Pada awalnya saya memang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan supir bagi melakukan aktiviti-aktiviti yang lain di Gunungkidul. Rasanya hampir separuh list supir di Yogyes yang saya email dan sms tetapi kebanyakannya tidak memberikan respon. Jika ada pun harga yang ditawarkan rata-rata mencecah Rp1juta untuk 2 hari perjalanan di Gunungkidul tidak termasuk penginapan, makan dan lain-lain perbelanjaan tambahan untuk supir. Waktu mencari info mengenai Gunung Api Purba Nglanggeran, saya sms Mas Heru dan beliau offer saya harga pakej wisata Gunungkidul di mana itinerary terserah kepada saya 100%. Harga pakej asal yang ditawarkan kepada saya adalah Rp570,000/person; saya kira agak mahal kerana sudah melebihi budget awal. Setelah berkali-kali berbalas sms berhubung harga yang ditawarkan akhirnya beliau memberikan diskaun 5% dari harga asal. Jadinya, saya berjaya mendapatkan harga pakej Rp541,000/person (all in) di mana harga ini termasuk segala bayaran untuk aktiviti yang bakal kami lakukan, homestay di Desa Nglanggeran, makan + minum sepanjang bersama mereka, mobil, bensin dan supir. Jadinya, sepanjang tempoh 1 1/2 hari bersama mereka, satu sen wang pun kami tidak keluarkan; semuanya sudah termasuk di dalam pakej yang ditawarkan. Kebetulan waktu kami tiba, Mas Heru terlibat dengan aktiviti makrab (err jangan tanya saya apa itu makrab, saya tak tahu hehehe) jadinya beliau menggantikan dengan Mas Lilik sebagai guide oh manisnya, manisnya senyumanmu dan Pak Mursidi sebagai supir.
Kami bergerak menuju ke Gua Pindul sekitar jam 2.++pm, perjalanan mengambil masa sekitar satu jam. Gua ini terletak di Desa Bejiharjo, Karangmojo, Gunungkidul. Kami harus cepat tiba di Gua Pindul kerana waktu operasinya akan berakhir jam 4.00pm. Bayaran masuk dikenakan tetapi maaf saya tak ingat berapa harganya.
Memasuki kawasan wisata Gua Pindul, giler sesak ok!! Serabut kepala otak melihatnya. Maklumlah waktu kami berkunjung adalah waktu liburan di Indonesia jadinya tak perlulah hairan melihat kebanjiran pengunjung di sini. Cuma saya berpendapat, pihak berkenaan harus memantau dan menghadkan jumlah pengunjung pada satu-satu hari agar keaslian dan keindahan tempat ini terus terjaga.
Layan gambarlah, terima kasih kepada Anne dan PM kerana sudi berkongsi gambar di Pindul dengan saya. Maklumlah kamera saya kurang sesuai untuk dibawa bagi aktiviti-aktiviti seperti ini - kalau rosak mau menangis tak berlagulah jawabnya huhuhu.
Kami bergabung dengan pengunjung dari Jakarta. Jadinya, terdapat 10 orang dalam group kami. Pelampung ini perlu diangkut sendiri ke pinggir sungai. Kedalaman air di sini sekitar 6 meter - 12 meter [Gambar : atas ihsan Anne]
Pintu masuk menuju ke dalam gua. Pergerakan adalah 'berantai' maksud saya kita perlu memegang tayar kawan di sebelah dan kita akan ditarik oleh guide yang mengetuai setiap group. Jangan sesekali lepaskan pegangan untuk menggelakkan terlepas dari group sendiri. Perjalanan menyusuri gua mengambil masa sekitar 45 minit - 1 jam dan kepanjangan gua adalah sekitar 300 meter. [Gambar : Mr. Google]
Antara yang boleh disaksikan; stalagmit dan stalaktit mendiami gua ini. Satu yang menarik di dalam gua ini (saya kira dipertengahan perjalanan), kita akan bertemu dengan 'satu tiang seri' (stalaktit) yang dipercayai ke-4 terbesar di dunia. Terdapat juga satu ruangan yang dipercayai menjadi tempat pertapaan dan sebetulnya banyak kisah-kisah mistik yang diceritakan kepada kami berkenaan gua ini. Sepanjang menyusuri gua ini, kami dilarang untuk membuat bising, menegur perkara-perkara yang tidak berkaitan dan menyentuh apa jua objek yang ada dihadapan kami. Sayangnya, larangan ini kurang diberi perhatian oleh pengunjung. Konsentrasi kami agak terganggu dengan gelak tawa; riuh rendah oleh pengunjung yang lain. [Gambar : Mr. Google]
Hampir satu jam berada di dalam gua, kami tiba dipenghujungnya. Malas nak berebut toilet dengan pengunjung yang lain, kami mengambil keputusan untuk terus ke Hargodumilah atau lebih dikenali sebagai Bukit Bintang untuk layan sunset dalam keadaan yang basah kuyup itu. Bagusnya, supir dan guide tidak setuju dengan keputusan kami kerana risau kami akan kesejukan dan jatuh sakit. Akhirnya, mereka membawa kami terus ke homestay di Desa Nglanggeran untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum berangkat ke Bukit Bintang.
Ini antara pemandangan yang menemani kami sepanjang di Gunungkidul. Untuk makluman, kabupaten ini terkenal dengan istilah 'kawasan gersang' dan apabila tiba musim hujan (hujung tahun), penduduk akan memanfaatkan cuaca ini dengan menanam padi.
Kami tiba di homestay atau lebih tepatnya di rumah Pak Mursidi (pak supir). Di sinilah kami akan menginap untuk semalaman. Baru aje saya meluahkan hasrat untuk melihat interior dalaman rumah masyarakat tempatan dan nahhh, sekejap aje hajat saya dah dimakbulkan hehehe. Bilik kami berempat berada di tingkat atas dan saat kedatangan kami disambut dengan "mooooooooooooooo" - sapaan dari lembu peliharaan beliau (agaknyalah hehehe). Syok betul duduk di kawasan kampuang macam ini - aman dan udara pun sangat segar.
Bilik saya dan PM. Simple aje; kipas atau aircond memang takdelah tapi memang wajar pun sebab sejukkkkkk...
Inilah Gunung Api Purba @ Gunung Nglanggeran @ Gunung Wayang dan... err saya lupa satu lagi nama yang diberikan kepada gunung ini. View ini dari balkoni rumah Pak Mursidi dan ianya akan kami daki keesokan harinya untuk sunrise.
Sambil masing-masing mengambil giliran untuk membersihkan diri, Ibu menjamu kami dengan teh panas, keropok nasi dan kacang tanah untuk memanaskan diri yang sedang kesejukan - terima kasih untuk layanan baik yang diberikan.
Lauk-pauk yang disediakan. Dari kiri *gado-gado (pecal), tempe goreng (sedap giler), ikan rebus yang digoreng, sejenis keropok yang rupanya seperti perut lembu digoreng dengan kentang. Walaupun simple aje tetapi terbuka selera kami - siap bertambah tu hehehe.
Selesai Maghrib dan dinner, barulah kami bergerak menuju ke Patuk untuk Hargodumilah. Ingatkan takde oranglah saat itu tetapi sebaliknya berlaku. Punyalah ramai pengunjung saat itu sampai takde ruang langsung untuk kami jadikan sebagai tempat melepak huhuhu
"Mas, mana bintangnya...?"
"Itu di bawahnya..di sini bintangnya di bawah dan bukannya di atas.."
"hahaha..." adoiiiilaaaaa...
Pemandangan kawasan sekitar dari Bukit Bintang.
Jadinya, istilah 'bintang' yang diberikan oleh warga tempatan adalah merujuk kepada cahaya lampu-lampu yang kelihatan dan bukannya bintang asli dilangit hehehe. Ia tak mengapalah, 'bintang di bawah' pun oklah, ini pun dah cukup cantik di mata saya hehee. Oleh kerana kawasan ini dibanjiri dengan pengunjung, kami setakat mengambil beberapa keping gambar dan terus bergerak menuju ke Gunung Api Purba bukan untuk mendaki untuk berjumpa dengan Mas Heru yang manis err apa kes semuanya manis belaka ni? hehehe. Jadi teruja pula menantikan subuh hehehe.
Sekitar jam 9.++pm, saya dah meminta izin untuk masuk tidur. Yang lain masih sakan berbual di balkoni. Pengalaman tak boleh lupa ne. Sebenarnya, buku lali saya bengkak gara-gara jatuh di landasan keretapi pagi itu. Tiap kali menapak, sakitnya tuhan aje yang tahu dan sakit ini semakin terasa setelah membuat aktiviti di Gua Pindul. Mujurlah ada PM yang hebat sudi mengurut saya malam itu dan saya tak tahu minyak panas yang digunakan itu di import dari mana hehehe. Giler panas ok; terasa seperti kulit dan daging nak tanggal aje dari tempatnya hahaha. 2x saya terjaga di tengah malam sebab tak tertahan dengan kepanasannya; nak meraung pun ada tetapi malulah pula hehehe. So menangislah dalam diam sebab tak tertanggung kepananasannya :D (PM, sila jangan angkut minyak panas tu time travel - haru ada yang masuk hospital nanti sebab kepanasan yang melampau) :D.
*bersambung
Wowwww mmg adventure kan masuk gua tu lama lak :-) dan yg paling cantik view pokok klapa dan padi tue awesome dan yg klakar kat bukit bintang heheh
ReplyDeleteemm bolehlah..nak kata adventure sgt tu tidaklah kot ehehe..
Deletereal, lagi cantik tau..singgahlah ke sana kalau ke jogja ;)
aduihhh rasa mcm nak pitam tgk bintang kat bawah tu...zzzzzz hahahaha!
ReplyDeletetapi masuk gua guna pelampong tu mcm scary pun ada...i mean ada binatang dari bawah air...takuuuttttt!
hahaha..tak boleh blah, kan?? :D
Deleteitu satu hal biqque..gua tu gelap, kalau ada apa2 binatang merbahaya pun kita tak sedar tau + suasananya pun agak sedikit menyeramkan.dalam tempoh 45minit dlm gua tu memang saya tak berani nak buka mulut lebih2, risau terlepas kata dan sebagainya...fahamkan maksud saya? ;)
er... minyak panas tu ditaja oleh mbak Anne. hehe
ReplyDeletetapi mintak tu memang panas gila la, pagi esok masa tgh panjat bukit pun masih terasa bahangnya..
owhh sorry2..ingat PM punya hehehe...
Deletetulah dianya..tah apalah bahan tambahan yang ada dalam minyak tu, PM sampai laghu tu sekali tahap kepanasannya :D.
aloo...sianyer, menangis sebab kena urut dengan minyak panas ek, tapi lepas tu ok kan. biasalah...untuk sembuh, memang sengsara dulu. kagum dengan gunung api purba tu, petang pun masih berkabus lagi...
ReplyDeletehahaha..adoiii lah, Orga..panas dia memang betul2 panas tau..tak tau nak citer macam mana kepanasannya laghu mana..harus trylah kalau nak tahu hehehe
Deletetergelak saya baca, zilla..
ReplyDeleteminyak tu diimport dari apotek kat area nak ke taman sari tu.. memang panas, yang best kejap panas, kejap sejuk.. hehe..
hahaha..tak nak lah anne..cukuplah sekali aje :D
DeleteSangat cantik..esp yg gmbar padi tuh... best la exp masuk gua dngn tube... di sepanjang journey dalam gua tu memang kena naik tiub lah ya?
ReplyDeletex taulah best atau tidak..blurr kot hehehe..yuppp, naik tube sebab menyelusuri sg..
Deletehai Zilla saya suka cerita perjalananmu,
ReplyDeleteboleh tolong share no contact mas Heru & pak Mursidi?
terima kasih
give me ur email address untuk saya emailkan contact no nya..
Deleteregina_retha84@yahoo.com
ReplyDeleteterima kasih Zilla :)
regina_retha84@yahoo.com
ReplyDeleteterima kasih Zilla :)
@zilla boleh bagi saya contact Mas Heru atau sesiapa agen travel Jogja.
ReplyDeleteanshor, anjar86@gmail.com
terima kasih
zilla, boleh share no contact Mas Heru & Pak Mursidi?
ReplyDeleteada minat saya kesana..
anshor, anjar86@gmail.com
terima kasih
Zila...boleh tolong share contact no mas heru thru my email add norazizidaut77@gmail.com
ReplyDeletebuat kawan2 yang berhajat nak buat aktiviti di gua pindul ini websitenya
ReplyDeletehttp://www.goapindul.info/2012/01/paket-wisata.html
dalam tu ada contact no mas heru tapi tak sure masih aktif atau pun tidak..
* Sugeng Handoko (+62 818 0260 6050); Heru Purwanto (+62 818 0410 3999)