17.11.2012 : Vientiane - Kuala Lumpur
Hari terakhir di Vientiane. Flight dijangka berlepas sekitar jam 9.30am ke Kuala Lumpur. Jadinya masih ada sedikit masa untuk jalan-jalan di sekitar riverside sebelum berangkat ke airport. Pagi itu, kami bangun seawal jam 5.00am dan terus bersiap untuk melayan sunrise di riverside tetapi sayangnya cuaca agak mendung, awan pun agak tebal. Memang takde maknanyalah nak ber'sunrise'. Untuk layan kekecewaan, kitaorang lepak ajelah kat situ. Teksi yang akan membawa kami ke airport (20,000kip/person) dijangka tiba sekitar jam 8.00am; masih ada masa untuk layan breakfast dan selepas itu terus ajelah berangkat ke airport.
Antara makanan yang kami tinggalkan di hostel. Moga tidak ke tong sampahlah, nak bawa balik; uihh tak sanggup. Berat!! :D
Jadinya, selamat tinggal Laos. Panjang umur, murah rezeki pasti kita akan ketemu lagi (cewahhh!! :D)
*entry kali ini, macam terpaksa aje bunyinya hahaha!
*entry kali ini, macam terpaksa aje bunyinya hahaha!
Finally, loas trip! It's a wrap! :D
ReplyDeleteAlhamdulillah, lega!! :D
Delete