Sambungan dari sini -> Laos : Part IX
Alalala, mood nak mengarang memang takde kebelakangan ini. Dah tu pula, bila tengok gambar-gambar yang hampir mencecah 2,000 keping, terus rasa macam nak muntah - nak membelek satu hal, nak memilih mana yang bersesuaian untuk dikongsikan dalam blog pun jadi masalah, itu belum masuk bab nak mengedit; akibatnya seminggu entry mengenai Luang Prabang ini tersadai. Ikut hati, malas dah nak buat sambungan tapi rasa macam tak best pula buat kerja separuh jalan huhuhu.
Selesai breakfast, kami tercari-cari basikal untuk digunakan mengelilingi pekan LP yang sekangkang-kera tu. Tanya pada guesthouse, ada tapi tak cukuplah pula. Jadinya, kami bergerak menuju ke area Vat Visoun dan terdapat sebuah kedai yang menyewa basikal kepada pengunjung dengan harga 10,000kip/full day. Walaupun, ada macam-macam jenis basikal di sini tetapi tidak semuanya dibenarkan untuk disewa kepada pengunjung. Saya tak faham kenapa tetapi ada kaitan dengan polis (itu ajelah ayat yang saya faham hehehe).
Syoknya berbasikal, setiap lorong kami masuk. Apa yang menariknya tentang LP ini? Dah tentulah keunikan bangunannya hasil tinggalan Perancis yang telah diisytihar sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia (UNESCO). Selain daripada itu, kepada mereka yang tercari-cari tempat bagi percutian yang lebih relax dan santai, inilah tempatnya. Di sini, terasa seolah-olah masa terlalu lambat berputar. Kami takde acara khusus pagi ini. Ikut kaki ngayuh ajelah. Sesat? Takdelah cuma terpisah dengan teman-teman. Tetapi tak memberi kesan pun, sebabnya pekan LP tak sebesar mana pun. Pusinglah ke mana pun, sure akan ketemu di tempat permulaan :D

Map of Luang Prabang (Credit : Mr. Google)
Morning market
Hah, yang ini memang tak tersenarai pun dalam itinerary. Waktu pusing-pusing untuk cari kawasan parking basikal ternampak pasar ne; jadinya singgah ajelah, kan? Bukan kena bayar pun. Pasar pagi yang tidak jauh pun beza dengan keadaan pasar di tempat kita. Cakap ajelah nak apa, semua ada di sini; sanggup dengan tidak aje hehehe. Kitaorang tak beli apa pun di sini, sekadar cuci mata sahaja.
Vatmay Souvannapoumaram
Terletak berdekatan dengan National Museum dan salah satu daripada temple terbesar yang ada di LP. Asalnya memang nak masuk tetapi bila atas sebab-sebab tertentu, kami cancel. Sekadar mencuci mata dari luar sahaja. Bayaran masuk dikenakan tetapi saya lupa berapa (kalau tak silap sekitar 20,000kip/person).
Luang Prabang National Musem
Waktu operasi : 8.00am -11.30am dan 1.30pm - 4.00pm
Bayaran masuk : 10,000kip
Baru aje melangkah masuk, dah kena halau keluar hehehe tetapi kami dan beberapa orang pengunjung lain buat 'bodo' ajelah; suka-suka hatikan, nak halau orang?hehehe. Silap jugalah sebab tak check waktu sebelum melangkah masuk. Nak tunggu museum kembali dibuka memang tak sempatlah sebab kami sendiri pun dah kesuntukan masa. Jadinya, sempatlah menikmati sedikit keindahan museum ini dari luar. Memang cantik dan bersih. Tetapi kamera tidak dibenarkan dibawa masuk di dalam museum.
Mount Phousi
Bayaran masuk : 20,000kip
Tempat terbaik untuk melihat sunrise/sunset dan kawasan sekitar LP. Pintu masuk terletak berhadapan dengan National Museum.
Kami turun dari Mount Phousi sekitar jam 3.++pm. Dah tak boleh nak merempit lagi kerana kami harus pulang ke guesthouse (awal pagi dah check out), untuk bersiap sebelum menuju ke terminal bus untuk kembali ke Vientiane. Kononnya nak tumpang solat dan mandi di guesthouse tetapi kehadiran kami seperti tidak diendahkan oleh 'papa' (errkk gelilah pula rasanya nak panggil papa :-P). Gara-gara complaint yang kami buat sebab tak berpuas hati dengan service tuktuk hari sebelumnya (janji manis semuanya huhuhu). Orang dah tak suka, tak bolehlah nak melebih-lebih. Kami cuma minta kebenaran untuk menggunakan toilet untuk mengambil air sembahyang sahaja. Nak solat kat mana pun, kami takde idea. LP bukan seperti Vientiane huhuhu. Entah atas cadangan siapa, kami singgah di gerai menjual crepes. Di situlah kami menunaikan solat dan untuk 'cover line', kami order nasi putih yang dimakan dengan serunding yang kami bawa. Selesai semuanya, kami terus bergerak mencari tuktuk tuntuk ke terminal bus dengan harga 10,000kip/person. Bas akan berangkat jam 8.00pm, kami ada sekitar 1 1/2jam untuk berehat-rehat dan sebagainya. Kebetulan di bahagian belakang bus station ada kamar mandi (5,000kip) jadi masing-masing mengambil peluang untuk membersihkan diri di sini - tak sanggup rasanya tak mandi setelah berlelah hampir 1/2 hari di LP huhuhu.
* bersambung untuk Vientiane
banyaknya gambar sampai 2000 kpg,boleh pecah kepala jugak nk mngedit tu..kesian pulak korang grlz tpaksa solat cam gini,guyz oklah kot...mana2 saja boleh...
ReplyDeletetau takpe..transfer ke pc pun belum lagi ne, malas hehehe..pengalaman berharga Orga..kalau kat sini, serba-serbi selesa sesekali p negara bukan Islam baru tahu bagaimana keadaannya...
ReplyDeleteAdoiiii 2000keping.. tumbuh janggut nak edit hahaha.
ReplyDeleteSesaja panggil papa?
takde maknanya nak edit semuanya tu dekda hehehe..
Deleteyupp owner guesthouse tu menggelarkan dirinya as 'papa' and 'mama' (wife)
Cantikla gambar tingkap kaler biru ngan dinding putih tu, terserlah dari jauh.
ReplyDeletehotel berbintang-bintang tu, Janggel.
Deletebas kul 8 p.m. sampai vientiane kul brapa? 9 - 10 jam gak kan?
ReplyDeletelebih kuranglah, lebih kurang jam 5am kitaorang sampai ke vientiane :D
Deleteseems you had a great weather, nice photos and nice place :)
ReplyDelete