Sumut 2016 : Menu Mewah Di Tengah Belantara, Tangkahan

Tuesday, November 01, 2016

Hah, tonggang-langgang entry berkenaan Sumatera Utara. Takde idea kenapa saya tidak menulis mengikut hari :D

2 hari di Tangkahan berat badan memang confirm naik. Mana taknya, breakfast pun belum hadam sepenuhnya dah dipaksa untuk makan tengahari. Tu belum makan malam lagi; memang terasa 'sengkak' perut dibuatnya. Tidur pun dalam kekenyangan tau!

Waktu kami dihidangkan dengan menu tengahari pertama waktu tiba di Tangkahan masing-masing memang agak terkejut (termasuklah saya). Mana taknya apa yang kami dapat memang melebihi dari jangkaan kami. Betul-betul tak sangka akan dapat layanan istimewa sebegini walaupun harga pakej yang kami bayar untuk 5 hari keliling Sumatera Utara ini memang murah. Itu belum masuk bab penginapan lagi. Ingatkan dapat penginapan 'hotel ayam' tapi sekali berbintang penginapan yang kami dapat. Memang tak tahu nak cakap bagaimana terujanya.
 Menu pertama kami yang begitu mewah. Ayam goreng 2 ketul seorang, tu belum masuk part sayuran. Memang terduduk nak menghabiskan kesemuanya.

Meja kami memang special. Penuh dihiasi dengan bunga raya sampaikan cawan/gelas pun ditenggekkan dengan bunga raya. Malu dibuatnya sebab pelanggan yang lain takde pula dihiasi sebegitu rupa. Segan punya pasal, satu petang tu kami jumpa bapak yang sedang bertugas dan meminta beliau untuk tidak menghiasi meja kami tapi jawapan yang kami terima "bunga ini percuma..dari layu di pokoknya biar kami ambil dan hiasi meja tetamu". Alahai pak, malunya......!
Apakah ini? Penuh bunga2an.
Nenas ini juga menjadi mangsa kreativiti petugas di Mega Inn :D
Menu breakfast yang enak
Menu makan malam. Enak giler! Begedil tu memang terbaikkkk!

*Sesekali syok juga travel seperti ini...

** Gambar kredit kepada Aklima, Nurul dan Tina

You Might Also Like

8 comments

  1. Wah...harga murah dapat makan besar... beruntung banget ya Mbak Zilla. Mungkin ada paket yang lebih murah dari itu Mbak Zilla ? dengan makan dan penginapan alakadarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti mas gunadi...tapi ya udahlah, rezeki kami mungkin :)

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha...tak perlu nak main masak2 kali ini :)

      Delete
  3. Replies
    1. awatlah hang asyik tenggelam timbul, tenggelam timbul ne :D

      Delete

Subscribe