Laos : Part XI
Wednesday, December 19, 2012
16.11.2012 : Vientiane
Bahana pil muntah, saya pengsan sepanjang jalan. Sedar pun sebab dikejutkan oleh driver bus, "ehh..ehhh dah sampai Vientiane..". Haru sungguhlah hehehe. Rasanya bukan saya ajelah yang bantai lena malam tu sebab rata-rata penumpang yang lain terpinga-pinga waktu dikejutkan oleh driver bus hehehe.
Oleh kerana hari pun masih awal, sekitar jam 5.00am kami ambil keputusan untuk lepak ajelah di bus station sementara menunggu keadaan sekeliling beransur cerah. Kali ini kami akan bermalam di Vientiane semalaman sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Mengenai penginapan, kami menginap di Vientiane Travellers House (atau dikenali juga sebagai Vientiane Backpackers Hostel) dengan harga 52,000kip (lebih kurang RM18, termasuk breakfast) untuk dorm. Harga tuktuk dari bus station ke hostel, 10,000kip/person (standard price - kalau dapat lebih murah dari ini kiranya anda sangat bernasib baik :D). Kitaorang tak lepak lama pun di hostel; letak beg, rebut katil (hehehe!), breakfast dan terus merayap.
Shopping time!!yehaaaa! lah sangat, duit pun tinggal nyawa-nyawa ikan hahaha. Antara tempat terbaik untuk mencari ole-ole adalah Talat Sao Mall dan kawan sekitarnya. Dari hostel ke Talat Mall, cuma 5,000kip/person dengan menaiki tuktuk. Istimewanya Talat Sao Mall ini adalah ianya satu-satunya shopping complex yang ada di Vientiane. Keadaanya seperti di Pertama Complex. Apa yang nak dicari di sini? Apa yang dapat ajelah, maklumlah duit yang tinggal pun sekitar 200,000kip. Telan air liur kerana kempunan melihat silk yang giler cun (harga sehelai silk sekitar 1juta kip dan boleh mencecah sehingga 5juta kip bergantung kepada corak dan kualiti kain).
Kiri : Harga sehelai sekitar 100,000kip - 250,000kip (pandai-pandailah tawar, saya dapat sehelai dengan harga 85,000kip). Kanan - diperbuat dari sutera dengan harga terendah 1juta kip dan ke atas)
Dari mall kami mengambil tuktuk ke Pha That Luang dengan harga 5,000kip/person. Sekali lagi hajat untuk melihat keindahan dalamannya tidak kesampaian kerana ianya ditutup kepada pelawat (waktu melawat 8.00am - 11.30am & 2.00pm - 4.30pm dengan bayaran masuk sebanyak 5,000kip dikenakan). Sementara menunggu waktu bergerak ke angka 2.00pm kami lepak di tepi pintu masuk Wat Si Saket dan agak bernasib baik sebab berpeluang mengikuti 'monk ordination ceremony'. Melangkah keluar dari wat si saket, kami ambil keputusan untuk tidak masuk ke Pha That Luang - malas nak menunggu lagi.
Ini di Wat Si Saket.
Destinasi seterusnya, Lao National Museum. Nampak atas kertas, jarak antara satu tempat agak dekat. Siap ada service sewa basikal untuk membolehkan pengunjung mengelilingi Vientiane dengan berbasikal. Hakikatnya giler jauh, ok. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang sangat panas dan kering (langsung tak berangin), membuatkan semuanya terasa jauh. Oleh sebab itulah, plan asal kami untuk menyewa basikal terpaksa dibatalkan - tak sanggup!!! Dari Pha Thaht Luang ke museum, 5,000kip/person dengan menaiki tuktuk. Itu pun jenuh menawar, mereka tak nak turunkan harga walhal bukan jauh pun (tapi kalau berbasikal, lelah jugalah dan kalau berjalan kaki err tak naklah bayangkan macam mana keadaannya huhuhu).
Bayaran masuk 10,000kip dan waktu operasi dari jam 8.00am - 12.00 & 1.00pm - 4.00pm. Apa jenis kamera memang dilarang dibawa masuk sama sekali dan segala harta benda perlu ditinggalkan di dalam loker yang disediakan. Seperti mana-mana muzium, pengisiannya adalah berkaitan dengan sejarah (dah nama pun muzium, kan?) negara itu sendiri bermula dari zaman pra-sejarah hingga terkini. Bangga masuk sini sebab tetiba terpandang wajah Tun Dr. Mahathir di beberapa sudut muzium (wajah PM yang lain, memang takde). Banyak yang boleh dipelajari di sini terutamanya perit-jerih mereka dalam menuntut kemerdekaan. Laos merupakan antara negara yang paling banyak digugurkan bom oleh US dan 30% daripadanya masih lagi aktif dan boleh dijumpai di beberapa buah daerah (termasuklah di Phonsavan).
Dalam sekelip mata kami sudah tiba di Phonsavan untuk Plain of Jars hehehe. Actually, di bahagian belakang muzium, ada beberapa jars yang dipamerkan kepada pengunjung. Kiranya tercapailah hasrat memasing nak tengok jars.
Nampak aje kecil tetapi saiz dan ketinggiannya jauh lebih besar dari saya. Memang tak dapat nak agak berapa kedalamannya; begitu juga kewujudannya. Maybe kalau nak tahu lebih detail mengenai jars ini bolehlah tanya mr. google.
Bergerak keluar dari Plain Of Jars muzium, kami menapak kembali ke hostel risau tinggalkan kakak lama-lama di bilik hehehe. Kami singgah di Fountain (tetapi sayangnya tidak berfungsi) dan Masjid Jamek terlebih dahulu mengah. Berehat sebentar di hostel dan kali ini kami menuju ke riverside, untuk melayan sunset.
Sunset terakhir di Laos :-(
Selesai sunset, kami menuju pula ke night market yang ada di sepanjang riverside tersebut. Di sini, kami bertemu dengan ramai rakyat Malaysia yang mengambil peluang untuk bercuti di Laos. Harga barangan di night market tak jauh beza dengan harga di Talat Sao dan mungkin di sini merupakan tempat tumpuan pelancong mencari souvenir, agak susah untuk menawar walaupun puas merayu huhuhu. Malam terakhir, kami nikmati suasana dengan sepenuh hati.
*bersambung untuk hari terakhir
Selesai sunset, kami menuju pula ke night market yang ada di sepanjang riverside tersebut. Di sini, kami bertemu dengan ramai rakyat Malaysia yang mengambil peluang untuk bercuti di Laos. Harga barangan di night market tak jauh beza dengan harga di Talat Sao dan mungkin di sini merupakan tempat tumpuan pelancong mencari souvenir, agak susah untuk menawar walaupun puas merayu huhuhu. Malam terakhir, kami nikmati suasana dengan sepenuh hati.
*bersambung untuk hari terakhir
8 comments
banggan kejap bila ko cakap ada gambr mahathir, tapi PM lain takde, hehe...baru depa tau kehebatan orang melayu :)
ReplyDeleteapa pulak kejap aje bangganya? hehehe
Delete*bangga ooo jadi anak M'sia :)
Cantiknya kain2 kat situ...tetibe mak saya mesti suka kalau dtg sini.
ReplyDeleteduit pun harus cantik, Janggel hihihi
Deletefuhh...x sabar nak tunggu thn depan utk ke Laos.
ReplyDeletesalam kenal, wah best tgk travelouge awak ni, byk dah tempat pergi....minta izin ambik maklumat untuk jadi panduan yer segala pengalaman yg pernah dilalui....
ReplyDeleteOuchhh, kenapa saya terlepas pandang Lao National Museum masa ke sini dulu ? Adehhh, rugi, rugi ...
ReplyDeleteKami sempat jugalah sewa basikal ronda2 Vientiane. Agak kekok sebab cara pemanduan yang berbeza dengan Malaysia, lebih2 lagi jika masuk bulatan atau membelok ke simpang. Takut termasuk salah laluan hahaha ...
Hulubalang, sabau..sabau...dah tak lama dah tu hehehe
ReplyDeleteKayrol >> hii!!salam kenal juga.silakan, moga apa yg saya kongsikan di sini bisa dijadikan panduan buat awak dan teman2 yang lain :)
Azizan >> Alala sangat rugi tu!!walaupun luarannya seperti tidak terurus tetapi kepada pencinta sejarah, apa yang dipamerkan di muzium ini memang bagus...
mantap tu siap sewa basikal..kami, tak sangguplah..kalah kepada cuaca dan kepenatan melampau hehehe..tapi bab pemanduan tu memang agak bermasalahlah..nak melintas jalan pun pening tau..mujur tak kena sodok dgn kendraan yang lalu lalang aje hahaha