India : Permohonan Visa

Friday, October 28, 2016

Terpanggil nak kongsi pengalaman untuk memohon visa India memandangkan susah sungguhlah hai kami nak dapatkan info terkini mengenainya. Moga perkongsian ini akan bermanfaat pada kawan-kawan yang berhajat untuk ke India dalam masa yang terdekat ini.

Dokumen yang diperlukan
Ini yang paling penting sebenarnya. Kalau tak lengkap memang buang masa sangat-sangat lebih-lebih lagi dengan sistem nombor di visa centre yang serupa macam tak bersistem lagaknya. Sila jangan naik angin bila tiba-tiba ada yang potong line dan sebagainya.

a) Borang permohonan
- Ada 3 cara, terserah nak pilih yang mana satu:
  • Isi borang secara online, print dan submit permohonan di Visa Centre. Untuk borang boleh singgah di link ini  https://indianvisaonline.gov.in/visa/index.html. Untuk pilihan ini, kawan-kawan boleh pilih samada untuk apply single visa (30 hari), multiple visa (6 bulan) dan sebagainya. Harga untuk tourist visa (tak kiralah samada pilih single, double atau multiple harganya sama aje) adalah RM189.56 dan perlu dibayar di kaunter.
  • e-Tourist Visa di mana permohonan dilakukan sepenuhnya di atas talian. Linknya adalah https://indianvisaonline.gov.in/visa/tvoa.html. Bagi pilihan yang ini, sistem automatik akan select single visa (30 hari sahaja) dengan bayaran yang dikenakan adalah USD48. Mereka akan emailkan eTV apabila permohonan kita berjaya. Kalau malas malas nak beratur mungkin boleh guna cara ini. 
  • Pergi ke Visa Centre dan mereka akan isikan form bagi pihak kita dengan bayaran RM21.20 (termasuk gst).
* Sila pastikan borang diisi dengan betul terutama sekali di bahagian Surname dan Given Name. Sebagai contoh, nama Ahmad bin Ali. Untuk Surname harus diisi sebagai Bin Ali manakala Given Name adalah Ahmad.

b) Salinan tiket flight pergi dan balik
- Ini yang paling penting sebabnya kalau takde return tiket memang tak boleh apply visa. Status tiket juga haruslah confirm dan tiket dengan status waiting list memang mereka akan reject dari awal. Misal kata kawan-kawan travel dengan family, sila print tiket untuk setiap seorang tau!

c) 2 keping gambar background putih size 2 x 2'
- Untuk visa India, size gambar memang agak berbeza dan lebar. So terpaksa saya simpan cita-cita nak recycle gambar untuk apply visa Mynmar tempohari. Nak tak nak memang kena buat baru huhuhu

d) Salinan passport dan salinan sijil lahir bagi anak-anak bawah 12 tahun
- Nak memudahkan kerja sila photostat sesiap ya.

e) Bayaran sebanyak RM189.56
- Kos ini untuk tourist visa. Lain-lain jenis visa saya tak ingat berapa harganya.

Untuk permohonan visa, kita tak boleh hantar wakil tau; tuan empunya badan hadir dan submit permohonan di Visa Centre kerana mereka akan ambil kesepuluh cap jari kita akan diambil secara biometrik. Bagi permohonan atas talian pula, cap jari akan diambil waktu ketibaan kawan-kawan di India nanti. Proses permohonan visa mengambil masa 3 hari bekerja. 

Apabila semua dokumen dah lengkap kawan-kawan boleh hadir di India Visa Centre di alamat seperti berikut:

G-01, Ground Floor, Bangunan Straits Trading, 
No 2, Lebuh Pasar Besar, 
50050 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel. No: 03-26922692
(Bangunan berhadapan dengan Agro Bank)

Waktu permohonan visa : 9.00am - 2.00pm
Waktu untuk collect visa : 4.00pm - 5.30pm

You Might Also Like

18 comments

  1. Ohh, Bin / Binti tu under Surname ea? Dah terbiasa letak sekali dgn nama sendiri kat Given Name

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dianya hanis..utk india ne mmg lain mcm sikit..silap isi borang, kena byar lagi..so kena tgk bettul2

      Delete
  2. Replies
    1. last minute, Alhamdulillah agip semunya ok wpun saya silap isi borang tu :D

      Delete
  3. nak ke India pulak ke Zilla..?
    semoga dipermudahkan semuanya nnti..

    kak nurul

    ReplyDelete
  4. Zilla, masa saya buat visa myanmar, saya pakai picture 2 x 2 yg india punya je. hehehe.. Boleh guna gambar yang sama so no problem :)

    Have fun in india, one of the best places for me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat tak habaq2 awai2? kalau tak boleh saya recycle je gmbr2 tu hehehe..

      saya sendiri pun rasa macam dah jatuh cinta giler2 dengan India..pemandangannya sgt luar biasa seperti dalam buku2 fairy tales

      Delete

Subscribe