Vientiane : Monk Ordination Ceremony

Tuesday, December 18, 2012


Sedang kami melepak sambil menunggu waktu melawat Pha That Luang, tiba-tiba kedengaran...

"pungggg..pangggg..lalalalaaa..." - nyanyian siap joget lambat lagi  yang kami sendiri tidak faham apa biji butirnya..

Penyanyi undangan hehehe. Giler enjoy makcik-makcik ini menyanyi dan menari.


"...ada orang kawinlah..jommmm..." terkedek-kedeklah masing-masing mengejar hehehe


Di tunggu-tunggu, hanya kelihatan lelakinya sahaja.

"ensemmm hehehe.." gatal

"uittt, mana pengantin perempuannya.."

Terjenguk-jenguk tetapi bayang pengantin perempuan tetap juga kelihatan. Bila ditanya mereka balas dalam bahasa mereka, errr manalah kami faham huhuhu. Kami buat kesimpulan, pengantin perempuan sedang menunggu di dalam huhuhu.


Kami melepak di bawah pokok sambil memerhatikan mereka ini mengelilingi wat. Saya tak surelah berapa kali mereka mengelilingi wat itu. Sesekali mereka akan melemparkan duit dan gula-gula untuk dikutip. Tercengang-cenganglah kami di situ sebab takde idea upacara apa yang sedang berlangsung ini.


Tiba-tiba, seorang gadis tempatan menegur

"come follow us..this is for fun..bla..bla..bla.."

Ko pandang aku - aku pandang ko; jommm!! hehehe. Bergelak ketawalah kitaorang tengahari itu. Mereka lempar gula-gula, kitaorang kutip. Mereka lempar duit, haruslah lagi berkejaran..


"malam ne boleh makan besar..."

Tapi 'nan-ado'. Mereka lagi tangkas. Sesen pun kami tak dapat hahaha.

"this is for luck..please keep it.."

Saya dihulur sebiji gula-gula. Err ambil ajelah, kan? Gula-gula kopiko, boleh hilang ngantuk hehehe ; saya simpan sebagai kenangan. Gula-gula selebihnya kami sedekahkan kepada anak-anak yang turut serta dalam upacara ini.

Serius saya enjoy dengan upacara ini. Setelah dirisik-risik, rupa-rupanya 2 orang lelaki yang kami lihat dari awal merupakan sami. So, upacarakah ini? Sebenarnya ini adalah 'monk ordination ceremony'. Upacara mengelilingi wat berakhir setelah kedua-nya dibawa maksud ke dalam wat untuk upacara seterusnya. Kami tinggalkan upacara dengan pengalaman yang indah dan bergerak ke destinasi yang berikutnya.

"One such tradition is the ordination ceremony young men go through in which they live as a monk for a short period of time. The reasons for this is simple, to respect your parents, the time and money they have invested in you and to earn merit for them in the after life. There is also other occasions, such as funerals or in preparation for marriage.The ceremony goes across a number of days and begins with the shaving of the head, and a bassi. Once in the Monastery the men will live as monks, sleeping in the temple, cleaning it early every morning and going out for alms giving" - vientianetimes.org


* Apa aktiviti lain kami di Vientiane? Nantilah ye, sengaja saya lakukan secara berasingan. ;-)

You Might Also Like

14 comments

  1. nampak gambar last, panjang jer angka kosong tu, duit tu ker yang diorang dok baling? kalau aku, dari awal lagi jadi edegan kejar-kejar nih, heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sana lebih kurang indonesia jugalah, Orga..main dengan byk angka kosong..so kalau dah biasa pegang rupiah, sure tak pening nak bermain dgn Kip ;)

      yupp duit tulah yang derang dok baling-baling..10,000, 50,000..kalau dapat tu memang boleh makan besarlah tetapi seganlah pula nak menonong berebut duit tu...hehehe

      Delete
  2. Hahahah ye ye je.. aku pun beriya cari dalam gambar pengantin perempuan :P

    ReplyDelete
  3. Oh upacara sami menyami rupanya. semangkuk duit? wow.

    ReplyDelete
  4. wah.. bestnya tetiba boleh jumpa upacara ada mamat hensem kan.. tu org tempatan ker? lain bebenor warna kulit dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp org tempatan..jgn tak tau, mamat2 laos, ensem2 tau hehehe

      Delete
    2. ha betiar betulllllllllllll?? hensem giler tuh!

      Delete
    3. kan???ensemmm, kan??hahah..masih x percaya?? ya aduhh, percaya ajelah :D

      Delete
  5. apakah tak lekat komen aku tadi?? cess bedebah betul.

    mamat hensem tu org tempatan ker?? awat kulit dia lain bebenor.

    ReplyDelete
  6. haa...in my narrow minded...kopiko pun sudah jauh sampai ke Lao...pikir cuma ada di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..actually bukan kopiko saja cancer..barangan seperti susu dan sebagainya yang biasa ada di Msia ini pun ada dijual di sana..sangat hebat tu hehehe

      Delete
  7. kip pun ternyata banyak pakai 0 juga...:(
    mata uang payah, nasib baik pemerintah mau hapus 3 angka 0 di rupiah...

    ReplyDelete

Subscribe