Gunungkidul : Part I - Jakarta
Monday, December 31, 2012
Sebelum berangkat
Maaf, entry kali ini sangat panjang...
Terlalu banyak cabaran yang kami tempuhi sebelum berjaya tiba di Gunungkidul itu sendiri. Kesilapan terbesar yang saya lakukan adalah tidak memeriksa kalendar cuti umum bagi warga tanah Jawa. Tak tahulah macam mana boleh terlupa hinggakan apa yang berlaku turut memberi kesan kepada kawan-kawan lain yang turut serta dalam trip kali ini (maaf ya kawan-kawan untuk ini huhuhu).

Awalnya, saya dah pun membeli tiket pesawat Tiger Airways, Kuala Lumpur - Jakarta bersama-sama Izza dibelah petang manakala 2 lagi teman berangkat dibelah paginya. 2 minggu sebelum berangkat, saya mendapat arahan untuk outstation. Aduh, pening kepala.
Saya cuma ada 2 options:
A : kekal pada date yang asal dan pulang ke Malaysia sejurus sahaja aktiviti di Gua Pindul (24hb); atau
B : kekal pada date yang asal tetapi perlu mencari tiket baru (last flight) dan saya bisa apply cuti untuk tanggal 24hb
Dalam edisi memecah kepala untuk membuat keputusan terbaik, tasyha memberikan info ada tiket murah ke Jakarta dengan menaiki pesawat AA (tak sampai RM80/one way). Apa lagi, terus saya minta beliau membelikan tiket tersebut; last flight dari Kuala Lumpur. Ada rezeki untuk saya mengikuti teman-teman menjelajah Gunungkidul.
Dalam pada itu, saya dan Izza menerima email dari Tiger Airways, flight kami telah diawalkan 15 minit dari yang dijadualkan (hahaha! 15min aje?? huhuhu) - mujur saya dah rembat tiket baru saat ini. Izza, nekad untuk call Tiger Airways, dan tak tahulah apa kata-kata manis yang telah dikeluarkan beliau berjaya menukar ke flight pagi bersama-sama dengan yang lain tanpa sebarang charge tambahan. Alhamdulillah, lega. At least, saya tak risau membiarkan Izza terbang sendirian ke Jakarta.

Flight settle.
Next, transport ke Jogja.
Haih, masing-masing menghadapi masalah untuk membuat pembayaran secara online di website keretapi Indonesia. Akibatnya, bye bye to train. Hohoho!
Apa lagi option yang ada?
Pesawat?
Google punya google, rata-rata harga direct flight Jakarta - Jogja mencecah Rp700,000 dan ke atas. Hohoho! Cancel flight, duit takde!
Akhirnya, last option yang ada bus/bis.
Naik bus ke Jogja? Alamak, mesti kematu montot. Giler jauh tu. Rata-rata respon yang saya dapat mengenai bus di tanah jawa amatlah kurang memberangsangkan. Tetapi itu sahaja pilihan yang ada. Call sana-sini; semuanya dah sold out!! Last nombor yang saya dail, Kramat Djati. Merekalah yang memberikan nombor telefon Rahayu Travel untuk bertanyakan soal tiket. Bercakap dengan PAK ADY, masih ada seat kosong ke Jogja dengan jadual keberangkatan 3.30pm dan dijangka tiba jam 7.00am di Jogja. Alang-alang dah ada, saya terus booking 3 tempat.
Settle kisah teman-teman.
Kembali kepada saya. Direct bus/train memang dah sold out untuk tarikh keberangkatan saya ke Jogja. Option yang ada turun ke Bandung kerana tiket train masih available (Rp80,000 + Rp7,500 (service charge)). Sekali lagi, tasyha memainkan peranan (cewah), berjaga malam dan berjaya mendapatkan tiket train ke Bandung.
Masalah lagi. Dari Bandung ke Jogja nak naik apa? Tiket train awal-awal lagi dah sold out. Saya call semua company bus yang memiliki jalur ke Jogja juga dah sold out. Hasil google sana-sini, saya berjaya memperolehi info ada minivan ke Jogja melalui Tasik Malaya. Berjaya juga saya booking satu seat - tetapi hati masih juga was-was; macam ada something akan jadi sahaja.
Untuk itu saya mencari option lain ke Jogja. Kononnya, back up plan lah huhuhu. Godek punya godek, hanya tiket train dari Bandung - Tasik Malaya (A) dan Tasik Malaya - Jogja (B) sahaja yang masih available. Masalahnya jarak waktu ketibaan dari A dan keberangkatan B cuma 4 minit sahaja selisih waktunya. Kalau terlepas train B, tersadailah saya di Tasik Malaya meraung sampai lebam huhuhu. Saya try cari info mengenai bas Bandung - Tasik Malaya, perjalanan hanya memakan masa 2jam tetapi dalam tarikh itu (waktu liburan di sana), perjalanan bisa mencecah 7jam! Aduh, serius saya pening. Setelah difikir semasaknya, saya pasrah. Cancel ke Tasik Malaya dan saya kekal dengan tiket minivan yang ada (moga-moga tiada masalah yang akan timbul huhuhu).

Route kami sebenarnya berbeza-beza; lebih kurang macam ini:
A - Izza dan PM : Jakarta - Jogjakarta - Gunungkidul - Jakarta
B - saya : Jakarta - Bandung - Jogjakarta - Gunungkidul - Solo (Surakarta)
C - Anne : Jakarta - Jogjakarta - Gunungkidul - Semarang
Hari keberangkatan, 21hb
Sekitar jam 3.++am, saya dapat call dari Anne yang berada di Jakarta.
"Zilla, PAK ADY dah jual tiket pada orang lain....Kami terperangkap dalam banjir kilat di Rawamangun"
"kenapa dia jual?!!!!"
Saya panic, nak menangis pun ada. Ya Allah, apa hikmah semua ini? 2 hari sekali saya call PAK ADY untuk memastikan tiket tidak dijualkan. Pagi itu pun, saya call dan katanya "tiket tersedia...". Tetapi apa dah jadi ini? Semuanya hampehhh belaka!! Mujur saat itu saya ada di depan komputer, saya google untuk contact nombor bas terminal yang ada di Jakarta. Saya call setiap nombor yang ada. Sayangnya tiket semua dah sold out!! Kalau ada pun cuma 1 atau 2 seat sahaja. Tak tergambar rasa saya saat itu - rasa bersalah sangat dengan teman-teman. Saya sms Anne tapi tak berjawab. Hinggalah tiba-tiba, sms masuk "kami berjaya dapat tiket ke Jogja.." Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat-sangat dan saya harap perjalanan mereka berjalan lancar.
Kembali kepada saya, sekitar jam 8.00am, saya bertemu tasyha di Shell berdekatan Bukit Puchong. Hujan lebat saat ini dan kami berharap flight akan delay. Sayangnya masuk area Dengkil, takde pun hujan. Hari makin lewat dan masing-masing berharap bisa tiba sebelum gate close. Alhamdulillah, walaupun agak kelam-kabut, kami berjaya mengejar masa.
Elok menunggu di waiting room, tiba-tiba kedengaran pengumuman pesawat delay dari 10.15pm ke jam 12.30am. Hah, ko nak sangat delay, kan? hehehe. Dah bertapalah pulak di situ. Dapatlah sebiji McChicken dan sebotol air mineral free dari AA huhuhu. Bukan sahaja kami yang menerima nasib seperti itu, pesawat ke Bandung juga turut mengalami nasib yang sama.
On time, kami berlepas ke Jakarta dan tiba di Terminal 3 tepat jam 2.25am (hari ini dalam sejarah!!). Damri bus memang tidak kelihatan saat ini dan dijangka beroperasi semula sekitar jam 6.30am. Yang ada cuma shuttle bus - tak guna juga sebab damri bus ke Gambir masih belum beroperasi. Kami mengambil keputusan untuk lepak sekejap di T3 sebelum angkat kaki ke stesen keretapi Gambir kerana rimas dengan kerenah seseorang.
Try tanya harga teksi (bukan bluebird) yang ada, mereka offer Rp150,000 - harga termasuk parking, tol dan upah untuk security guard yang 'kononnya' membantu kami mendapatkan teksi. Hah? Apa kes sampai upah security guard pun kami kena bayar? Walhal kitaorang dah survey tambang teksi cuma di sekitar Rp85,000 - Rp100,000 sahaja. Jenuhlah pulak nak melawan kerenah mereka ini. Saat kami mengambil keputusan untuk angkat kaki dari mereka ini, tiba-tiba sebuah taxi bluebird masuk - tak tunggu lagilah. Mujur beliau guna meter, kalau tak sure kena ketuklah.
Sembang-sembang dengan bapak driver teksi, rupa-rupanya harga Rp150,000 yang ditawarkan oleh pemandu-pemandu teksi sebelum ini adalah untuk seorang dan bukannya perteksi. Fuhhh, makin baran mendengarnya!! Mujurlah kami berkeras, kalau tidak melayang Rp300,000 untuk teksi sahaja huhuhu. Traffic agak clear pagi tu dan kami tiba di Gambir sekitar jam 4.++am. Masih ada waktu untuk melepaskan lelah kerana kaunter tiket hanya akan dibuka pada jam 5.00am. Kami cuba untuk melelapkan mata di kaki lima train station, baru nak terlelap tiba-tiba lampu terpasang. Adui, tak boleh tahan! Mujurlah tiba-tiba kelihatan ada 2 bangku kosong, kami lepak di situ, bergilir-gilir melepaskan lelah. Sekitar jam 5.00am, saya terus beratur untuk menukar resit pembelian kepada tiket. Selesai semuanya, kami terus ke coach dan tepat jam 5.55am, kami berangkat menuju ke Bandung. Masa untuk zzzzzzzzzzzz...
Jika membuat pembelian tiket secara online di kereta-api.co.id, pastikan resit ini dicetak kerana ianya diperlukan untuk ditukarkan kepada tiket. Untuk urusan ini, passport tidak perlu dikemukakan di kaunter tetapi tiket dan passport perlu dikemukakan bersama sewaktu ingin melepasi pintu masuk ke jalur keretapi masing-masing.
* bersambung
6 comments
banyak betul dugaan...
ReplyDeleteitulah dianya wanie..hingga hari terakhir pun, macam2 yang berlaku.tapi bila dikenang balik, tertawa sendiri dibuatnya :)
ReplyDeletedugaan yang bila dikenang balik, boleh tersengih sorang2.. alhamdulillah, semuanya selamat..
ReplyDeletehehe.sampai la ne pun saya tak boleh nak lupa apa yg jadi kat sana, anne..bila teringat, saya layan balik video mas lilik tu, ketawa saya dibuatnya..masing2 dah ala2 reporter tak bertauliah, sian mas lilik kita kerjakan :D
Deletezilla.. banyakkan dugaan kita.. Tapi nasib kita semua baik dan orang sekeliling pun baik2 belaka.. Alhamdulillah. Sebenarnya sy dan nani pun ade pengalaman sendiri masa di airport masa nak balik ke Malaysia.. Harus sujud syukur smpai ke Malaysia.. haha
ReplyDeletekorang tak tertinggal flight, kan?hehehe.sorrylah tak follow up dgn korang time tu.kredit takde.saya cuma sempat bersms dgn anne aje malam tu sebab takut stay di hotel mak ayam.nanti saya citer detail pasal ini.hehehe
Delete