Pages

Thursday, February 21, 2013

Sumsel : Day 4 - Last day [makan, makan, makan dan makan...]

Hari terakhir saya di bumi Palembang. Flight saya dijadualkan berangkat jam 5.55 pm. Jadinya, sebelum saya berangkat pulang Mita membawa saya keliling kota Palembang. Bermula dengan menaiki opelet menuju ke Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II, menjamu mata di pinggir Sungai Musi, Jambatan Ampera yang terkenal, melihat keindahan senibina Masjid Agung Palembang dan terus mencuba pelbagai makanan khas Palembang yang sangat enak. Penat tetapi puas. Sejujurnya saya merasakan kuliner Palembang lebih unik dan mendapat tempat di hati saya berbanding tempat wisata yang ada di sekitar kota ini.

Saya sempat dibawa oleh Mita ke Pasar Cinde yang terletak berdekatan dengan rumahnya untuk mencari sarapan. Kuih-muihnya memang sebiiji dgn kuih-muih di sini; kuih bom, pulut cicah kelapa dan sebagainya. Saya borong rambutan dan manggis. Kononnya manggis nak diberikan pada tasyha tetapi ada insiden berlaku di airport jadinya hajat tak kesampaian huhuhu.

Bayaran masuk Rp5,000 manakala untuk pelancong luar bayaran Rp20,000 dikenakan. Bangunan ini asalnya istana tetapi semuanya dah menjadi sejarah dan ditukar fungsinya menjadi muzium.

Pelamin anganku musnah, antara yang dipamerkan di dalam muzium. Menurut Mita, pelamin ini masih digunapakai hingga hari ini di setiap upacara perkawinan.

Jambatan Ampera - simbol kemegahan kota Palembang.

Benteng Kuto/Kota Besar. Tidak boleh masuk di sini kerana ianya kawasan tentera.

Err tak ingat apa nama tempat ini. Tak masuk pun, cuma ambil gambar dari luar sahaja.


Masjid Agung Palembang

Dari Masjid Agung, kami bergerak untuk misi seterusnya; misi makan-makan. Yummmy!!!

Mie Coler 26 Ilir H.M. Syafi'e (Rp10,000) - sedap sangat, tak cukup sepinggan tapi nak minta tambah saya segan :D. Rasanya lebih kurang macam mee rebus Muar.

Otak-otak. Serupa tapi tak sama. Ianya masih menggunakan isi ikan tetapi warnanya putih dan perlu dicicah dengan kuah/cili. Berbeza dengan otak-otak di M'sia, warnanya merah, lebih pedas dan tak perlu dicicah.

Perut tak ok lagi, tapi diisi pula dengan Pempek kapal selam hehehe. Seketul aje di tengah-tengah pinggan tetapi baru makan separuh, perut dah rasa macam nak meletup sebab terlalu kenyang hahaha. Ini mesti cuba kalau ke Palembang. Harga tak ingat, sorry. Itu pun belum turun lagi, Mita dah ajak saya pekena murtabak. Saya angkat bendera putih. Cukup tak sanggup hahaha.

Selain dari apa yang saya share di sini, kalau ke Palembang make sure try air kelapanya ya. Sedap sangat (asyik dok sebut ayat yang sama ajekan?hehehe). Air kepalanya di campur dengan susu pekat; rasanya lemak-lemak gitu - saya beli di pinggir jalan aje. Durian pula saya tak sempat nak try sebab perut hampir-hampir nak meletup (kekenyangan) hehehe.

Sekitar jam 3.++pm, barulah kami bergerak menuju ke airport menaiki bas TransMusi dengan tambang Rp4,000/person. Sampai airport pun sekitar jam 4.++pm, ada masa untuk melepak dengan Mita. Jam 5.00pm, saya harus mengucapkan selamat tinggal (panjang umur kita jumpa lagi). Airport tax Rp100,000. Ada insiden yang berlaku di sini.

"Apa ini dalam begnya?"

"manggis pak.."

"emm, tak bisa bawa pulang ini. Kalau mau perlu bayar Rp75,000 untuk dokumentasinya kerana ianya perlu dikuaratin"

Sungguh saya dah feed-up dengan drama yang bakal berlaku.

"saya enggak ada duit pak"

"kalau begitu, Rp50,000 ajelah untuk dokumentasi.." bla, bla, bla tak apa dia bebalkan, saya malas nak ambil kisah.

"enggak ada duit pak"

"berapa yang kamu ada?"

"Rp5,000.."

"ikut saya..."

dan dibawa saya ke dalam satu bilik gelap - ialah gelap dah lampu tak dibuka..

"kamu mau atau enggak manggis ini?berapa yang kamu ada..." mulut membebel, tangan pula menyelengkor beg saya.

"saya takde duit pak!! beginilah, saya sedekah aje manggis ini buat bapak..makan sama ibunya itu..saya halalkan bapak makan manggis ini dari bapak makan duit saya..."

Terus saya sentap beg saya dan duduk di bangku yang berdekatan. Bukan nak kurang ajar  atau nak tunjuk besar kepala tetapi kalau betul ianya perlu melalui proses kuaratin, kenapa harga untuk dokumentasi boleh ditawar-tawar dan dari awal lagi gerak hati saya merasakan ada yang tak kena di situ. Telahan saya benar bila saya mendengar mereka berbisik sesama sendiri berhubung soal wang yang diperolehi dari saya.

Oklah, lupakan bab itu. Sedang saya melayan perasan, tiba-tiba ada pula pengumuman. Katanya mereka akan memanggil seorang demi seorang penumpang berdasarkan list nama yang mereka ada untuk ditimbang berat beg masing-masing. Errr, saya lihat keliling. Ramai tu? Kalau nak panggil sorang-sorang gamaknya jam berapalah kami akan berlepas huhuhu. Tetapi hingga ke saat akhir, tiada sebarang tindakan dibuat (agaknya mereka nak gertak aje kot hehehe). Lega hehehe. On time, kami berlepas menuju ke Kuala Lumpur dan tiba di rumah sekitar jam 9.++pm.

Penat!!

11 comments:

  1. eh..panjangnya nama mee tu.. susah betul nak hafal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. namanya mee celur aje..selebihnya tu nama kedai..tapi digabungkan menjadi satu hehehe..sila jgn confuse ya :D

      Delete
  2. kuang ajor, nak mintak duit plak. diorang ni mmg tau...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tidaklah..saya tidak hebat pun hehhee

      *salam perkenalan dari saya :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam.Hi.
    Saya nampak awak cancel trip pergi Belitung.
    Btw,I've been there January 2013.Mak aihh,serunuk sungguh untuk mereka yang suka cerita Laskar Pelangi. Sila lah pergi nanti.hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi aimisarah

      terpaksa cancel sebab batavia air dah gulung tikar..patutnya p awal tahun aritu..tapi takpelah, ada rezeki sampailah saya nanti ke sini...memang dah lama dah pendam impian nak jejak 'laskar pelangi'...

      Delete