Sumsel : Day 2 (Part 1) - Dari Lahat menuju kaki gunung Dempo
Thursday, February 14, 2013
"Welcome to Lahat"
Tiada sambutan bunga manggar di sini apatah lagi paluan kompang. Yang menyahut kedatangan kami hanyalah bunyi cengkerik tanpa henti dan kedinginan keadaan sekeliling. Badan yang sedikit lenguh-lenguh kembali segar saat ini. Keadaan di station agak berbeza suasananya dengan keadaan station yang pernah saya singgahi sebelum ini. Yang ada diluar cuma beberapa orang supir ojek yang gigih mencari rezeki di dini hari. Sayangnya kami tidak berminat untuk menaiki ojek kerana saat itu kami sudah berjanji untuk ketemu dengan Mas-lupa-nama-nya. Ditunggu kedatangannya di station. Hampir 20 minit menunggu barulah kelibatnya kelihatan. Aduhh, dengan motor aje? Kami berdua mana mungkin mahu merempit bertiga di atas satu motor.
Bla..bla..bla..akhirnya kami mengambil keputusan untuk lepak aje di masjid. Cuma hari masih terlalu awal, masjid pun masih berkunci. Sekitar jam 4.15am, barulah kami bergerak menuju ke masjid raya di pekan Lahat. Mas-lupa-nama-nya mengekor kami dengan motornya dan kami menapak ajelah. Tak jauh pun masjidnya, sekitar 5 minit berjalan huhuhu.
"dari mana ini.."
"Kuala Lumpur, pak"
"owhh, Malay-sie ye.."
Aduh, tak tahulah kenapa saya memang tak suka betul mendengar Malay-sia bertukar Malay-sie huhuhu. Macam tak cantik aje bunyinya huhuhu.
"bahasa kita sama ya.."
"iya, pak..sama tapi ada bedanya... Apa pun pak, kita tetap serumpun...."
"iya, kita serumpun.."
Tak tahulah kenapa, saya suka suasana di Sumatera. Jiwa Malaysia itu terasa lebih dekat. Maksud saya terasa seperti di rumah; di kampung-kampung di Malaysia. Orangnya ramah-tamah dan sambutan yang diberikan seolah-olah menyambut kedatangan perdana menteri aje lagaknya hehee; kita benar-benar diraikan sebagai tetamu. Jadinya, tak perlulah nak rasa takut kalau berada di sini. Selagi kita menghormati mereka sebagai tuan rumah dan kita tahu limit kita sebagai orang luar, jadinya tidak akan timbul masalah. Dalam pada itu, waspadalah sentiasa :-)
"ini makan kue nya.."
Ayoooo, giler segan (saya ne nampak aje ganas tapi dalam hati penuh dengan taman tau; pemalu orangnya - erk!! hehehe). Orang lain belum pun santap kami dah dihadapkan dengan pelbagai jenis kuih dan segelas teh panas. Dah nama pun rezeki, seharusnya tak boleh ditolak; dalam malu-malu itu pun belasah jugalah hehehe. Kuihnya memang sebiji seperti kuih di Malaysia. Nama pun sama cuma yang berbeza ianya lebih manis; ambil masa jugalah untuk saya sesuaikan diri.
Perut dah gendut kenyang, hujan pula tak surut-surut. Nak tunggu, macam buang masa aje jadinya kami ambil keputusan untuk redah ajelah hujan. Mas-lupa-nama-nya; bayang pun tak nampak. Mungkin tertidur di rumah gara-gara keadaan yang super dingin.. Dengan bantuan seorang jemaah masjid, kami dikirimkan ke angkut (Rp2,500) menuju ke terminal travel (minivan) yang akan membawa kami ke Pagaralam. Oleh kerana hujan, hanya kami sahaja yang ada pagi itu. Masalahnya, travel tak akan bergerak selagi tidak penuh dengan penumpang. Jadinya, kami harus menunggu lagi huhuhu.
Yang diluar pagar, itulah travel.
20 minit berlalu, datang seorang mbak yang juga ingin ke Pagaralam.
"kita doa ya moga akan hadir 3 orang lagi..."
"amin.." - dan diakhir dengan ketawa. Sporting dan lucu sungguh ambak ini hehehe
Mimpi jadi nyata, beberapa minit selepas itu bukan 3 orang yang hadir tetapi 5 orang; terus full travelnya :D. Jadinya, tak perlu menunggu lagi dan travel terus meluncur menuju ke destinasi. Tambang travel dari Lahat ke Pagaralam Rp15,000 (itu pun boleh ditawar lagi) dengan perjalanan mengambil masa sekitar 2 hingga 2 1/2 jam. Jalannya bak ular kena palu; tak tahan sure muntahlah. Saya sendiri pun agak mual dengan keadaannya dan untuk mengelakkan perkara tidak sepatutnya berlaku, saya pejamkan mata dan zzzzzzzzz; hanyut ke syurga :D
Seharusnya dari pasar Pagaralam menuju ke pabrik/kebun teh Pagaralam perlu menaiki angkut tetapi supir angkut yang kami naiki dari Lahat telah menawarkan diri untuk menghantar kami terus ke pabrik dengan tambahan tambang sebanyak Rp10,000. Saya tak tahulah mahal atau murah tetapi bila Mita setuju dengan tawaran itu saya rasa mungkin harga itu berbaloi. Kami diturunkan betul-betul di hadapan pabrik teh dan dari situ langsung menapak ke rumah Pak Anton; di mana rumahnya dijadikan base camp oleh pendaki-pendaki yang ingin menawan Gunung Dempo. Sayangnya Pak Anton tidak ada dirumah dan kami disambut oleh isterinya yang kuat benor berceloteh hehehe; kita tanya sepatah, dia balas dengan beratus-ratus patah. Macam mana tu? hehehe. Kerjanya memang bercakap ajelah hehehe.
Oleh kerana lokasi rumahnya telah dijadikan sebagai base camp, jadinya tak perlu segan untuk menumpang mandi di sini kerana memang disediakan kemudahan ini untuk pendaki-pendaki. Nak tumpang charge hp atau camera pun boleh tetapi dikenakan bayaran sebanyak Rp2,500 hehehe. Selesai membersihkan diri dan makan; selepas aje solat Jumaat kami menumpang van nya Pak Feri (tak surelah bagaimana ejaannya) menuju ke Kg. IV di kaki Gunung Dempo.
* Gambar memang tak banyak yang dirakamkan. Maklumlah hujan...
** Kalau ikutkan memang tengah busy la ne tapi saya stress, sangat-sangat stress. Dari dok layan stress, baik saya update blog, betul tak? huhuhu
*** Bersambung...dah macam novel la pula, kan? Panjang bebenor :-P
11 comments
bahasa Malaysia ada persamaan dengan bahasa Riau, Sumatera kan?...
ReplyDeleteNext trip Belitung?? Pasti adanya "Laskar Pelangi" di situ...
yupp ada persamaan..cuma berbeza tang hujungnya aje..
DeleteInsyallah, kalau ada rezeki sampailah ke negeri Laskar Pelangi hehehe...la ne tak berani nak komen lebih2, takut tak jadi :D
yg sy perasan, zila suka buat route baru + ke indonesia...tak sampai pon xpe..baca blog zila pon dah rasa aura nye :)
ReplyDeletearitu sy ke seam reap, ambik guesthouse zila...home sweet home :D
terima kasih Emy..hopefully, dapat sesuatu dari blog saya ini wpun gaya penceritaan saya tidaklah sehebat mana :)
Deletepada saya, travel ke indonesia ini mudah..perbezaan itu tidak terlalu besar + indonesia itu sendiri pun luas; byk tempat yang saya boleh explore dan rasai perbezaannya..sebab itulah kenapa saya suka ke sana..belahan dunia yang lain, nanti2lah..perlu habiskan satu-persatu dulu :)
wow, guesthouse saya?hehehe..home sweet home..macam mana tmptnya?ok??
ok sgt zila...selesa...kawan2 sy kata percutian ke cambodia terbaek pernh sy buat...sbb penginapan tiptop... :)
Deletetu la...sy nk gak ke indonesia walaupun dah pernh frust trip sebelum ni...rasa2 macam nak ke banda aceh
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar :)
Deletefrust? kenapa pula? maybe apa yang jadi saat itu boleh dijadikan ikhtibar ;)..banda aceh? saya pun teringin nak p sana..tapi takut...macam mana tu?? :D
bila ke belitung, kak? harap boleh bercuti sama...dekat tu dari sini...
ReplyDeleteSoon hehehe..mau follow??ferinya dari palembang, kan?
Deletesaya suka tulisan kamu, dan saat menyebut kata indonesia kamu tidak menyebut indon,terimakasih sudah bertualang ke negara saya indonesia,di tulisan-tulisan yang lain dan petualangannya,salam dari provinsi banten :)
ReplyDeletesuka liat poto2 dan tulisannya, terimakasih untuk menyebut indonesia bukan indon, ditunggu tulisan dan poto2 cantiknya,salam dari provinsi banten :)
ReplyDeletedany,
Deletesalam perkenalan dari saya dan terima kasih kerna berkunjung di blog saya ini :-)