Sumut 2016 : Indahnya Tele, Sumatera Utara

Sunday, October 30, 2016

Ini memang kerja giler! Mana taknya tengok dalam peta jarak dari Sibayak ke Tele ini takdelah jauh mana pun sekitar 4 jam perjalanan tapi realitinya, "tobat, mak tak sangguppppp dah!" Ya ampun, jauhnya rasa macam nak retak tulang punggung ne sebab terlalu lama duduk dalam kenderaan. Rasa nak luku je kepala ne hah sebab bagi idea kat supir untuk buat route Sibayak - Tele via Tarutung. Pemandangan yang indah langsung tidak mampu mengubat kelelahan saya akibat terlalu lama di dalam kenderaan. Tidur - makan - tidur - makan; tetap juga tidak tiba di destinasi dan ditambah pula dengan sesat entah di mana gara-gara shortcut yang diambil oleh pak supir. Gara-gara itu kami mengambil masa 7 jam perjalanan untuk tiba di Menara Pandang Tele dan sepanjang tempoh itu kami cuma berhenti 2 kali sahaja untuk ke toilet dan solat di salah satu perkampungan yang saya tak tahu di mana lokasinya.

Tiba di Menara Pandang Tele memang dah petang sangat. Sekurang-kurang masih ada sedikit 'sinar' untuk kami melihat keindahan Tele yang membuatkan hati saya meronta-ronta untuk kembali ke sini untuk 'mencari' apa yang ada di sebalik gunung-ganang yang menghiasi Tele. Bayaran masuk untuk naik ke Menara Pandang Tele adalah Rp2,000 sahaja.Saya tak tahu nak luahkan macam mana keindahan yang ada. Cuma ada beberapa keping gambar sebagai kenangan dan boleh saya kongsikan dengan kawan-kawan semua.
 Kalau nak pergi ke Efrata, inilah sebahagian dari laluannya
Zoom sikit. Serius saya teringin sgt nak singgah kat bukit ini. Next time, InsyaAllah
Di sudut pandang yang berbeza.
 Zoom utk sawah padi
Langit yang macam nak 'runtuh' keadaannya. 
Efrata. Dari Menara Pandang Tele nak ke Efrata mengambil masa lebih kurang 1.5jam

You Might Also Like

13 comments

  1. Kena hiking ke nak naik sini? SubahanaAllah cantik sgt! Ain suka view mcm ni. Tenang sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu nak hiking pun..keluar kereta, bayar Rp2000 dan blh panjat menara tele...

      Delete
  2. teringin nk join trip awk... nti ajk kita yeee

    ReplyDelete
  3. 7jam..mcm perlis ke melaka dah tp boleh byk singgah2..heheh...

    view die subhanaAllah awesome!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah tulah Ann...jauh giler2...at least dari perlis ke melaka byk benda kita boleh layan..yang ini, takat layan dari dalam kereta je...apa pun takde..tapi kira berbaloilah dgn 7j tu-kot.

      Delete
  4. Walau 4 jam, berbaloi lah beb..
    cantik view tu..

    ReplyDelete
  5. Kangen TELE
    Huntunglarr Zilla kan hehe

    Kita KIV dulu beg tgn da 2 huhu

    ~zelynhazel~

    ReplyDelete

Subscribe