Jam 11.00, barulah lori yang kami ingin tumpangi tiba. 45 minit kemudian kami tiba di pabrik teh. Supir tidak mahu bayaran tetapi hanya meminta 2 kotak rokok sahaja sebagai upah. Dari situ kami bergerak menuju ke rumah Pak Anto tetapi sayangnya tiada orang di rumah. Jadinya, kami terus bergerak ke masjid untuk solat dan tumpang mandi (syukur kerana diberi kebenaran).
Turun dari lori, perut dah berkeroncong
Inilah model. Lagi pedas lagi kaw - hanya Rp6,000 atau RM2 aje untuk semangkuk. Sungguh, jatuh cinta dengan keenakannya (must try kalau ke Sumsel).
Tak tahulah bunga apa ini tetapi banyak sangat ditanam/dijumpai di Pagaralam.
Sekitar jam 2.++pm, ibu (tak ingat namanya) datang menjemput kami untuk dibawa jalan-jalan mengelilingi Pagaralam. Terharu sungguh dengan keramahan dan kebaikan ibu sekeluarga. Saya dan Mita dilayan seperti ahli keluarga sendiri dan paling meninggalkan kesan di hati saya, beliau sanggup menghubungi ahli keluarganya memaklumkan kehadiran saya di sini dan masing-masing berkumpul di rumahnya untuk bertemu dengan saya. Sungguh, saya terharu dengan sambutan yang diberikan.
Cughup Mangkuk - bayaran masuk Rp2,000/person.
Hutan bamboo tetapi sayangnya kawasan ini seperti kawasan tinggal; sunyi dan sepi - FOC.
Memori - selagi hayat dikandung badan, budi baik kalian akan terus kekal tersemat di sanubari. (Mita, takpekan saya kongsi gambarnya disini?)
Travel tiba di rumah ibu sekitar jam 5.30pm waktu kami baru aje ingin menjamu selera. Ibu kata santai aje dan supir travel menunggu kami sehingga selesai santap (bab ne memang bagus, kalau kat Malaysia sure dah kena tinggal hehehe). Waktunya untuk mengucapkan selamat tinggal pada ibu dan keluarga. Perjalanan kami diteruskan ke kota Palembang. Menurut Mita perjalanan akan mengambil masa sekitar 7 jam dengan tambang sebanyak Rp90,000 dan akan dihantar terus ke muka pintu rumah masing-masing.
Ngeri. Sepanjang perjalanan memang kami mengucap dan berdoa akan tiba di Palembang dengan keadaan yang selamat. Drivernya, kalau masuk F1 saya rasa sure boleh menang. Giler laju dia bawa dan selagi ada kenderaan dihadapan akan dipintas tanpa memikirkan penumpang yang ada bersama-sama dengannya. Penumpang di sebelahnya pula beberapa kali menjerit ketakutan tiap kali beliau cuba memotong kenderaan yang berada di hadapan. Ishhh, giler seriau - saya nak pulang dalam keadaan selamat huhuhu. Gara-gara ini saya serik nak naik travel. Saya rela berpanas dalam train daripada perlu berhadapan dengan keadaan seperti ini huhuhu.
Kami tiba 1 1/2 jam awal dari yang direncanakan. Malam itu saya akan bermalam di rumahnya Yuknya Ita; kakak ipar Mita. Tiba pun dah lewat malam, settlekan apa yang wajib dan terus zzzzzzzzzz. Kami keletihan...
*bersambung untuk hari terakhir di Palembang
Kami tiba 1 1/2 jam awal dari yang direncanakan. Malam itu saya akan bermalam di rumahnya Yuknya Ita; kakak ipar Mita. Tiba pun dah lewat malam, settlekan apa yang wajib dan terus zzzzzzzzzz. Kami keletihan...
*bersambung untuk hari terakhir di Palembang
tak sangka baik-baik jer orang-orang sini kan, siap menumpang, menuggu, makan bagai..kalau driver tu bawak macam f1, better jangan ganggu dia, hilang fokus nanti. biar jer, cewah...macam dah biasa kan :)
ReplyDeleteHahaha, kk bagian ini memang mendebarkan ya :)
ReplyDeletesangat mita..manakan tidak, nyawa hampir melayang :D
Deletecantik air terjun tu. ^__^
ReplyDelete