena mobil terlambat datang dari Tasikmalaya..."

6.00pm, masih tak nampak bayang. Saya sms lagi...

"...jam 6.semua gitu juga...".

Menunggu lagi (saya benci menunggu!!!). Hujan di luar semakin lebat. Sehingga jam 7.00pm, masih juga tak kelihatan. Hati dah risau dan takut. Stasiun pula semakin kosong.

7.50pm, saya tergerak hati untuk bertanya di kaunter pertanyaan stasiun sambil berharap akan berlaku keajaiban. Waktu ini, kalau tiada tiket trainnya, saya nekad untuk cancel ke Gunungkidul kerana saya tahu saya tidak akan sempat mengejar waktu dan tiba on time.

"...ada 2 kekosongan lagi mbak... ke loket secepatnya mbak sebelum dibeli oleh orang lain"

Apa lagi, dah tak kira malu ke apa saya berlari ke loket. Mujur cuma ada seorang customer sahaja saat itu.

"....mas, kenapa jadi begini ya? Siang tadi saya bertanya katanya tiket udah sold out..."

"memang peraturannya begini mbak...kami akan reserve beberapa seat dan akan dibuka penjualannya di saat akhir..tiket ke Jogja udah sold out dari tanggal 12 Dec...bla..bla..bla..mbak langsung ke jalur 6 ya, keretanya sudah tersedia untuk berangkat..."

Waktu ini, rasa nak menangis dan sujud syukur  untuk semuanya. Saya sms driver minivan untuk memaklumkan pembatalan saya menggunakan servicenya. Waktu di gate pemeriksaan, time inilah passport saya tidak kelihatan hingga saya perlu memunggah kesemua barangan dalam beg keluar. Alih-alih, passport elok aje berada di tempat yang sepatutnya  - saya benci berada di dalam keadaan yang kelam-kabut seperti ini. Jadinya, petang itu melayang Rp305,000 untuk sekeping tiket keretapi, excutive class, jurusan Bandung - Jogja. Tak mengapalah, yang penting saya sedang menuju ke Jogja - Alhmadulillah, syukran!!

Sepanjang perjalanan saya memang tak sedar apa. Pengsan akibat kepenatan fizikal dan mental. Mujurlah ibu disebelah mengejutkan saya.

Welcome to Joja.

Tepat 4.43am, saya tiba di stasiun keretapi tugu. Kepenatan masih bersisa, lutut separa mengigil kerana kelaparan. Ingatkan nak ambil becak aje ke Cassa Raffles bertemu teman-teman tetapi apabila dikerumuni oleh driver teksi dan becak saya jadi rimas. Dalam usaha melarikan diri dari mereka ini "gedebukkkkk!!" tersungkur di atas landasan keretapi waktu ingin menyeberanginya untuk menuju ke Jl. Malioboro. Sakit ok!! Barangan di tangan dah bersepah sebab plastik bag terkoyak.

"mbak, lain kali lihatnya guna mata bukan lutut...." siap bantai gelakkan saya lagi tu huhuhu..rasa macam nak m*k* aje. "gara-gara koranglah aku tersungkur tau!!!" - dalam hati ajelah hehehe; sendiri yang silap, kan? huhuhu

Dalam sakit saya sendiri meredah Jl. Malioboro. Risau juga sebab hari pun masih gelap, suasana pun agak sunyi. Lihat dari map, katanya hostel hanya 500m dari post office tetapi nan-ado. Saya singgah solat di salah satu masjid yang terletak berdekatan dengan Kauman Village. Waktu mengambil wuduk, dah perasaan dah 'kamar mandi' berdekatan kawasan ambil wuduk hihihi. Lepas solat, buat-buatlah bertanya (budi bahasa amalan kita, cewahh!! :D)

"...mas, kamar mandi itu bisa digunakan?..." - macam  bodoh aje soalan ini hahaha

"nggak bisa!!" - wahh sombong banget ini; ada aku kisah hehehe. saya ambil barangan yang perlu, line pun clear..apa lagi...

Settle semuanya, terus bergerak ke Cassa Raffles. Kedatangan saya disambut oleh Sari (saya kenal dengannya melalui email). Borak-borak dengan Sari, oleh kerana saya tidak sempat pun bermalam di situ jadinya saya tidak perlu membuat apa-apa pembayaran walaupun saya booking bilik untuk 4 orang. Tepat jam 7.15am, kami pun berangkat ke Gua Jomblang dengan supir (Rp250,000/one way) diuruskan oleh Pak Cahyo; pemilik Jomblang Resort.

* camera hanya saya gunakan waktu ke Gunungkidul. Jadinya, untuk entry kali ini memang takde sekeping pun gambar hehehe.
** bersambung untuk aktiviti caving Gua Jomblang dan tubing Gua Pindul.

10 comments:

  1. erm... saya belum habis fikir bila terkenangkan awak zilla... aduh kalau saya ditempat awak x tahulah... nanges tak berlagu kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. err terkenangkan saya? tentang apa tu? musykil ne hehehe..mau tak nangis PM..dalam hati, siap meraung bagai tau tapi ia ialah, harus control macho..jgn lihatkan kelemahan kita kalau ditempat orang wpun hati dah sekecut hati tikus ;)

      Delete
  2. Replies
    1. harus kak..keretapi lebih efisien berbandung public transport lain yg ada di sana kak

      Delete
  3. perjalanan penuh liku.. namun tengah2 tu dah terasa manisnya... cepat2 sambung.. nak ambik mood ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab sambung menyambung tu harus tgk mood dululah hehehe

      Delete
  4. terernyer ko speaking indon,heheh...seriusly, aku pun kalau bab menunggu untuk kes cam gini memang tak tahan.mesti tak senang duduk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. keh3...

      bf saya org sana, harus belajarlah utk itu *oppps!! :D sebenarnya saya main taram aje..asalkan 'ko faham, aku pun faham' - itu dah memadai bagi sya :)

      Delete
  5. Wah dah bunyi macam warga indon ngomongnya .. haha
    teruskan!

    ReplyDelete