Pages

Friday, December 7, 2012

Laos : Part IX

15.11.2012 : Luang Prabang

Laos : Part VIII

Hari baru di Luang Prabang. Saya bangun pagi tu dengan keadaan yang kurang ok. Belakang sakit sangat-sangat, tekak pun dah mula terasa perit. Pagi ini kami akan menjadi pemburu sangatlah,kan??  Oh, kali ini bukan sunrise - cukup-cukuplah tu, kan? hehehe. Untuk itu, kami perlu bergerak seawal mungkin kerana ianya akan bermula jam 5.00am; haih, selepas menunaikan solat subuh ya sekitar jam 5.15am. Sementara nak tunggu yang lain bersiap, saya dan mofu bergerak keluar terlebih dahulu.


Jom layan, Giving Ceremony.

Must see!! Sebenarnya upacara ini mudah untuk ditemui di sekitar Laos tetapi di Luang Prabang lebih mendapat tumpuan kerana jumlah wat/temple memang banyak di sini jadinya sami yang terlibat dalam upacara ini pun memang ramai dan ianya berlangsung di setiap sudut LP itu sendiri. Andai kata, terlepas di point A, cepat-cepatlah bergegas selaju mungkin ke point B. Cuma pastikan waktu adalah tepat kerana upacara ini berlangsung sekitar jam 5.00am sehingga 6.30am dan meliputi kawasan seluas 5km di sekitar Luang Prabang.

Saya dan mofu - kami bermula berdekatan Vat Visoun (dekat dengan guesthouse kami). Sayangnya waktu itu, upacara di kawasan tersebut sudah pun hampir di penghujung (sempatlah tengok dalam 5 orang sami sahaja). Dari situ, kami dipelawa oleh seorang penduduk tempatan yang membawa 2 orang pelancong ke wat.. Ikut ajelah, kan? Tiba dipertengahan perjalanan, beliau bertanya samada kami ingin turut serta menderma makanan kepada sami-sami ini atau pun tidak. Kalau ok, beliau ingin membawa kami ke wat tetapi kami tolak dengan elok. Memadailah dengan memerhati sahaja.

"...beb, gambar aku semuanya goyang..ko macam mana? aku harapkan ko aje ne"
"...errr, aku pun sama..malas dah nak ambik gambar..."

Dslr hancur, compact camera pun hancur. Laghu mana tu? huhuhu

Serius, susahnya nak ambil gambar.

No flash, ok!

So, faham-faham ajelahkan macam mana susahnya nak ambil gambar dengan keadaan sekeliling yang gelap-gulita. Penggunaan flash memang dilarang semasa upacara ini (tetapi ada juga yang degil huhuhu). Tripod? Takde maknanya pagi-pagi buta nak angkut tripod baik angkut bantal.  Itu satu hal, pergerakan mereka ini terlalu pantas so eeee memang geram lah hehehe. Dalam 20 keping gambar yang berjaya dirakamkan, cuma 3-4 keping aje yang boleh dikategorikan sebagai ok hehehe. Try rakam video, ok tapi gatal pula p delete - haish, rasa nak hantuk aje kepala ke dinding. Oppsss :D.

Sepanjang upacara ini berlangsung, kita tak boleh bising dan tidak dibenarkan melintasi barisan sami-sami ini. Jadinya, hati-hati jangan terlalu teruja dengan keadaan hehehe. Kami bergerak dan berjaya mengikuti upacara ini sehingga selesai kesemuanya.

           

Enjoy!! - lalalala.....

"With almost eighty temples in Luang Prabang alone, this adds up to hundreds of monks, who take different routes depending on where in town their temple stands. Each monk carries a large lidded bowl, which is attached to a strap hanging from the monk's shoulder. As monks file past the line of almsgivers - who are usually sitting or kneeling on the street - these containers are reverently filled with handfuls of sticky rice or bananas.The ritual is done in silence; the almsgivers do not speak, nor do the monks. The monks walk in meditation, and the almsgivers reciprocate with respect by not disturbing the monk's meditative peace. For hundreds of years, the ritual has cemented the symbiotic relationship between the monks and the almsgivers who maintain them - by feeding the monks and helping the laypeople make merit, tak bat supports both the monks (who need the food) and the almsgivers (who need spiritual redemption) -  http://goseasia.about.com


* bersambung untuk next episode (sebenarnya tak larat nak edit gambar hehehe)

9 comments:

  1. setiap pagi ke upacara bg makanan kat sami vellu ni? hehehe...

    ReplyDelete
  2. ur personal opinion, LP recommended ke dok?

    * tolak Hulubalang masuk reban

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak jawab tu..

      emm mungkin lain org, lain pendapatnya.pada saya dah alang2 dah sampai dan kalau punya waktu singgah ajelah di LP dan vang vieng.rasai sendiri suasananya bgmana ;)

      Delete
  3. gambar dalam gelap aku pun memang fail,ahaha...menarik jugak bila baca info pasal sami-sami ni, tak sangka tradisi kekal sampai ke hari ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ada ke macam tu?? derang pun macam kita juga, Orga..adat dan tradisi digenggam erat ;)

      Delete
  4. Salam. Ka Zilla apa kabar? oh iya ka postcard nya sudah sampai degan selamat. Terima kasih banyak ya kak. Insya Allah kalau tidak ada halangan tanggal 24 desember ini mita mau naik gunung semenung yang ada di danau ranau sumatera selatan. Doain ya ka:)

    ReplyDelete
  5. Salam. Ka Zilla apa kabar? Oh iya ka poscardnya sudah sampai dengan selamat, Terima Kasih ya ka. Insya Allah tanggal 24 desember ini mita naik gunung semenung yang ada di danau ranau sumatera selatan, doain ya ka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia, Mita..saya baik2 aja..ya syukranlah kerna postcarnya udah nyampe..mahal tu stampnya jadinya harus pastikan ianya tiba dgn selamat pada penerimanya hahaha..gunung semenung? mantap tu mita..moga baik2 aja ya nanti..take care and enjoyyyy :)

      Delete