Pages

Friday, January 4, 2013

Gunungkidul : Part III - Gua Jomblang


Gunungkidul : Part II - Bandung

Gunungkidul - sejujurnya saya hanya mengenali tempat ini waktu menonton rancangan Amazing Race. Salah satu episod memaparkan peserta perlu mengharungi cabaran untuk masuk ke Gua Jomblang. Dari situ, dah mula berangan hehehe.

Sedikit pengalana mengenai Gunungkidul. Ianya terletak di wilayah istimewa Jogjakarta denggan Wonosari adalah ibukotanya. Perjalanan dari kota Jogja ke wilayah ini mengambil masa sekitar 2 - 2.5 jam. Istimewanya wilayah ini kerana apa yang anda inginkan, bisa diperolehi di sini; dari gua, pantai dan gunung ditambah pula dengan keunikan budaya tempatan dan kisah-kisah mistik yang ada menjadikan semuanya kelihatan istimewa. Cuma info mengenai tempat-tempat wisata yang dimiliki sangatlah kurang dan pengangkutan juga menjadi masalah utama untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Berbalik kepada kisah saya, kami bergerak menuju ke Gua Jomblang tepat jam 7.15am dengan pengangkutan telah diuruskan oleh Pak Cahyo. Kos supir adalah Rp400,000/mobil untuk perjalanan pergi dan balik. Oleh kerana kami mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di Gunungkidul, jadinya saya meminta Pak Cahyo menguruskan supir untuk sehala sahaja dengan kos Rp250,000/mobil. Cuaca hari ini agak sederhana; tidak panas dan tidak hujan. Moga-moga cuaca hari ini akan menyebelahi kami. Terus-terang saya terlena dipertengahan perjalanan. Sedar apabila mobil sudah memasuki kawasan menuju ke Jomblang kerana keadaan jalan yang agak teruk dan berbatu. Kira massage free lah pagi tu.

Kelihatannya seperti sebuah mulut yang sedang ternganga menanti mangsa. Inilah pintu masuk utama ke dasar Gua Jomblang (dikenali sebagai Luweng Jomblang). Oleh kerana guanya berbentuk vertikal, hanya ada 2 cara sahaja untuk masuk ke dasar gua iaitu menggunakan Single Rope Technique (SRT) atau cara kedua langsung terjun ke dasar gua dan berharap akan ada yang menyambut di bawahnya (hehehe!). Sisi lubang gua ini berdiameter sekitar 50 meter dan kedalamannya adalah 60 meter.

Ketibaan kami di Jomblang Resort disambut oleh view yang memukau. Err rama-rama dalam perut pun sudah mula menari-nari. Nervous tetapi dalam masa yang sama excited. Setelah menyimpan beg masing-masing ditempat yang disediakan, kami terus dibawa ke lubang gua. Saat ini kelihatan Mas Tawar dan beberapa pekerja yang lain sedang gigih membuat persiapan sebelum membenarkan kami 'terjun' ke dalam 'perut gua'. Kami dimaklumkan, akan ada 6 peserta lain yang akan bersama-sama kami melakukan aktiviti ini. Opss, kos untuk caving Gua Jomblang, Rp450,000/person (tak kiralah anda warga tempatan atau luar; harga tetap sama - kan bagus begini, sama rata).

           
Mas Tawar sedang gigih memastikan semuanya berada di dalam keadaan yang baik. Yupp, keselamatan harus diutamakan.

Sementara menantikan para petugas menjalankan persiapan terakhir dan dalam masa yang sama menantikan kelibat 6 orang peserta yang lain, kami dijamukan dengan jasmine tea berserta gula batu. Minumlah sampai kembung dan moga-moga tidak ada rasa ingin terkencing sebab di dasar gua memang takde toilet. So, kalau dah terdesak sangat tu pandai-pandailah korang hehehe.

Sekitar jam 10.++am. kami diminta bersiap. Dug-dag, dug-dag..giler berdebar wei hahaha!. Detiknya sudah sampai. Anne dan PM mengambil giliran terdahulu manakala saya dan Izza di kemudian. 60meter tergantung pada tali, saya tak tahu nak cerita pengalamannya bagaimana; best sangat!! 

Aksi cowok dari Bandung ketika turun ke dasar gua.

Kami tiba di dasar Gua Jomblang dan di sini kami perlu bergabung dengan peserta yang lain. Melihat kawasan sekeliling, benarlah seperti yang saya baca seperti kembali ke zaman purba. Struktur batuan yang menarik begitu juga tumbuhan yang ada. Apabila semua peserta sudah pun tiba di dasar gua, kami perlu berjalan sekitar 20 minit menuju ke pintu gua. Wow, apa pun tak kelihatan. Semuanya gelap-gelita. Cuma ada beberapa tempat yang dipasangkan lampu untuk memudahkan perjalanan.

Mulut gua. Dari sini kita perlu berjalan sekitar 500 meter menuju Gua Grubug. Harus berhati-hati sepanjang perjalanan kerana permukaannya yang licin.



Tiba-tiba dihadapan kami terhidang satu pemandangan yang sangat menakjubkan..


 Subhanallah, tak tahu nak kata apa. Luweng Grubug ini berdiameter 10 meter dan ditutupi dengan ranting-ranting dan tumbuhan menjalar dan berkedalaman 90 meter.

    
Sebahagian pemandangan luar biasa yang bisa disaksikan. Di sini terdapat aliran sungai bawah tanah yang mengalir deras yang menghubung ke Kalisuci. Sayangnya saat kedatangan kami ini, arusnya sangat deras jadinya kami tidak dibenarkan untuk turun ke sungai. Oh ya, sebagai makluman di Kalisuci juga kita boleh melakukan 'cave tubing' cuma ianya berbeza dengan 'cave tubing' di Goa Pindul kerana ianya akan ditutup kepada orang ramai di musim hujan kerana faktor keselamatan berbandung Pindul, aktivitinya lebih santai kerana sungainya tidak berarus di permukaan. Jadinya, ianya bisa dilakukan walapun di musim hujan. 

Opss, ada satu lagi yang kami nantikan. Terus menanti tetapi apa yang diharapkan tidak kelihatan. Menurut Mas Tipek apa yang kami nantikan akan kelihatan dari jam 11.00am - 1.00pm. Tetapi dengan keadaan cuaca yang mendung, beliau tidak memberi jaminan ianya akan kelihatan. Cuma katanya 'berdoa aja..". Tak mengapalah, apa yang saya saksikan saat ini pun dah lebih dari cukup. Jika ada rezeki akan dapatlah menyaksikan 'ia'.

Tiba-tiba (waktu masing-masing sedang asyik beraksi di depan lensa kamera)...


           
Yupp inilah kami nanti 'cahaya dari syurga' atau 'ray of light'. Syukur ada rezeki. Walaupun kehadirannya tidak sampai pun seminit dalam satu-satu masa, tetapi ianya dah lebih dari cukup. Sekali lagi tak tahu nak cerita bagaimana, apa yang pasti saya sangat puas!!

Antara yang 'menghuni' Gua Grubug...

Kami lepak di dasar gua hingga puas. Kami turut dibekalkan dengan lunch set (nasi, ayam goreng dan kuah lemak - tak tahu masak lemak apa, tak dapat dikenalpasti sebab gelap hehehe). Memang sedaplah lebih-lebih lagi apabila perut sendiri pun dah start berdondang-dendang :D.

"Gua Grubug ini juga pernah dijadikan sebagai tempat pembantaian mereka-mereka yang dituduh sebagai anggota G30 S/PKI pada tahun 1965. Mereka ini ditembak dan kemudiannya dicampak ke dalam arus sungai Kalisuci."

Kalau turunnya, berdua tetapi untuk naik kita perlu melakukannya sendirian. Yang lelaki dilepaskan terlebih dahulu dan saya berserta PM merupakan peserta terakhir yang ditarik naik ke atas. Seriuslah tak fikir apa waktu ditarik ke atas dan dalam masa yang sama kita kena alert dengan keadaaan sekeliling agar tidak tersangkut di ranting-ranting pokok. Tawakal ajelah.


           

Giler lega bila dah sampai di titik permulaan. Sekali lagi kami dihidangkan dengan jasmine tea dan dalam keadaan yang basah kuyup (tak koserlah nak tukar baju) kami berangkat pula menuju ke Goa Pindul dengan Mas Lilik dan Pak Mursidi. Selamat tinggal Jomblang, panjang umur pasti saya akan kembali ke sini lagi.

Buat teman-teman yang ingin melakukan aktiviti ini, langsung aja berhubungan dengan Pak Cahyo +62811117010. Waktu terbaik untuk melakukan aktiviti ini ada dari bulan April - September.

* bersambung untuk Goa Pindul

34 comments:

  1. cantinya keadaan dalam gua tu...macam citer2 adventure...kira hebatlah zila berani buat aktiviti2 cenggini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidaklah..saya tak hebat pun..cuma disebabkan minat, saya gagahkan diri walau hakikatnya...

      Delete
  2. tu diaa... entry yang ditunggu2 sudah keluar! hehe

    ReplyDelete
  3. omg...terpaksa nganga sbb cun gile ray of light tu...

    *nganga*

    antara yg menghuni gua tu benda apa tu? keras ke? scary!

    ReplyDelete
    Replies
    1. live lagi cun, biqque..tergamam, tak tau nak cakap apa..

      hehehe..yg 'keras' tu saya tak pastilah pulak..yg saya mksdkan adalah stalaktit dan stalagmit ;)

      Delete
  4. Bebalai dgn perjalanan yg mencabar..is it possible klu nk plan xtvt ni secara solo Zila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau perempuan saya tak galakkan; at least perlu ada sorang teman..sebab kalau apa2 jadi kat bawah tu, memang menangis tak berlakulah jawabnya ;)

      Delete
  5. zilla, jom pergi lagi!!!
    memang berbaloi2 walaupun kupu2 penuh dalam perut.. kaki sakit nak melangkah.. cuak tak usah ceritalah.. nama Mas ayam tu Mas Tipek erk.. lupa daa.. hehe
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi anne, baru balik dah nk p lagi?? :D
      Insyallah, nanti repeat lagi + ke pantai tu utk aktiviti yg lebih mencabar ;)..dalam kepala saya cuma ada Tipek dan Pitek..tak taulah yang mana satu..apa yang pasti, Mas Ayam :D

      Delete
    2. penangan kat dalam gua tu memang best!
      yang ingat dan tak lupa mas ayam.. nama betul memang tak ingat..
      next plan macam best je.. hehehe

      Delete
    3. saya dah google..namanya Mas Pitik hehehe...
      next plan? hold dulu, sedang cari date yang bersesuaian hehehe

      Delete
  6. Ray of light tu terbaeklah...superb giler..

    ReplyDelete
  7. dah macam citer fairies tales pulak aku tengok, memang cantik sangat view...ray of light tu yang tak boleh blah...ko tak rasa paper ker masa kena cahaya tu?jadi kuat ker...lagi cantik ker...heheh

    ReplyDelete
  8. umangaiiiii, adventure + best perjalanan nak masuk gua ni.
    Tapi tak puas hati lah saya, sebab gambar 'formation' dalam gua tak banyak huhuhu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm tu terlalu gelap, Azizan..apa pun tak nampak + camera saya pun tak lah canggih mana huhuhu.

      Delete
  9. mau banget ke jomblang tp sayang kantong blm mencukupi hehehe *nabung dulu ah*

    ReplyDelete
  10. wahhhh canteknyee..ray of light tu best bangat..mst pergi nie =D

    ReplyDelete
  11. aku yg orang indonesia aja baru tau di gunungkidul ada gua jomblang... keren...

    ReplyDelete
  12. owh ok..ini udah tahu mengenai jomblang, jadinya bolehlah berkunjung ke sana ya??hehehe..jogja? insyallah, soon hehehe..asal jogja ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya saya dari jogja.. hehe... liburan besok mestilah harus ke jomblang. zilla ni kayaknya dah banyak berkunjung ke indonesia.. di papua sana ada raja ampat, boleh kayaknya zilla coba kesana

      Delete
    2. owh bagus itu..next time saya ke Jogja maybe kita boleh ketemu ya :) give me ur email, so kita boleh berhubung terus ya :D..papua dan raja ampat? ingin sekali ke sana tetapi ongkosnya dak ada hehehe

      Delete
    3. miftahrozak@ymail.com ... sip sip

      Delete
    4. tq..nanti kita berinteraksi thru email ya :D

      Delete
  13. I know this cave also from Amazing Race hahaha,,, shame on me as an Indonesian haven't visit this cave yet huhuhu... anw wonderful post :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alid, u should go there at least once in a lifetime :D ...it a wonderful experience especially when u see that light...

      Delete
  14. Zilla aku lahir di gunungkidul..turut bangga dengan tulisan kamu
    makasih ya sudah berkunjung
    aku bekerja di jakarta dan kampungku di gunungkidul dulu tak banyak
    yang tahu sekarang sudah tekenal...berkat tulisan kamu juga
    aku beberapa kali ke putrajaya dan kinabalu tak banyak yg tahu tentang
    gunungkidul...tapi kamu kelihatannya sudah sering ke jogja
    ok terima kasih..
    kalau kamu mau ad aku di facebook: edot purwanto edi.........banyak foto aku di gunungkidul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali ya mas..sering ke Msia ya? kerja atau liburan, mas??

      Delete