Pages

Friday, January 11, 2013

Gunungkidul : Part V - Gunung Nglanggeran


Hari baru bermula seawal jam 4.00 am seharusnyalah. Tak tahulah kenapa susah sangat nak bangun pagi nie; bangun - tumbang semula. Lepas tu mulalah kelam-kabut bila tengok orang lain dah pun bersiap takut kena tinggal. Aktiviti pagi ini, layan matahari di Gunung Nglanggeran. Tepat 5.00am, sms dari Mas Lilik masuk ke inbox tetapi time itu masing-masing baru nak layan teh panas dan seketul roti yang disediakan oleh tuan rumah. Biasalah, kan? Kalau tak lambat memang tak sah hehehe. Jadinya, dari jam 5.00am bergerak ke angka 5.15am baru kami bergerak keluar menuju ke kaki gunung. Jalan kaki aje sebab lokasi rumah Pak Mursidi dengan kaki gunung hanya berjarak lebih kurang 5 minit sahaja.

Berketinggian 200-700 meter dari paras laut dan berjarak 22km dari kota Wonosari; macam-macam mitos mengenai gunung ini disampaikan kepada kami. Selain daripada memiliki pelbagai nama lain (ada saya senaraikan di last entry), gunung ini juga memiliki banyak puncak, sumber Comberan/mata air yang memiliki mitos yang menarik, kisah 7 kepala keluarga yang mendiami salah satu puncak yang ada, kisah 2 arca dan gua-gua. Bunyinya seperti menarik, kan? Saya sendiri pun meleleh air liur terasa tak puas mendengar kisah yang wujud di sini yang diceritakan oleh Mas Lilik.

Mengenai trek, tak perlu risau kerana treknya agak simple. Maksud saya tak perlu stamina yang superb untuk menawan puncaknya kerana treknya yang agak landai cuma halangan terbesar pada saya adalah treknya yang licin dan mempunyai banyak bongkah-bongkah batu volkanik yang memerlukan kita lebih berhati-hati untuk melangkah di sisinya kerana jika tersilap langkah memang boleh membawa padah.

Jom berkenalan dengan apa yang dimiliki oleh Gunung Nglanggeran ini.
  • Lorong Sumpitan : lorong sempit sepanjang lebih kurang 50 meter ini diapit oleh dua batu dikiri kanan.
  • Gunung Bagong : struktur batuannya dikatakan menyerupai salah satu tokoh punakawan dalam pewayangan iaitu tokoh Bagong. Ianya menjulang ke arah selatan dan merupakan lokasi terbaik untuk melihat sunset. Apa itu tokoh punakawan? Sila klik di sini -> Punakawan.
  • Comberan : Ianya merupakan satu-satunya sumber mata air yang ada di gunung ini yang dikatakan bisa menjadikan seseorang itu awet muda setelah membasuh muka dengan sumber airnya. Selain itu, kawasan ini juga turut dijadikan sebagai kawasan pertapaan di musim-musim tertentu dan pernah menjadi tempat persembunyian tentera Jepun suatu ketika dahulu. 
  • Gunung Buchu : menurut cerita ianya dikatakan berasal dari pucak Gunung Merapi yang dipindahkan oleh Punokawan untuk melengkap Pergunungan Seribu.
  • Gunung Pendam : Menurut cerita, di sini dikatakan tersimpan sebuah gambelan dan gong ajaib. Lokasi penyimpanan barangan ini mampu dilihat oleh mata kasar iaitu di pohon beringin yang ada di disitu.
  • 7KK (7 Kepala Keluarga) : Terdapat kelompok misteri yang mendiami salah satu puncak yang ada di sini dan yang menariknya ianya hanya didiami oleh 7 kepala keluarga sahaja. Kisahnya sangat panjang dan saya sempat membuat rakaman untuk kisah ini tetapi tidak mungkin rasanya untuk saya upload videonya di sini. Mungkin kawan-kawan boleh baca mengenainya di sini -> 7KK.
  • Selain dari pada itu, terdapat juga kisah 2 arca. Salah satu daripanya telah ditemui di Sg. Pelalar dan kini ditempatkan di Museum Sunobudoya, Jogja. Istimewanya kepala arca tanpa badan ini diperbuat daripada perak dan dilapisi emas. Manakala sebuah lagi arca (tanpa kepala) telah ditemui di Song Puteri. - [semua info ini saya perolehi dari diskripsri Gunung Api Purba yang terdapat berdekatan dengan bangunan Joglo dan secara lisan dari Mas Lilik yang mana semuanya saya rakamkan dalam bentuk video.]
Layan gambar ya, tak tahu nak cerita apa lagi hehehe.

           

Song Gudel - Song bermaksud gua manakala Gudel bermaksud kerbau. Menurut cerita suatu ketika dahulu terdapat seekor anak kerbau telah dimakan oleh harimau di sini dan dari situlah gua ini mendapat namanya. Pada saya gua ini sangat menarik dari segi luarannya kerana bumbung gua ini seolah-olah di'tompang' oleh dua batu di kiri-kanannya - merujuk kepada gambar.

Inilah Lorong Sumpitan (err sila abaikan model-model yang ada). Dari gambar pun dah tahu betapa sempitnya lorong ini.




Sunrise dari puncak Gunung Gedhe. Ini saja yang kelihatan. Awan agak tebal dan matahari juga seolah-olah malu untuk menunjukkan diri.

Lautan kabus. 1st time saya tengok keadaan berkabus setebal ini. Seharusnya boleh nampak pantai selatan di sini tetapi sayangnya tertutup dek kabus.

Gambaran kabus lagi.

Di sisi yang berbeza kelihatan jelas puncak Gunung Merapi. 1st time berjaya melihat gambaran merapi sebegini.

Gunung 5 jari. Cuba perhatikan betul-betul seperti jari-jari di tangan kiri, kan? hehehe. 'Ibu jari' yang kelihatan, itulah Gunung Blencong.

Kalau tak silap, ini sebahagian daripada Gunung Bagong. Kitaorang sempat lepak di sini untuk berfoto-foto.


Sebahagian daripada Gunung Buchu.

Turun dari gunung kami dipelawa untuk ke sawah. Uihh apa lagi, dah memang kemaruk nak bergubang dalam sawah, kan? Tetapi bila disuruh turun ke dalam petak, err tak beranilah pula. Bukan sebab malu tetapi tak sampai hati sebab takut menjahanamkan anak-anak pokok padi. So, ambik gambar dari tepi ajelah huhuhu. Pusing-pusing kampung dan akhirnya kami tiba semula di rumah Pak Mursidi. Masa untuk membersihkan diri dan bersiap sebab kami akan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu air terjun Sri Gethuk dan wisata pantai selatan.

Hijau mata hitamku. Serba-serbi hijau. Maklumlah waktu kedatangan kami adalah musim penanaman padi dan jagung. Sebut bab jagung, macam-macam warna jagung ada kat sini. Sebut aje nak jagung macam mana.

           
Jagung vs padi.

Inilah rumah Pak Mursidi. Di tepi dan hadapan rumahnya terdapat kebun koko (tapi tak sempat pun nak singgah).

Sekitar jam 9.15am, selepas aje lunch (awal giler tu) kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada family Pak Mursidi yang baik hati. Insyallah, panjang umur kita jumpa lagi.

Untuk info selanjutnya mengenai gunung ini, sila klik di sini -> Gunung Nglanggeran

* bersambung

9 comments:

  1. Wah... Zilla, nggak ajak-ajak nih :).
    Tanggal 1-3 Februari jadi ke Medan kah?
    Email ya

    ReplyDelete
  2. Lorong Sumpitan tue remind me of 127 hours book wrote by Aron and the movie as well. The set is exactly the same, cuma different location which the original location is in Blue John Canyon.
    * Baru selesai baca Misteri Komunitas 7 Kepala Keluarga. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh really? Looking for that book...

      *i thought they all 'bunian' tau tapi bila mas lilik cerita they all ke sek dan sbagainya br tahu owwh mereka jg manusia biasa

      Delete
  3. Bestnya!!!! Cantik cantik cantik! Cantiknya ciptaan Tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lg beb, ke sanalah hehehe. Ada satu tmpat blh bt rock climbing sambil layan sunset tau. Tp sekali jatuh, bye bye sebab bawahnya laut pantai selatan ;-)

      Delete
  4. Bestnya!!!! Cantik cantik cantik! Cantiknya ciptaan Tuhan.

    ReplyDelete
  5. Salam...zila boleh share contact no Mas Heru

    ReplyDelete
  6. Salam..zila...boleh share contact no. Mas Heru

    ReplyDelete