Pages

Monday, February 25, 2013

Medan : Day 1

1st day : Kuala Lumpur - Medan

Saya berlepas ke kota Medan, sehari awal dari teman-teman yang lain. Konon nak jimat cuti tetapi nan-ado. Terpaksa jugalah ambil cuti 2 hari. Semuanya gara-gara tersilap beli tiket; silap sendiri apa nak dikata hehehe.

Plan awalnya : KL - Medan - Bukit Lawang - Medan - Samosir - Medan - KL
Akhirnya menjadi : KL - Medan - Samosir - Medan - KL

Tukar plan setelah tiba di kota Medan bila melihatkan cuaca yang agak kurang bagus. Tak naklah ambil risiko. Dahlah sendirian ke Bukit Lawang dah tu pula nak masuk hutan dan tubing di Sungai Bohorok; kotlah apa-apa jadi, kan naya.

Macam biasalah, ambil first flight ke Medan dengan perjalanan lebih kurang satu jam dan tiba tepat jam 8.25am. Terus bergerak ke jalan besar untuk mencari becak ke Jl. SM Raja. Dari situ terus saya menapak mencari Residence Hotel. Saya ambil Bilik  Ekonomi  dengan harga Rp70,000/night.


Bilik Ekonomi - simple aje biliknya, jadilah. Bilik agak sempit, so kalau nak solat memang kena buat atas katil.

Letak beg, cari sim card dan masa untuk merempit (yeayyyy!!)

Apa-apa hal pun kena cari transport dulu.

Agendanya Muzium Sumatera Utara dan Tjong A Fie Mansion. Waktu mencari becak supirnya bersetuju dengan harga Rp30,000 untuk kedua tempat tersebut tetapi lain pula jadinya. Beliau meminta Rp60,000 tetapi saya berkeras tak nak bayar hinggalah saya dah tak kuasa nak layan, saya minta beliau menghantarkan saya ke Medan Plaza dengan bayaran Rp50,000.

Muzium Sumatera Utara merupakan salah satu daripada muzium terbaik yang ada di Indonesia (info dari internetlah hehehe). Bayaran masuk pun murah, cuma Rp750 aje (tak sampai pun 30 sen). Pengisian/ruangan pameran dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya zaman pra-sejarah, kebudayaan Sumatera Utara kuno, zaman pemerintahan Hindu-Buddha, kemasukan Islam dan sebagainya.

Layan gambar yang tak seberapa...







Dari Muzium, saya  menuju ke Tjong A Fie Mansion. 2 tahun lepas saya dah pun ke sini tetapi tak berkesempatan nak masuk sebab tak cukup duit hehehe. Kali ini memang saya nak masuk. Bayaran masuk sebanyak Rp35,000 dikenakan. Harga itu termasuk tour guide. Saya sangat kagum dengan senibina dan interior dalamannya. Kalaulah dapat sebiji rumah macam ne..(fuhhh, memang tak keluar rumah terus kot hehehe). Cuma penggunaan kamera di sini agak terhad dan terdapat beberapa ruangan ditutup kepada pengunjung kerana masih digunapakai/didiami oleh anak Tjong A Fie itu sendiri. Kebetulan waktu saya di sini, ada seseorang yang mengaku sebagai kenalan rapat mendiang; sempat saya mendengar beliau bercerita mengenai kenangannya suatu ketika dahulu.

Layan gambar lagi.





Seterusnya saya ke Medan Plaza. Tak sampai pun 5 minit saya pusing-pusing kat situ (takde idea nak cari apa), terus saya cari becak dan kembali ke hotel dengan tambang Rp10,000. Lepak di hotel saja, penat hehehe.

Lepas Maghrib, saya dan seorang kenalan bergerak menuju ke Stadium Teladan dengan berjalan kaki sahaja. Di sini saya diperkenalkan dengan TST. Apa itu TST? hehehe. TST itu singkatan untuk Teh Susu Telur. Menurut  teman saya itu, ianya bagus untuk kesihatan.  Rasanya, sama jugalah seperti teh tarik tetapi apabila digaul sebati, terasa macam telan telur mentah dengan rasa tambahan manis-kelat (macam mana nak terang ekk, rasanya korang boleh faham kot hehehe). Ada 3 layer; lapisan bawah adalah telur (menggunakan telur ayam kg), manakala 2 lapisan di atasnya merupakan gabungan teh dan susu.  Segelas TST berharga, Rp7,000. Cubalah rasa kalau ke Medan :-)

Lebih kurang beginilah rupanya TST tu. Saya tak snap picturenya sebab tak bawa kamera. Hirisan limau memang akan dibekalkan. Untuk menghilangkan rasa hanyir telur, make sure korang perah limau tu dulu baru minum. [Picture : Mr. Google].

Lama jugalah saya lepak dengan teman saya itu, bertukar cerita. Sekitar jam 12.++am, baru bergerak pulang ke hotel dan zzzzz setelah kekenyangan melayan mee aceh hehehe.

Info tambahan:

a. Tambang becak untuk perjalanan sejauh 4km dari airport ke Masjid Raya, Jl. SM Raja, Rp20,000. Harga becak dari bandara ke Jl SM Raja tidak boleh lebih dari Rp25,000. So, pandai-pandailah korang tawar-menawar.

b. Untuk mereka-mereka yang ingin mencari budget hostel/homestay, dua tempat yang saya cadangkan iaitu Residence Hotel dan Sultan Homestay .

c. Hati-hati dengan driver becak make sure confirm kan berkali-kali harga yang mereka offer.

d. Jika tinggal di Jl SM Raja, jangan risau pasal makan (tak payahlah tiap-tiap hari dok layan nasi padang). Di situ banyak warung-warung tepi jalan. Try aje. Insyallah, semuanya ok.

*bersambung.

13 comments:

  1. omg rasa kembang tekak tgk air tu hahaha...

    masa kitorang gi medan, drive sendri...punya la fedup jauh gile nak gi lake toba dah mcm cite shrek "r we there yet? r we there yet?" hahaha...

    ye, mkn plg senang la kot, nasi padang je sume...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoiii, sabar ajelah hahaha...tapi org kata belum cuba belum tau.manatau, lepas pekena segelas terus jatuh cinta hehehe

      mmmg jauh pun, kitaorang p haritu, 2 1/2j sangkut.macet gara2 lori rosak..cuma, la ne jalan ke sana dah ok..tak macam 2 tahun lepas saya ke sana cuma tulah dianya, kalau ada yg rosak harus beranginlah kepala nak menunggu semua ok hehehehe

      Delete
  2. kenapa harga becak tu berubah2? kalau pergi medan tak ambil supir, selamat ke? esp alone..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..biasalah tu zette;manusia ne ada macam2 ragamnya (harap faham apa yang saya cuba sampaikan) :) medan ok.selamat aje kalau nak travel alone..local pun sangatlah peramah.so jgn risau :) itu kalau di medan..cuma kalau mau ke daerah lain seperti toba, brastagi dan sebagainya harus study betul2 utk public transport ke sana :)

      Delete
    2. yeke? teringin sgt nak travel to indonesia, but no supir.. no one of my friends yang really have guts.. hahaa.. tak pe, hopefully, entri zilla membantu sy nnt... =)

      Delete
    3. teruskan keinginan tu.yakinkan hati, Insyallah pasti boleh...supir sebenarnya bergantung kepada lokasi sebab tak semua tempat kita boleh main redah aje kecuali punya masa yang panjang..

      Delete
  3. aku tertarik dengan TST tu, tak pernah dibuat dek orang lagi, hehe...telur mentah pernah makan, teh dengan susu lagilah, just gabungkan je kan, boleh try test dekat umah ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..ye sila try dirumah tentang bgth saya bgmn rasanya ya :)

      Delete
  4. Ish murah bangat entrance fee masuk museum tu bayaran lebih kurang harga kita nk masuk rumah kecik :-) mmg best aaa. Ada gak hasrat nk ke sana tp risau mslah transport that why perlu upah supir kan lg selamat yo dok

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia murah banget tapi sayangnya tak ramai orang kita yang berkunjung ke muzium ini.sasarannya biasanya pajak ikan dan lain2 tempat shopping hehehe..kalau study betul2, Insyallah takde apa yang perlu dirisaukan..Medan berbeza dengan lain2 tempat di Indonesia :)

      Delete
  5. hmm, sebenarnya buatnya a lil bit tricky...jika air terlalu panas, telur akan masak...jika air terlalu dingin, telur mentah...ada susunan pemasukan dulu (saya kurang tau, mana dahulu yang dimasukkan antara telur, teh, susu atau air panas duluan yang dimasukkan ke gelas)....jadi, kalau belum mahir, tak ubah seperti makan telur mentah + teh tarik, its failed dan tak akan mirip TST...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga, ini dia cara buat TST tu..gud luck ya :)

      *Irdhi, thanks untuk resepinya..rasanya saya tkde kekuatan untuk mencubanya di rumah hehehe

      Delete
  6. saya pernah ke muzium macam tu di Penang...muzium biru kalau tak silap saya...senibinanya menarik...insyaallah saya akan ke medan jugak...thanks for the info ;)

    ReplyDelete