Laos : Part VIII
Wednesday, December 05, 2012
14.11.2012 : Luang Prabang
Sejukkkk!!!
Itu yang kami rasainya. Dengan keadaan yang sedikit berkabus dan berawan, suasana yang sangat berbeza berbanding di south dan Vientiane.
Kaunter tiket.
Ini yang pertama kami kejar; tiket kembali ke Vientiane perlu diperolehi sebelum bergerak ke guesthouse. Harga tiket 150,000kip sama seperti Vien - LP. Seterusnya, tuktuk. Seperti biasa, jangan lupa tawar sebelum bersetuju dengan harga yang mereka berikan. 10,000kip terus ke guesthouse. Tuktuk ini kami kongsi bersama-sama 3 orang pelancong juga dari Malaysia yang kami temui di Vientiane; tak sangka jodoh kami masih kuat hehehe. Mana-mana pergi, mereka inilah yang kami temui.
Kami menginap di Sysomphone Guesthouse, yang terletak berdekatan dengan Vat Visoun. Nak cari tempat ini pun sesat beberapa kali kerana masalah bahasa. Kita sebut A, mereka faham B. Haih, masa dah terbuang di situ huhuhu. Atas bantuan seorang penduduk tempatan, kami berjaya juga bertemu lokasi guesthouse kami. Urusan check in berlaku dengan mudah kerana pekerja di guesthouse memang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Ambil 2 bilik; double room (80,000kip) dan triple (100,000kip)
Darlie vs 'kong-keng'
Letih sangat-sangat melawan melayan kerenah 2 ekor anjing ini. Elak si Darlie, datang pula 'kong keng'. Perut yang lapar menjadi kenyang gara-gara kerenah mereka ini. Menyesal jugalah sebab tak layan breakfast di bilik tetapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Takkan tiba-tiba nak angkut makanan naik ke bilik, kan? huhuhu. Kiranya memang tak amanlah pagi tu. Sambil makan, mata melilau memantau pergerakan mereka. Tau-tau mereka dah ada bawah meja, dah masing-masing terjerit-jerit; berlari tak cukup tanah nak selamatkan diri hehehe. Akhirnya, maggi yang dah kembang semangkuk saya campak ke dalam tong sampah - hilang terus selera makan huhuhu.
Kuang Si Waterfall vs Tad Sae
Perlu ke saya perkenalkan dua air terjun ini? Rata-rata yang turun ke LP akan singgah at least salah satu daripada air terjun ini. Plan kami memang untuk singgah di kedua-dua tempat ini. Harga tuktuk hasil survey sana-sini, 200,000kip tetapi sayangnya kami tak berjaya mendapatkan harga tersebut walaupun puas menawar.
Kuang Si Waterfall vs Tad Sae
Perlu ke saya perkenalkan dua air terjun ini? Rata-rata yang turun ke LP akan singgah at least salah satu daripada air terjun ini. Plan kami memang untuk singgah di kedua-dua tempat ini. Harga tuktuk hasil survey sana-sini, 200,000kip tetapi sayangnya kami tak berjaya mendapatkan harga tersebut walaupun puas menawar.
Kuang Si terletak lebih kurang 35km daripada LP manakala Tad Sae berjarak lebih kurang 15km. Sayangnya keduanya ini berada dilokasi yang bertentangan. Untuk ke Kuang Si harga tuktuk adalah 200,000kip dan tambahan 150,000kip jika ingin ke Tad Sae - hoh, mahal giler!! Kalau ahli rombongan sekitar 7-8 orang, memang boleh jimatlah tetapi buat kami yang berlima ini, jumlah itu masih mahal. Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk ke Kuang Si sahaja. Lupakan Tad Sae huhuhu. Jaminan diberikan oleh papa (owner guesthouse) harga 200,000kip itu termasuk jalan-jalan di sekitar LP tetapi nan-ado - menipu!! huhuhu (dalam berjaga-jaga pun tetap kena kelentong uhukk!!).
35km dengan menaiki tuktuk bukan satu jarak yang dekat. Kebas jugalah montot dibuatnya. Jadinya, bertabahlah ye tetapi jangan risau, apa yang bakal disaksikan sangat-sangat berbaloi jakun dibuatnya :D
Pada saya, cara paling best nak explore Luang Prabang dan kawasan sekitarnya adalah dengan menyewa motorsikal. Merata boleh pergi. Sewa pun murah (maaf lupa nak catat berapa kosnya).
Bayaran masuk untuk Kuang Si adalah 20,000kip termasuk bear rescue centre (korang akan jumpa bear ini dulu sbelum tiba di air terjun).
Cantik!!!
Saya tak pernah tengok air terjun secantik ini dengan warna airnya yang berbeza dari biasa. Makin ke atas, makin cantik keadaannya dan disini pengunjung dibenarkan berkubang (tetapi awas tidak dibenarkan berbikini di sini - tapi sayangnya arahan ini langsung tidak dihiraukan oleh pelancong dari benua seberang :D)
Kami diberi masa 2 jam sahaja untuk lepak di Kuang Si. Di sini lah bermasalah pula. Ingatkan driver tuktuk akan membawa kami jalan-jalan sekitar LP, dalam kepala memang dah ada plan untuk petang itu; sunset di Mount Phousi. Yang driver pula tak habis "noooo..noooo...nooooo", tak faham-faham apa yang kitaorang cuba sampaikan; ishhh, ayam pun dah boleh faham bahasa itik tau. Masing-masing dah bengang, kami bagi arahan padanya "hantar kami balik ke guesthouse" (issh tapi idakler dalam BM ya huhu).
Tiba di guesthouse, kami ambil keputusan untuk berehat sebentar sebelum menuju ke night market. Ingatkan nak sewa basikal/motot, tetapi semuanya dah pun disewa jadinya kami ambil keputusan untuk jalan kaki saja. Ngam-ngam sampai sana, hujan pula turun. Nak layan sunset apanya dalam keadaan begitu? Alalala, lepak ajelah di mana yang sempat sebelum kami ambil keputusan untuk meredah hujan dan jalan-jalan sahaja di night market.
Apa istimewanya night market ini?
Emm, sama ajelah di mana-mana pun, barangan yang dijual selain makanan sudah tentu ole-ole untuk dijadikan sebagai kenangan. Harga? Oklah tetapi harus pandai menawar - kalau derang tak nak turunkan harga, blah aje. Cari tempat lain hehehe. Puas berjalan di situ, kami ambil keputusan untuk kembali ke guesthouse. Masa untuk merehatkan diri - malam tu masing-masing pengsan tak ingat dunia. Saat ini juga ada yang dah mengadu sakit belakang dan sebagainya. Giler penat, ok - tak nak dah buat keje giler macam ne!!huhuhu
Info:
Sysomphone Guesthouse
Ban Visoun 22/4, Luang Prabang
Tel : +85671252543
Website : Sysomphone
*bersambung...
24 comments
pic yg u amik cantik2....bagi 3 bintang! ngeee
ReplyDeleteterima kasih..susah2 aje dok bagi bintang bagai hahaha
Deletecrepe pisang tu terbaik antara yang diorder.. hahahahhaa.. klu dpt crepe durian skrg ni sure marvellous..
ReplyDeleteakak, rindulah dgn bebelan akak :D
Deletesedap apanya kak?pahit rentung tau!!sedap lagi saya buat keh3...derian crepe?tak minat, pening kepala dgn baunya huhuhu
Bila plaks akak membebel?? setakat ckp hek!! pastu jatuh beskal aje.. hahahahha
DeleteYa Allah cantiknya waterfall tu.. kagum aku :-)
ReplyDeletekan??apalai beb, rembat tix lah..hanimun kat sana ekekeke
DeleteSubhanallah..serius cantik sangat air terjun tuh..sekali tengok ingatkan lukisan..tu betul2 kan?if Allah izinkan saya ke sana, saya nak pegi situ je.
ReplyDeleteyupp semuanya adalah benar belaka, jadinya silah percaya :D
DeleteAmin, mudah2an satu hari nanti sampailah awak ke sana, ya :)
amin..terima kasih atas semua info yang diberi. saya lagi percaya baca experience orang dari kita tengok kat mana2 official website..huhu
Deleteno hal wak..moga apa yg saya share kat sini dapat membantu teman2 yang lain :)
Deletetiket bas balik ke Vientiane senang x dpt? x perlu booking in advance ke? semua POI berdekatan bandar LP boleh x gi ngan menapak jek? or sewa motor lg bagus?
ReplyDeletesampai aje stesen bas LP, terus aje ke kaunter utk beli tiket..no hal kalau nak beli awal..emm POI - place of interest, kah?hehehe.pada saya LP takde apa pun.temple, museum dan mount phousi terletak di kawasan yg berhampiran.nak jalan kaki pun boleh, nak sewa basikal pun ok - bergantung kepada di mana awak nak bermula (nanti saya upload map)
Deleteyg saya mksd dgn motor tu adalah kalau nak keluar daerah utk waterfall..
Subahanallah lawany~em, awk selalu menjelah ea? klu sy join blh..hihihi
ReplyDeleteteringin sgt nk rasa pglaman cm ni.. :D
dah balik dah, macam mana nak join??hehehe
DeleteIngatkan Laos ni tak dak apa2 pun.... Bila baca awak punya blog, next percutian Laos mungkin destinasi pilihan! Tahniah!
ReplyDeletemacam2 ada..dari utara sampai ke selatan byk tempat yg boleh dikunjungi, cuma tu lah, masa takde huhuhu...
DeleteLaos, ok cuma jgn bayangkan ianya seperti Cambodia atau Vietnam..kecewa nanti ;)
Maksud sy next lokasi seterusnye..hihihi
ReplyDeleteowhh hehehe...so far semuanya dah penuhlah wak..maybe next time ye ;)
Deletecantiknya gambar-gambar awak.... cantiknya air terjun tu.. rasa mcm tenang je walaupun dlm gambar. ada nilai pada gambar awak. :)
ReplyDeletenice one, girl! keep it up!
trima kasih ilya :)
Deleteits ok..juz i nak rase cmmane pglaman pegi kat negara org.. thanks for your information :D
ReplyDeleteKau highly recommended kah ini sysomphone guesthouse kah? Dekat kah dengan night market ataupun nak jalan jauh?
ReplyDeleteDiana, jika mahu tinggal berdekatan night market this hotel not recommended lah..agak jauh kalau nak jalan kaki/berbasikal...tapi kalau tak kisah untuk berjalan jauh, boleh try stay di sini..
Delete