WWR @ Sedim, Kedah

Thursday, February 20, 2014

Plan memang dah lama tapi baru-baru ini sahaja dapat direalisasikan. Macam biasalah kalau aktiviti-aktiviti dalam negara memang kawan saya tu yang akan uruskan. Kami cuma tunggu update dan arahan seterusnya sahaja. Setelah berkali-kali bermain tarik tali dengan tarikh, akhirnya berjaya jugalah kami berlepas ke Sedim. Hanya kami berlapan yang turun dihari kejadian dari 11 orang. Tak mengapalah, mungkin dah takde rezeki, kan? Nasib baik jugalah, harga pakej tetap sama walaupun kekurangan ahli.
[Pic : Pijah Pelangi]

Kos untuk rafting (2km), night walk, abseiling dan camping adalah RM180. Kos ini juga dah termasuk makan tengahari dan minum petang. Pada saya dah murah sangat sebab dah include semuanya. Untuk abseiling, dengan melihat kepada keadaan masing-masing yang dah kepenatan kami ambil keputusan untuk batalkan. Plan untuk berkhemah di sini juga kami batalkan dan berangkat ke Penang untuk lepak di sana semalaman - rindu nak pekena nasi kandaq Deen.
Epic - bot terlipat dua (dah macam sandwich kami ditengahnya), terbalik dan glupppppp; terkapai-kapai mencari jalan keluar. [Pic : Anne] 
Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun ada nyaris-nyaris lemas.

Memang takde gambar dari kamera saya sepanjang aktiviti di Sedim. Frust dan geram sebab tak dapat pegang kamera sendiri. Bukan tak bawa tetapi kamera, hp dan beberapa barangan peribadi basah gara-gara air masuk ke dalam bag. Memang 'jahan-nam' semua benda huhuhu - tak nak ingat, sakit hati (*nanges).

Apa pun dengan macam-macam perkara yang jadi di sini, saya dan kawan-kawan tetap enjoy. Puas sangat-sangat walaupun paras air di Sedim agak cetek gara-gara kemarau dan lebam sana-sini, itu memang ole-ole terbaik dari Sedim. Buat semua yang turut serta terima kasih untuk memori indah ini. 

You Might Also Like

9 comments

  1. sg sedim ni dekat sangat dgn rumah saya. pernah pergi unuk naik tree top walk je lah dulu.
    area ni ada Nasik ayam periuk besar yg sangat sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dzu, bestnya...saya suka suasana di sg sedim ne.tenang sgt2..top walk tu ingat nk try tapi tak sempat nak kejar waktu..dah tutup huhuhu...

      nasi ayam periuk besar?? lokasi belah mana tu?? manatu repeat sini boleh singgah...

      Delete
  2. dah naik irau tu jangan lupa singgah tempat saya... *_*

    dulu zaman muda2 pernah buat rafting di Jeram Besu..memang seronok sangat, kot nak buat sekarang entah berani ke tidak tak tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak mai alamat..blh kami singgah nanti hehehe..

      Delete
  3. best nye. lama tak rafting neh. kat sini level berapa zila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agip, sini level II - IV..cuma kalau nk singgah sini kena p time hujan..kalau tidak letih, sat2 sangkut kat batu...

      *jom try rafting di probo ;-)

      Delete
  4. Bot lipat jadi sandwich tu rezeki, bukan semua ada pengalaman terbalik macam tu,hehe. Jom repeat rafting kat probo,hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik pijah...rezeki pun rezekilah hehehe...rafting probo?? haruslah ekekeke

      Delete
  5. zilaaaaaa, benciiiiiiii.... you dah cover. i nye antie tinggal dgn sini pun i blm jejak kaki lagi. huaaaaaa...... (nangis)

    ReplyDelete

Subscribe