Pages

Friday, February 15, 2013

Sumsel : Day 2 (Part II) & Day 3 (Part I) - Akur pada cuaca...


Perjalanan dari pabrik/kilang teh ke Kg. IV memakan masa hampir 45 minit. Kondisi jalan fuhhhh boleh terjejas urat-urat badan hehehe - sebahagian jalan bertar sebahagian lagi tidak. Satu perkara yang kawan-kawan harus bagi perhatian, tiadanya public transport menuju Kg. IV ini. Options yang ada samada menumpang apa-apa jua jenis kenderaan yang ingin ke sana, mencari ojek (kalau ada) atau pun berjalan kaki.

Inilah lori yang berjaya kami tumpangi.

Saya membayangkan kami akan mendaki ke puncak Gunung Dempo tetapi dengan keadaan diri yang agak kurang baik dari awal lagi saya tidak yakin saya mampu. Mita pun satu hal jugalah. Ialah tidak diceritakan secara detail apa yang akan kami lakukan di Dempo hehehe. Ingatkan kena mendaki sampai ke puncak, rupa-rupanya nan-ado; cuma di kaki gunung sahaja hahaha.

Sebenarnya, bila dimaklumkan akan ke Gunung Dempo saya terus google mencari info yang berkaitan. Kebanyakan info yang saya dapat semuanya bercerita mengenai kisah-kisah mistik yang dialami dan dikatakan ramai pendaki yang sesat di sini. Jadinya, sedikit sebanyak kisah/info ini berjaya mempengaruhi saya. Takut dan seram semuanya bercampur-aduk. Tetapi bila berhadapan dengan mereka yang lebih arif tentang gunung ini barulah saya sedar tidak semua yang diperolehi di internet itu adalah benar. Terlalu banyak 'perisa' yang ditambah hingga berjaya mempengaruhi pembaca dan secara tidak langsung memberikan reputasi yang kurang bagus mengenai tempat ini. Jadinya, jangan percaya 100% dengan apa yang dibaca di internet; bertanyalah dengan sumber yang sah untuk info yang lebih sahih. Itu lebih bagus. 

Sebagai info tambahan, buat kawan-kawan yang berhajat bercuti di kebun teh Pagaralam jangan risau mengenai penginapan. Chalet dan vila banyak yang menanti dengan harga serendah Rp100,000 dan ke atas. Percayalah, memang berbaloi bercuti di sini. Suasana yang dingin, udara yang segar - fuhhh lupa seketika semua masalah yang melanda.

Setelah 45 minit mendapat massage percuma (hehehe), kami tiba di masjid Kg.IV. Ada beberapa kumpulan pendaki sedang bersiap sedia untuk meneruskan pendakian. Saya pula diperkenalkan oleh Mita dengan guru-guru dari  Sekolah Alam Palembang. Alhamdulillah, saya disambut baik oleh guru-guru ini. Dari sini kami diminta untuk berjalan kaki menuju basecamp di tengah-tengah kebun teh Pagaralam dan akan bergabung dengan ahli-ahli MAPALA (group pencinta alam Indonesia) - agak mati kutu jugalah dibuatnya huhuhu.

Masjid Kg. IV - kabus sangat tebal saat ini.

Nun dihujung itulah kawasan Bukit Barisan. Kalau cuaca ok, boleh kelihatan Bukit Jempol dari sini.

Kami tiba di basecamp sekitar jam 4.++pm. Wow, teruja sebab malam itu penginapan kami lebih hebat dari 5 stars room (khemah aje pun hahaha). Santai ajelah kami petang itu. Takde aktiviti yang dilakukan selain melepak dan berbual sesama sendiri hehehe. Kami diingatkan untuk tidak bergerak sendirian ke mana-mana kerana suasananya yang agak kurang bagus (waktu saya tiba, ada kes rogol di air terjun yang ada di situ). Malas nak komen lanjut tentang itu :-) .

Tak tahulah apa yang dimaksudkan dengan 'red zone'. Sungguh lupa nak tanya hehehe. 

Penginapan saya untuk satu malam. Terbaikkk!!!

 
Dah nama pun kebun teh, dah tentu sana-sini mata dijamukan dengan pemandangan pokok teh :D

Paku-pakis

Dipendekkan cerita (mood malas makin menghampiri hehehe), selepas makan dan beraktiviti (masing-masing dah tersengguk time ne) kami terus masuk khemah dan zzzzzz hehehe. Sekitar jam 3.00am, saya tersedar. Dengan jelasnya saya terdengar adanya pergerakan di luar khemah betul-betul di hujung kepala saya. Bunyi pinggan-mangkuk seolah-olah ada yang sedang menyelongkar dapur rumah. Tetapi tiada bayangan yang terbias di dinding khemah kami. Hati saya berdebar dan saya tahu ada 'sesuatu' di luar sana. Bila saya kejut teman di sebelah, bunyi itu diam dan bersambung semula bila teman saya kembali terlelap. Bunyi diluar makin bising tetapi bila saya tanya pada teman saya siangnya, dia tidak dengar sebarang bunyi pun. Erkkkk!!! Ok, tak nak fikir yang bukan-bukan huhuhu. Saya cuba untuk menyambung tidur semula dengan bantuan ****

Sekitar jam 4.++am, tiba-tiba..

"kak, bangun kak..air masuk.."

Err, pula?? Tapi kenapa tak rasa basah pun? Maklumlah sleeping bag yang dibekalkan memang empuk, mana sedar banjir ke apa hehehe. Keluar dari sleeping bag, baru sedar separuh dari badan saya dah pun basah :D. Pegang beg, lencun. Alamak!!! Mujurlah pakaian memang dari awal saya dah bungkus dalam beg plastik, jadinya selamat di situ. Kami berempat angkat punggung dan baru sedar, khemah kami sebenarnya dah pun banjir hahaha! Awatlah takde sapa yang sedar dari awal. Time tulah baru dok kelam-kabut selamatkan apa yang patut, angkut beg, pakai tudung dan berlari ke khemah induk. Pagi itu gara-gara banjir, hampir 20 orang bersesak dalam satu khemah hahaha. Baju yang basah tak terfikir pun nak diganti baru, belasah ajealh - pengalaman manis nie, bila diingat memang saya tersenyum sendiri.

Baru nak terlena semula, masing-masing dikejutkan untuk solat Subuh (actually masing-masing dah pun kesiangan hehehe). Selepas subuh, saya dan Mita terus bersiap untuk bergerak turun ke Kg. IV manakala teman-teman yang lain akan meneruskan aktiviti yang telah direncanakan. Kami diberitahu perlu tiba di Kg. IV sebelum jam 7.00am kalau ingin menumpang angkutan anak-anak sekolah. 30 minit meredah hujan dan kilat (sesekali ianya muncul) memang memori daun pisang sungguhlah hehehe. Tiba di Kg. IV tetapi sayangnya angkutan sudah penuh dengan anak-anak sekolah.Frust giler ok!!! Jadinya, kami melepak di salah satu warung yang ada. Dah takde cara lain untuk turun ke pabrik teh. Nak jalan kaki? Owh tidaklah; bagi sejuta pun saya tak mau ehehe. Ojek pun takde; maklumlah hujan lebat pagi tu.

Sedang melayan perasaan di warung tiba-tiba kedengaran bunyi lori menghampiri. Apa lagi terus kami berlari ke jalan besar untuk menahan lori tersebut (nak tumpang hingga ke pabrik teh). Alhamdulillah, mereka setuju menumpangkan kami tetapi kami perlu menunggu hingga ke jam 10.00 am kerana mereka perlu mengutip karung daun teh terlebih dahulu untuk dibawa turun ke pabrik. Jadinya, melepak lagi kami di warung itu.

Di warung inilah kami melepak sambil berharap akan ada transport yang akan menumpangkan kami ke bawah.

Warung kopi merangkap kedai runcit.

Bertemankan segelas kopi panas. Kalau ke Pagaralam make sure try teh dan kopinya ya.

Layan ajelah...


*bersambung

6 comments:

  1. ngeri jugak kalau sorang2 ke sana, kan Zilla?
    makin jeles ni, haish! haha..
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeles lah, zilla.. mana taknya, makin banyak tempat u explore.. huhu

      Delete
  2. wow bestnyer....next trip ke mana pulak? agak2 boleh join tak? :) 0192305226

    ReplyDelete